SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR

RAMBUT SAYA SEMAKIN HARI SEMAKIN NIPIS Setiap hari fobia melihat rambut gugur di lantai, sana-sini ada je rambut, tambah-tambah lagi ma...

RAMBUT SAYA SEMAKIN HARI SEMAKIN NIPIS

Setiap hari fobia melihat rambut gugur di lantai, sana-sini ada je rambut, tambah-tambah lagi masa mandi. "Aduh kalau hari-hari kutip segumpal rambut, lama-lama boleh botak macam ni."

Fenomena ini sangat biasa bagi wanita terutama sekali bagi wanita yang baru lepas bersalin. Kata orang tua-tua apabila anak kita dah mula pandai buat ‘buih', masa itulah petanda rambut ibu-ibu akan banyak gugur. 

Saya sendiri pun hadapi masalah yang sama. tapi tak adalah semasa anak pandai buat buih di mulut. Mitos sahaja tu. Tapi seingat saya, apabila anak saya Ruzain Aliff mula berusia 4 bulan, rambut saya semakin hari semakin banyak yang gugur. Naik takut, penuh je ditepi bucu dinding.. hari-hari mesti kena kutip rambut. 


Ada juga ibu yang mengalami keguguran rambut sehingga hampir botak dibahagian hadapan kepala. Sayalah orangnya tu. Jika anda memiliki rambut panjang, anda akan lebih mudah perasan rambut anda gugur berbanding wanita yang berambut pendek. 


FAKTOR-FAKTOR KEGUGURAN RAMBUT : 

Banyak faktor kenapa wanita lepas bersalin keguguran rambut. Antara salah satu faktornya adalah perubahan hormon dan suhu badan.

Fakta berikut adalah mengenai keguguran rambut yang wajib anda sebagai wanita ambil tahu: 

1# Perkara wajib mengenai keguguran rambut : 
Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Rambut boleh gugur diantara 50 ke 100 urat rambut setiap hari. (banyak kalau dikira untuk tempoh sebulan. Pengiraan : 50 helai x 30 hari = 1,500 HELAI! SANGAT BANYAK! walaupun ada pendapat menyatakan keguguran sebanyak itu adalah normal bagi ibu selepas bersalin.

2# Perkara wajib mengenai keguguran rambut : 

Anda harus faham, hormon badan akan sama sekali berubah setelah bayi dilahirkan. Perubahan hormon merupakan penyebab keguguran rambut.

3# Perkara wajib mengenai keguguran rambut 

Anda jangan panik walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran. Kebiasannya, rambut akan tumbuh semula. Kebiasaan ianya mengambil masa sehingga setahun untuk kembali normal.

4# Perkara wajib mengenai keguguran rambut 

Rambut mempunyai fasa rehat. (80% ke 95%). Dalam peringkat ini rambut tidak akan gugur. Biasanya tempoh berehat ini adalah semasa mengandung.

5# Perkara wajib mengenai keguguran rambut : 

Dalam peringkat berehat, rambut tidak gugur, tetapi selepas fasa berehat, Rambut akan mulai gugur. Keguguran rambut adalah sangat jelas ketika menyikat atau selepas mandi. Tetapi jangan risau kerana rambut yang gugur biasanya akan tumbuh kembali (bagi wanita  normal) 

Apapun perlulah diperhatikan, jika rambut lambat tumbuh atau ketara kelihatan seperti anda akan botak, maka perlulah berbuat sesuatu dengan merujuk kepada doktor pakar atau mengkaji semula pemakanan anda.

6# Perkara wajib mengenai keguguran rambut 
Semasa mengandung, biasanya hormon badan ibu akan berubah. Peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan rambut. Jadi hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari. 


Dalam tempoh ini, biasanya rambut akan lebih cantik dan berkilat. Kebanyakkan ibu mengalami rambut yang subur dalam tempoh ini. Ia mungkin kerana, pengambilan vitamin B dan C yang konsisten semasa mengandung membantu kesuburan rambut. :D.. that why, suplemen sangat penting bagi badan.

7# Perkara wajib mengenai keguguran rambut 

Setelah bersalin, tahap hormon estrogen dalam badan akan menurun dengan ketara, Oleh itu, rambut akan mula gugur dengan banyak, fasa berehat telah mula beralih ke fasa seterusnya.

8# Perkara wajib mengenai keguguran rambut 

Keguguran rambut yang luar biasa akan mula berkurangan dan pertumbuhan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Biasanya ini akan mengambil masa sehingga setahun lamanya untuk kembali normal.


BAGAIMANA HENDAK MENGATASI MASALAH RAMBUT GUGUR?

  • Saya suka menggalakkan anda untuk mengamalkan pemakanan sihat dan pengambilan suplemen sepanjang hayat. 
  • Untuk memulihkan rambut gugur adalah dinasihatkan untuk mengambil suplemen vitamin B dan Protien. 
Tip saya : Banyakkan memakan sayur dan amalkan protien seperti ikan atau ayam bagi membantu mempercepatkan pertumbuhan semula rambut.
  • Elakkan amalan mewarna, melurus (rebornding) atau mengerintingkan rambut. Kenapa? kerana adalah sangat tidak sesuai dilakukan semasa tempoh hamil dan selepas bersalin. Mengayakan rambut dengan bahan-bahan kimia berlebihan boleh memudaratkan dan menyebabkan lebih banyak rambut gugur. Oleh itu, suka saya nasihatkan anda untuk tidak melakukan sebarang pengayaan rambut sehingga tempoh setahun selepas bersalin. (melainkan rambut anda benar-benar sihat untuk melalui proses di atas)
  • Elakkan menutup rambut (memekup) dengan terlalu lama (nasihat buat wanita bertudung). Jika ada masa untuk membuka seketika pada waktu rehat / solat, maka bukalah sekejab untuk memberi udara kepada kulit kepala dan rambut anda:D

  • Penggunaan rambut palsu juga tidak digalakkan. Sebaiknya, kerap biarkan rambut dan kulit kepala mendapat udara secukupnya. 
  • Haba hangat akibat menutup terlalu lama boleh menyebabkan peluh di bahagian kulit kepala. Peluh akan menyebabkan kegatalan dan kelemumur. Haba yang panas juga akan menyebabkan lebih banyak rambut gugur.
  • Ikatan rambut juga haruslah dipastikan tidak terlalu ketat sehingga menyebabkan ketegangan di folikel/ akar rambut. Jika terlalu ketat/kuat, maka akar rambut akan mudah terputus dari folikel rambut di dalam kulit kepala. Sebaiknya gunakan pengikat rambut jenis kain dan getah yang tidak menyebabkan rambut tersimpul atau sukar dileraikan. 
  • Gunakan shampoo dan serum rambut yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala dan rambut. (lagi baik jika kita selalu mengamalkan steam rambut atau mask untuk mengembalikan kesihatan rambut)

  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

PENYELESAIAN MASALAH KEGUGURAN RAMBUT / KELEMUMUR  
RAWATAN DENGAN SET PENJAGAAN RAMBUT DAN VITAMIN SHAKLEE

Setelah setahun saya mengalami keguguran rambut yang agak banyak, saya dah mula tidak senang duduk. Alhamdulillah, sekarang keadaan rambut saya semakin hari semakin baik, rambut pun mulai tumbuh dan rambut yang gugur pun dah makin berkurang. 


Tip Saya : Rambut sihat dengan Shaklee : 
  • Setiap wanita tidak seharusnya berhenti mengambil suplemen. Sebaiknya teruskanlah pengambilan Vitamin B dan C sebagaimana semasa mengandung. Penambahan nutrisi penting dalam badan adalah sangat baik bukan sahaja untuk penjagaan rambut.
  • Energizing Soy Protien (ESP), Zinc dan Vita-Lea (multivitamin) Shaklee banyak membantu memulihara kesihatan badan dan rambut.
  • Penggunaan shampoo seharusnya diambil berat. Penggunaan shampoo yang banyak bahan kimia akan mempercepatkan keguguran rambut. Rambut akan mudah rapuh dan kusam. Oleh itu, bertukarlah kepada syampoo yang kurang bahan kimianya atau gunakan shampoo yang lebih kandungan organik seperti Revitalizing dan Purifying Shampoo daripada Shaklee.
  • Penggunaaan sikat turut memainkan peranan yang penting. Sebaiknya gunalah sikat yang bersisir jarang dan sama sekali elakkan menyikat rambut semasa rambut basah (kerana rambut dalam keadaan sangat lemah selepas mandi), Seeloknya, sikat rambut sebelum mandi atau setelah rambut benar-benar kering. Tip saya : sikat rambut secara perlahan-lahan dari bahagian bawah ke atas untuk mengelakkan rambut kusut dan putus
  • Kurangkan stress dan banyakkan berehat (stress merupakan salah satu faktor penyebab badan menjadi lemah dan hormon berubah)
  • Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
 Nasihat akhir saya :
  • Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai tudung
  • Jika mengeringkan rambut dengan pengering rambut (hair dryer), pastikan anda memilih mode cold (angin sejuk). Penggunaan angin panas akan menyebabkan rambut lebih cepat rosak, kering mahupun bercabang.
  • Pastikan anda memilih tudung yang nipis dan bebas udara /jenis cotton (bagi memastikan kulit kepala tidak cepat berpeluh dan panas) - panas boleh mengundang kepada kegatalan dan kelemumur (peluh dan kelemumur akan meninggalkan bau yang kurang enak kepada rambut anda) 
  • Segera membuka tudung setelah pulang dari kerja /atau setelah pulang dari keluar rumah
  • Jangan lupa shampoo rambut anda mengikut jadual yea.. pastikan rambut wangi dan sihat.. dah tentu anda tidak mahu rambut anda berbau kurang enak tambah-tambah lagi jika suami disisi anda. (tak nak lah jadi topik macam akbar baru-baru ini, si suami cari penganti lain sebab si isteri tak pandai jaga diri dan berbau busuk.. haih! kesian sangat)

Rambut adalah mahkota wanita. Penjagaan rambut yang sempurna akan menambahkan keyakinan dan penampilan seorang wanita. Ia juga mengikat kasih sayang antara suami isteri. Suami mana yang tak nak lihat isterinya cantikkan? 


Pastikan juga anda menjaga rambut anda dengan baik, shampoo mengikut waktu yang bersesuaian dan amalkan pengambilan suplemen juga pemakanan sihat.
Rambut yang sihat, ikal, berkilat dan wangi sememangnya idaman semua wanita.. Jadi kenapa mesti biarkan mahkota kita tidak dijaga dengan sempurna? kesian kan.. saya faham kerana saya pun turut alami masalah yang sama.. 

Ambillah suplemen kesuburan rambut dan set penjagaan rambut Shaklee. Jangan risau ia tidaklah semahal mana jika dibandingkan dengan penggunaannya yang tahan lama (melebihi 3 bulan) dan sememangnya hasil terbukti berkesan. Yang penting Shaklee adalah halal. 

Saya dah rasai sendiri kesannya terhadap diri dan rambut saya. Jadi saya rasa sangat bersalah dan kurang senang jika saya tidak berkongsi manfaat ini dengan semua wanita diluar sana. 

ikhlas dari hati.. Coretan Bonda Miza istimewa buat semua wanita.. 

Mahkota indah adalah mahkota yang sihat menawan :D

~Be Simply Healthy~

#BondaMizaShaklee
#BondaMizaHealthySecret






You Might Also Like

0 comments

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..