Kurangkan Kejang Kaki
Masalah Ibu sepanjang kehamilan
Ostematrik
TIP KURANGKAN KEJANG KAKI SEMASA HAMIL
2:22 AM
Assalamualaikum semua pembaca blog Bonda / Bersalin Menyusu.
Saya doakan kalian semua dalam keadaan sihat dan bahagia hendaknya.
Baiklah entry hari ni saya nak share tentang kekejangan kaki.
KENAPA IBU KERAP MENGALAMI KEKEJANGAN KAKI SEMASA HAMIL?
Saya pasti ramai ibu yang kejang kaki semasa kehamilan, terutama sekali semasa masuk trimester 2 dan 3. Saya pun kerap alami kekejangan semasa tempoh kehamilan saya 2 tahun lalu.
Kekejangan kerap berlaku pada ibu hamil disebabkan oleh rahim kita yang semakin membesar. Apabila saiz rahim makin membesar, maka kebanyakkan saluran darah akan turut tertekan. Oleh itu, tekanan akan melambatkan perjalanan darah ke atas iaitu perjalanan darah dari kaki ke jantung, Apabila darah sukar mengalir, itulah yang menyebabkan kita sering kejang..
Kejang kaki berlaku tak kira masa. Namun begitu, ramai juga ibu yang mengalami kekejangan pada malam hari. mungkin disebabkan oleh faktor suhu atau posisi tidur ibu.
Ada orang tanya, bagaimana nak menhilangkan kejang kaki?
Ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh ibu dalam tempoh kehamilan untuk mengurangkan kekejangan kaki.
Tip hilangkan / mengurangkan kekejangan kaki semasa hamil, mari kita amalkan selalu :
Klise je ayat ni .?. hehe, lakukan senaman yang banyak melibatkan pergerakan kaki seperti berjalan kaki atau joging. ehh, siapa kata ibu hamil tak boleh senaman? huhuhu.. boleh yea, tapi pada kadar yang termampu sahajalah yea.
Tujuan senaman adalah untuk mengaktifkan pengaliran darah dari kaki ke jantung ibu. Kalau tak nak jogging atau berjalan, boleh juga buat senaman duduk. ada pelbagai cara senaman sekarang. rajin-rajin lah cari caranya :D
- MEMAKAI STOKIN KHAS
Keraplah mengurut kaki. Boleh minta bantuan suami tercinta untuk urut selalu. Barulah perjalanan darah menjadi lebih lancar. Kalau ada kemampuan lebih, boleh juga ke spa. Best sikit kot. kalau mampu lah yea. jangan nanti kata saya suruh pula :P
- RENDAM KAKI DENGAN AIR SUAM
Jika bekerja, kita lebih banyak duduk. Ada juga yang lebih lama berdiri. Kedua-dua keadaan menyebabkan kaki kita cepat lenguh dan bengkak. oleh itu, apa kata dalam tempoh beberapa jam sekali, kita letakkan kaki tinggi, Boleh beli kerusi kecil untuk pastikan kaki tidak tergantung ketika duduk dikerusi.
jika duduk di rumah, boleh je buat kaki begini. macam biadap pula.. kalau tiada sesiapa di rumah, boleh lah buat begini yea.
- AMBIL SUPLEMEN KALSIUM :
Kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang ibu cepat reput. Kelak nanti habis semua gigi luruh satu persatu lepas bersalin. Jadi make sure kalsium dalam badan kita mencukupi yea. Saya amalkan ostematrik Shaklee, memang best, ambil 2 biji siang, 2 biji malam. Sebiji ostematrik bersamaan segelas susu tau, atau lebih kurang macam makan 80 biji badam.
Ibu mengandung perlu ambil kalsium bersamaan 4 gelas susu. Kalsium ini perlu diambil sepanjang hayat yea. Bukan berhenti selepas bersalin.
Nota tentang Kalsium :
Suplemen kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Jika badan ibu kekurangan kalsium maka bayi kita akan 'mencuri' kalsium yang terdapat dalam badan ibu. Oleh itu badan ibu akan kehausan kalsium.
Kalsium perlu diambil sepanjang waktu berpantang dan menyusu. Vitamin D selalunya hadir bersama kalsium. Vitamin D sangat penting dalam memastikan kalsium diserap ke dalam badan.
Wanita yang kekurangan kalsium berisiko mendapat osteporosis kelak. Ibu mengandung dan menyusu memerlukan antara 1000 ke 1200mg kalsium sehari.
Kalsium tidak boleh diambil berlebihan ya, sebab boleh sebabkan sembelit dan batu karang. Ambillah pada kadar yang disarankan sahaja ye.
KESIMPULAN :
Setiap apa jua yang kita ambil/ lakukan pada hari ini, tidak menunjukkan kesan yang ketara dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, adalah amat penting untuk menjaga kesihatan dengan sebaik-baiknya. Ingat yea, Kesihatan amat berharga.. lebih baik mencegah daripada mengubati.
Ok setakat ini sahaja untuk kali ini, Untuk ketahui lebih lagi kaedah dan tip-tip seterusnya, jemput scroll di bawah :D
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, jemputlah 'like' dan 'share' entry ini
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.
'Be Simply Healthy'
Master To Be ~ Bonda Miza
INGIN MENDAPATKAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK ANDA & SEISI KELUARGA?
INGIN MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN DENGAN MODAL YANG RENDAH?
SILA HUBUNGI SAYA :
Lain-lain bahan bacaan berkaitan:
- Jemput baca herba-herba berkhasiat buat wanita berpantang di sini
- Jemput baca kepentingan penjagaan diri semasa pantang bersalin di sini
- Jemput baca penjagaan selepas bersalin / berpantang selepas caesarean di sini
- Jemput baca penjagaan selepas bersalin / berpantang secara tradisional di sini
- Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini
- Jemput baca kaedah penyimpanan susu ibu di sini
- Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
- Tip atasi bengkak susu di sini
- Tip meningkatkan kesuburan suami isteri di sini
- Dapatkan maklumat kelebihan menjadi ahli Shaklee di sini
0 comments
jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.
salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D