Bayi & Kanak-kanak
HAMIL BERSALIN MENYUSU
Penjagaan selepas bersalin
Tip Menyusu Bayi
9 TIP MEMASTIKAN BAYI TERJAGA SEWAKTU MENYUSU
2:03 AM
Salam sejahtera semua pembaca blog bonda.. hari ni saya nak kongsi beberapa tip penyusuan.
Bayi yang baru lahir biasanya kerap tidur dan ada kalanya susah kita nak bangunkan untuk menyusu.. Baiklah di sini saya kongsikan beberapa tip untuk pastikan bantu bayi terjaga untuk menyusu..
Bayi perlu disusui secara kerap sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau pada bila-bila masa yang bayi perlukan.
9 tip pastikan bayi tidak tertidur waktu menyusu :
- Biasakan berikan bayi mainan lembut berwarna terang
- Basahkan wajah bayi dengan air suam (renjis sedikit air)
- Basahkan tuala kecil / sapu tangan dengan air dan disapukan pada bayi takala nampak ia mengantuk
- Ubah posisi penyusuan selepas beberapa minit (lebihkurang dalam 10 minit)
- Salin lampinnya, gerakan menyalin lampin akan membangunkan bayi
- Getelek kaki / urut kaki untuk merangsang dia bangun atau cubit telinga bayi agar dia respon dengan anda
- Berikan urutan ringan sebagai penggalak kepada bayi untuk lebih segar dan cepat membesar
- Jangan lupa sendawakan bayi atau tepuk ringan belakang bayi untuk bangunkannya
Jika bayi amat sukar dikejutkan, lakukan urutan lembut dan senaman otot tangan dan kaki. Anda juga boleh bercakap dengan bayi dalam nada yang boleh mengejutkannya (bukan bertempik). Gunakan kreativiti lain seperti menyanyi riang atau berselawat apabila melakukan urutan dan senaman.
Setelah bayi betul-betul terjaga, usap tepi mulut bayi dengan jari untuk merangsangnya supaya mencari puting (rooting reflex). Mulakan penyusuan secepat mungkin sebelum bayi merajuk.
Ini pula tip khas untuk ibu :
Berdasarkan fakta-fakta ini, berikut adalah panduan bagi mengatasi bayi kerap tertidur semasa menyusu.
1. Pastikan anda mengejutkan bayi daripada tidur setiap dua jam jika bayi selalu tidur melebihi dua jam. Ini bagi memastikan bayi mendapat nutrisi susu ibu yang secukupnya. Secara tidak langsung, dapat mengelakkan bengkak payu dara atau saluran kelenjar tersumbat terutamanya di minggu pertama kelahiran.
1. Pastikan anda mengejutkan bayi daripada tidur setiap dua jam jika bayi selalu tidur melebihi dua jam. Ini bagi memastikan bayi mendapat nutrisi susu ibu yang secukupnya. Secara tidak langsung, dapat mengelakkan bengkak payu dara atau saluran kelenjar tersumbat terutamanya di minggu pertama kelahiran.
2. Semasa bayi menyusu, jangan beri peluang kepadanya untuk masuk fasa tidur active sleep. Gunakan pelbagai kreativiti seperti merangsang dia dengan kerap supaya sentiasa menyusu dengan aktif. Contohnya mengurut atau menggerakkan tangan dan tapak kakinya, bercakap-cakap tentang kasih sayang kepadanya dan menggeletek lembut belakang atau tapak kakinya.
3. Sesekali, anda boleh menekan payu dara antara ibu jari dan beberapa jari lain seperti memerah apabila bayi berhenti menghisap. Teknik ini akan mengalirkan susu keluar ke dalam mulut bayi dan boleh merangsangnya untuk terus menghisap.
4. Pastikan penyusuan bayi yang kerap tertidur ini lebih lama daripada bayi yang aktif menghisap. Apabila bayi kerap tertidur membuatkan susu yang diambil tidak cukup. Jika bayi tidak kenyang, ini bukan kerana ibu tidak cukup susu. Jumlah susu yang bayi terima amat bergantung kepada keaktifan bayi menghisap. Jika kurang aktif menyusu, panjangkan tempoh penyusuannya. Tiada jangka masa yang tertentu tetapi pastikan bayi menghisap sehingga dia melepaskan puting dengan sendirinya. Jika anda tidak pasti sama ada bayi berhenti menyusu kerana sudah kenyang atau terlelap, cuba tarik keluar puting perlahan-lahan. Sekiranya mulut bayi masih membuat gerakan menghisap, teruskan penyusuan. Jika sebaliknya, anda boleh menghentikan penyusuan. Pemberian susu formula bukan penyelesaiannya.
5. Menyusu bayi dalam posisi berbaring boleh membantu mengurangkan keletihan akibat penyusuan yang lama. Anda boleh berehat sambil menyusukan bayi. Terdapat punca lain yang menyebabkan bayi sering tertidur dan tidak aktif seperti pramatang, kurang gula dalam darah, sindrom Down dan hypothyroidism. Bayi ini biasanya tidak aktif walaupun dalam keadaan jaga dan biasanya mempunyai simptom lain. Anda perlu membawa bayi berjumpa pakar untuk kepastian.
itu sahaja tip saya hari ni :D
Moga bermanfaat
feel free to share. Semoga bermanfaat.
'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza
Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Millionaire"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com
BACAAN LAIN:
Urutan bayi : Teknik dan urutan terbaik
Teknik membuang kahak pada bayi
Rahsia susu ibu meriah
Testimoni Set Menyusu dan ESP Shaklee
Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini
Jemput baca khasiat ESP untuk penyusuan ibu di sini
Jemput baca kaedah penyimpanan susu ibu di sini
Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
0 comments
jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.
salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D