Bayi & Kanak-kanak
JAUNDIS & KUNING
Masalah Ibu sepanjang kehamilan
MASALAH KESIHATAN BAYI
Masalah kesihatan Ibu Selepas Bersalin
MIKROSEFALI
PENJAGAAN BAYI
VIRUS ZIKA
HATI-HATI ANCAMAN VIRUS ZIKA! BAYI MUNGKIN LAHIR MENDAPAT MIKROSEFALI
10:24 PM
Salam sejahtera buat semua pembaca blog bonda. Risau sebenarnya dengan keadaan menularnya virus zika di dunia. Walaupun tadi baru je dengar di
radio yang dianggar virus zika akan menjangkiti lebih kurang 4 juta manusia hujung tahun ini. Sebenarnya ianya
masih kecil berbanding dengan jumlah manusia di dunia.
Namun begitu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
memberi amaran Virus Zika telah merebak dengan pantas di Amerika Syarikat,
jadi memang perlulah kita turut sama menyebarkan info virus ini kepada semua.
Baru-baru ni saya ada menonton temuramah di TV1. Rupa-rupanya
masih ramai yang tidak tahu apa itu Virus Zika. Yelah, ianya masih baru kedengaran di Malaysia.
Virus Zika sebenarnya dah ditemui di Malaysia pada tahun 1969, namun masa itu virus ini tidaklah begitu besar jangkitannya. Kes sangat terpencil. Boleh baca lanjut di sini. (klik pada gambar di bawah)
![]() |
Artikel Virus zika tahun 1956 - klik pada gambar |
Virus Zika adalah
virus bawaan nyamuk Aedes. Simptom jangkitan Virus Zika hampir sama dengan demam denggi (demam, batuk, sengal-sengal badan).
Virus Zika tidak mempunyai sebarang ubat buat masa ini sama seperti denggi.
BAGAIMANA VIRUS ZIKA BOLEH MEREBAK DAN MENJANGKITI KITA?
Virus Zika boleh
disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk dan virus berjangkit dalam darah dan melalui hubungan seks.
Amat menakutkan apabila diketahui, Virus Zika boleh menyerang ibu hamil dan mengancam bayi dalam kandungan.
Amat menakutkan apabila diketahui, Virus Zika boleh menyerang ibu hamil dan mengancam bayi dalam kandungan.
Virus Zika amat berisiko kepada ibu hamil kerana
pada awal kehamilan ia akan mengganggu pertumbuhan janin dan bayi berkemungkinan akan
dilahirkan dengan masalah mikrosefali (iaitu dilahirkan berkepala kecil ~ gangguan pertumbuhan otak)
APA ITU MIKROSEFALI?
Mikrosefali adalah masalah ukur lilit kepala bayi
dilahirkan lebih kecil dari kepala bayi normal. Keadaan berlaku kerana otak bayi
tidak berkembang dengan baik didalam rahim atau berhenti tumbuh ketika lahir.
Ya Allah,mintalah dijauhkan..
Kebanyakan bayi yang menderita penyakit
ini akan mengalami masalah pertumbuhan kekal. Penyakit mikrosefali tidak ada
ubat dan tidak boleh sembuh.
Namun begitu, kita berharap dengan teknologi
perubatan sekarang dapat membantu bayi dalam perkembangan percakapan dan
perkembangan pergerakan harian mereka.
GEJALA-GEJALA MIKROSEFALI
Tanda utama mikrosefali adalah ukur lilit kepala bayi
lahir lebih kecil secara signifikan dari lilit kepala anak lain dengan jenis
kelamin dan umur yang sama.
Beberapa bayi mungkin memang memiliki kepala yang
kecil, tapi bayi dengan mikrosefali, lilit kepalanya lebih kecil. Kemungkinan lebih
kecil daripada peratusan perkembangan minima usia bayi tersebut.
Dalam keadaan tertentu jua, bayi dilahirkan dengan
keadaan muka dan dahi yang leper.
Selain itu, bayi juga mungkin mengalami masalah
berikut :
- Masalah mental
/ lambat pembelajaran
- Lewat fungsi
motor dan percakapan
- Kecacatan pada
wajah
- Kerdil
- Hiperaktif
- Kejang-kejang
atau sawan
- Badan dan otak
tidak seimbang
Beberapa bayi mungkin akan memiliki kecerdasan
normal dan mungkin juga kepala akan tumbuh lebih besar. Namun begitu
perkembangan fizikal dan mentalnya tetap akan di bawah usia perkembangan bayi
yang sihat
MASALAH-MASALAH LAIN YANG MEMUNGKINKAN BAYI MENDAPAT MIKROSEFALI
:
- Craniosynostosis. sendi di antara tulang tengkorak bayi menghalang
otak berkembang. Ini dapat diatasi melalui pembedahan untuk memisahkan
sendi tulang yang bercantum.
- Kelainan
kromosom. Down
syndrome dan penyakit mungkin terjadi
- Penurunan
oksigen ke otak janin (anoksia serebral). Komplikasi yang berlaku semasa kehamilan atau semasa proses
melahirkan telah mengganggu perjalanan oksigen ke otak janin.
- Infeksi janin
selama kehamilan. Ini termasuk
toksoplasmosis, sitomegalovirus, campak jerman (rubella) dan cacar
(varicella).
- Gizi buruk. Janin tidak mendapatkan gizi yang cukup semasa
kehamilan mempengaruhi perkembangan bayi.
- Keracunan Merkuri
- Salah ambil ubatan merbahaya semasa hamil
PENUTUP
Baiklah sampai setakat ini info ancaman Virus Zika kepada bayi. Langkah yang kita boleh ambil untuk mengelakkan penularan jangkitan adalah dengan memastikan kawasan rumah dan kediaman kita jauh dari tempat pembiakan Aedes. Pastikan tiadanya kawasan air bertakung.
Buat ibu yang hamil atau wanita yang mungkin ingin hamil. elakkan pergi ke tempat berisiko nyamuk dan pastikan sentiasa mengambil langkah pencegahan gigitan nyamuk yang memungkinkan jangkitan virus Zika.
Saya doakan mudah-mudahan jangkitan Virus Zika tidak menular dengan teruk dan moga kita semua selamat hendaknya daripada jangkitan merbahaya ini. Amin
Tolong sebarkan info ini dengan semua sebagai tanda prihatin kita sesama insan. Mencegah lebih baik daripada merawatnya. Insyallah
Moga bermanfaat.
'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza
Master To be Bonda Miza
Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Millionaire"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com
Lain-lain bahan bacaan berkaitan :
- Jaundis / kuning part 1
- Atasi Kulat Susu pada bayi di sini
- Teknik Urutan Bayi di sini
- Hadapi Tersedak Susu di sini
- Kenali punca-punca penyebab pembedahan caesarean di sini
- Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini
- Jemput baca kaedah penyimpanan susu ibu di sini
- Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
- Tip atasi bengkak susu di sini
- Tip meningkatkan kesuburan suami isteri di sini
2 comments
Terbaru virus Zika boleh dijangkiti melalui hubungan kelamin. Thailand sudah ada jangkitan Zika. Sungguh menakutkan.
ReplyDeleteDengar pun risau. Harapan moga tiada di Malaysia
ReplyDeletejika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.
salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D