SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

MANDI HERBA BANTU MEMULIH TENAGA DAN KESIHATAN IBU

Dalam tempoh berpantang banyak perkara yang perlu ibu lalui. Selain menjalani tempoh berpantang selama 44 hari, ibu juga digalakkan memaka...


Dalam tempoh berpantang banyak perkara yang perlu ibu lalui. Selain menjalani tempoh berpantang selama 44 hari, ibu juga digalakkan memakai pilis, param, tapel, berurut, berbengkung dan mandi herba bagi memulihhkan semula kesihatan badan luar dan dalam. 

Alhamdulillah saya baru sahaja selesai menjalani tempoh berpantang 44 hari. namun begitu memandangkan saya bersalin cser, jadi saya lanjutkan tempoh berpantang saya kepada 60 hari seperti yang dicadangkan doktor untuk pastikan luka cser lebih sihat. insyallah

Mandi herba antara mandi yang dititikberatkan oleh  orang-orang lama. Mandi herba ini sangat baik, bukan sahaja untuk pemulihan malah untuk memberikan badan lebih rasa segar selain membersihkan diri dari bauan yang tidak menyenangkan. Yelahkan, masa berpantang kita banyak berpeluh, tak kurang dengan bauan susu badan dan nifas. 


Sebab itulah, kita perlu pastikan badan kekal bersih dan berbau segar. paling seronok tatkala menyapu seluruh badan dengan tapel, parem dan pilis. bau herba semerbak menenangkan diri dan seisi rumah. heheh

Baiklah saya  tak nak bebel lama-lama. Saya nak kongsi mandian herba yang saya gunakan ketika berpantang baru-baru ini. Semua daun-daun dikumpul dari laman rumah dan jiran tetangga. Best sebab tinggal di kawasan kampung, jadi kebanyakkan daun masih banyak ditanam belakang rumah.    
 


Inilah daun-daun herba yang saya gunakan ketika berpantang baru-baru ini. ada lebih kurang 10 macam daun juga yang saya gunakan. Daun inai, pandan, kaduk, cekur, sireh, daun halia, daun lengkuas, daun durian belanda, hempedu bumi dan daun kunyit. 

Jadi kenapa perlu mandi herba?


Banyak manfaat mandian herba ini termasuklah :
  • Mandian herba ini dipercayai dapat membantu ibu-ibu mengembalikan tenaga;
  • Mengeluarkan angin;
  • Menghapuskan bau daripada lokia (darah nifas) dan rembesan lain;
  • Merawat urat-urat yang sengal
  • Mengurangkan sakit kepala dan stress.

Di atas tadi sedikit sebanyak manfaat secara keseluruhan. Baiklah di bawah ini pula saya ada snap gambar-gambar daun herba yang saya guna 10 macam ini. 

Daun-daun di bawah tak semestinya sama sepanjang masa. Ia boleh juga ditambah dengan bunga-bungaan yang wangi seperi melur, ros, kenanga, juga ditambah limau purut untuk lebih harum dan segar. Ada banyak jenis daun lain yang boleh diguna lagi untuk mandi herba termasuklah bonglai, daun pisang kelat, serai wangi dan banyak lagi.

Memandangkan pokok limau dan melur saya masih belum berbuah dan berbunga, jadi saya guna sahaja apa yang sesuai. hehhee. Ini ada ekstra bonus, saya senaraikan daun dan manfaatnya satu persatu yea. Moga ia memberi manfaat kepada semua kelak.  

KHASIAT DAUN DURIAN BELANDA

Daunnya berwarna hijau, mempunyai daun yang banyak pada satu tangkai.



MANFAAT DAUN / BUAH DURIAN BELANDA
  • Berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus,
  • Berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing,
  • Menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan & stress,
  • Menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
  • Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser.

KHASIAT DAUN KUNYIT

Daunnya licin, berwarna hijau, berbentuk bujur dan meruncing dihujung, berbau harum serta mempunyai tangkai yang panjang. 

Pokok ini mengeluarkan bunga berwarna kuning yang terdapat di celah-celah daun muda. Isi kunyit selalunya terdiri dari ibu kunyit yang dikelilingi oleh cabang-cabang.



MANFAAT DAUN / KUNYIT
  • Bersifat antiseptik serta antibakteri,
  • Mengubati psoriasis serta radangan sendi termasuk artritis reumatoid.,
  • Mengatasi masalah pencernaan serta depresi.
  • Melancarkan darah serta haid
  • Memberi tenaga kepada badan
  • Menghalang pembekuan darah sekaligus menghindar trombosis.
  • Menghalang tindakan radikal bebas daripada terus merosakkan sel-sel badan yang menyebabkan pembengkakan atau keradangan.

KHASIAT HALIA / DAUN HALIA

Daun halia kelihatan sama seperti daun lengkuas, tetapi daun halia lebih besar dan runcing.



MANFAAT DAUN / HALIA
  • Membuang angin dalam badan, sakit kepala, dan muntah,
  • Merawat cirit-birit, dan, sakit perut,
  • Membantu memanaskan badan daripada kesejukan,
  • Mengurangkan sakit pinggang, urat saraf lemah,
  • Mencegah vagina berair
  • Mengurangkan bau hamis darah haid / nifas
  • Merawat demam dan selesema

KHASIAT AKAR CHERITA / HEMPEDU BUMI

Daun ini sangat pahit berwarna hijau, daunnmya meruncing panjang, dan pokoknya berbatang lembut. Pokok ini juga dikenali sebagai akar cherita.



MANFAAT HEMPEDU BUMI
  • Menurunkan darah tinggi dan merawat kencing manis.
  • Merawat luka.
  • Merawat demam. 
  • Mempunyai ciri meningkatkan pertahanan badan melawan penyakit virus. 

KHASIAT DAUN PANDAN

Daun pandan berwarna hijau dan agak panjang. Mempunyai aroma yang wangi. Tumbuh merimbun di tanah dan mudah didapati di sekitar perumahan.



MANFAAT DAUN PANDAN
  • Mengubati lemah saraf
  • Buang angin dalam badan
  • Baunya yang wangi, dapat mengurangkan kegelisahan dan stress

KHASIAT DAUN KADUK

Daun kaduk mempunyai bentuk dan warna yang hamper menyamai daun sireh. Ia boleh dibezakan dengan melihat urat pada daunnya. Daun kaduk kurang wangi berbanding daun sireh. Ia juga sesuai dan sangat sedap dibuat ulam.



MANFAAT DAUN KADUK
  • Melawaskan kencing 
  • Melegakan selsema,
  • Melegakan sakit pinggang dan sengal tulang,
  • Mengurangkan masalah sembelit

KHASIAT DAUN SIREH

Ada beberapa jenis sireh yang dikenal di dalam masyarakat. Misalnya, sireh jawa (daun lebih lembut, kurang tajam, hijau rumput), sirih belanda (daun besar, hijau tuam rasa dan bau tajam dan pedas), sireh cengkeh (kecil, daun kuning, rasa seperti cengkeh), sireh kuning, dan sireh hitam. 


MANFAAT DAUN SIREH
  • Bersifat antiseptik
  • Dijadikan pencuci dan penyegar muka
    membantu menyegarkan dan mencegah bau badan
  • Merawat bisul dan bengkak
    Membantu merawat masalah wanita termasuk keputihan dan bau pada alat sulit.
  • Mengurangkan masalah batuk

KHASIAT DAUN INAI

Pokok inai mempunyai banyak ranting dan berdaun kecil. Daunnya akan menghasilkan warna merah cantik jika ditumbuk dan disapu ke kuku atau kulit.




MANFAAT DAUN INAI
  • Menyembuhkan luka, bisul dan penyakit penyakit kulit
  • Mengurangkan sengal-sengal tulang.
  • Mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan.
  • Menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.
  • Mengawal haid/nifas yang berlebihan dan keputihan
  • Mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak.

KHASIAT CEKUR

Pokok cekur mempunyai daun yang sederhana lebar, tebal dan berwarna hijau manakala bahagian bawah daunnya berwarna hijau muda dan isinya pula berwarna putih. Sedap dibuat ulam.



MANFAAT CEKUR
  • Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.
  • Mengembalikan tenaga terutama bagi wanita selepas bersalin dan mereka yang berasa kurang bermaya. 
  • Kepada mereka yang mengamalkannya secara berterusan, ulam ini turut membantu melambatkan kesan penuaan.

KHASIAT LENGKUAS

Daun lengkuas jika sekali pandang seakan daun halia. Pokok lengkuas daunnya lebih besar dan tumbuh merimbun. 


MANFAAT LENGKUAS 
  • Sebagai anti-inflamasi
  • Lengkuas digunakan untuk mengatasi arthritis dan rheumatoid arthritis atau radang sendi. 
  • Ia membantu melancarkan perjalanan darah kita.

PENYEDIAAN MANDIAN HERBA BONDAMIZA


  • 10 macam daun tadi diambil serba segenggam 
  • Air dalam 5 ke 10 liter (nak mudah gunakan periuk besar)
  • Rebus daun tadi selama 30 minit dengan api sederhana kuat untuk mengeluarkan bau dan khasiat daun-daun tadi. 

Untuk mandi, cebokkan beberapa cebok air rebusan daun herba dan campurkan dengan air biasa untuk kurangkan kepanasan.


Setiap rebusan tadi boleh diguna untuk 2 ke 4 
hari (asalkan setiap kali nak mandi dipanaskan.)

Jika air sudah kelihatan berkulat, tandanya air tadi sudah tidak boleh digunakan lagi. tukarlah daun baharu.


Mandilah ketika air sedang suam, jika dirumah mempunyai tab mandi, bolehlah berendam dengan air herba. Jika tiada, mulakan dengan mandian air putih suam, dan akhiri beberapa cebok akhir dengan air herba ini.

Biasanya digalakkan ibu mandi herba untuk tempoh 3 hingga seminggu. Namun lebih elok jika diteruskan sehingga habis tempoh berpantang. 

Jika tiada daun-daun tadi semua, bolehlah gunakan daun-daun yang ada sahaja. 

Itu sahaja perkongsian saya hari ini. Moga bermanfaat yea.

Selain mengamalkan pemakanan sihat, amalan berpantang terbaik, ibu juga perlu tahu tatacara amalan berpantang yang betul. Di sini saya turut kongsikan juga beberapa (klik pada tajuk dibawah untuk bacaan selanjutnya):




 

Mudah-mudahan info yang saya kongsikan di sini memberi seribu manfaat untuk semua ibu.



KESIMPULAN : 

Setiap apa jua makanan yang kita ambil pada hari ini, tidak menunjukkan kesan yang ketara dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, adalah amat penting untuk berpantang dengan sebaik-baiknya. Ingat yea, Kesihatan amat berharga.. lebih baik mencegah daripada mengubati. 





Ok setakat ini sahaja untuk kali ini, Untuk ketahui lebih lagi info keibuan, kaedah dan tip-tip seterusnya, jemput scroll di bawah :D



Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, jemputlah 'like' dan 'share' entry ini




Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.




~Be Simply Healthy

Master To be Bonda Miza Nazril


PROMOSI SEMASA:



SET BERSALIN (POST NATAL SHAKLEE)




BARUT BENGKUNG ZIP BERSALINMENYUSU.COM   (2 SAIZ PILIHAN READY MADE SEHINGGA SAIZ 56 INCI LILIT (8XL)  

KEMBALI LANGSING SELEPAS MELAHIRKAN






 INGIN DAPATKAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK ANDA DAN SEISI KELUARGA?

INGIN MENJANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE?   
Hubungi saya Konsultan & Pengedar Shaklee sah anda




INGIN MENDAPATKAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK ANDA & SEISI KELUARGA?
INGIN MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN DENGAN MODAL YANG RENDAH?
SILA HUBUNGI SAYA:
- See more at: http://www.bersalinmenyusu.com/2014/11/masalah-kesihatan-ibu-semasa-berpantang.html#sthash.e2oiXMKI.dpuf





MENARIK DIBACA: 

You Might Also Like

0 comments

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..