SELAMAT DATANG KE BLOG KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU TERBAIK DI MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU TERBAIK DI MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

TIP KURANGKAN KEJANG KAKI SEMASA HAMIL

Assalamualaikum semua pembaca blog Bonda / Bersalin Menyusu. Saya doakan kalian semua dalam keadaan sihat dan bahagia hendaknya. Ba...

Assalamualaikum semua pembaca blog Bonda / Bersalin Menyusu.

Saya doakan kalian semua dalam keadaan sihat dan bahagia hendaknya.

Baiklah entry hari ni saya nak share tentang kekejangan kaki. 


KENAPA IBU KERAP MENGALAMI KEKEJANGAN KAKI SEMASA HAMIL?

Saya pasti ramai ibu yang kejang kaki semasa kehamilan, terutama sekali semasa masuk trimester 2 dan 3. Saya pun kerap alami kekejangan semasa tempoh kehamilan saya 2 tahun lalu.

Kekejangan kerap berlaku pada ibu hamil disebabkan oleh rahim kita yang semakin  membesar. Apabila saiz rahim makin membesar, maka kebanyakkan saluran darah akan turut tertekan. Oleh  itu, tekanan akan melambatkan perjalanan darah ke atas iaitu perjalanan darah dari kaki ke jantung, Apabila darah sukar mengalir, itulah yang menyebabkan kita sering kejang.. 

Kejang kaki berlaku tak kira masa. Namun begitu, ramai juga ibu yang mengalami kekejangan pada malam hari. mungkin disebabkan oleh faktor suhu atau posisi tidur ibu. 

Ada orang tanya, bagaimana nak menhilangkan kejang kaki? 

Ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh ibu dalam tempoh kehamilan untuk mengurangkan kekejangan kaki. 

Tip hilangkan / mengurangkan kekejangan kaki semasa hamil, mari kita amalkan selalu :

  • MELAKUKAN SENAMAN

Klise je ayat ni .?. hehe, lakukan senaman yang banyak melibatkan pergerakan kaki seperti berjalan kaki atau joging. ehh, siapa kata ibu hamil tak boleh senaman? huhuhu.. boleh yea, tapi pada kadar yang termampu sahajalah yea. 

Tujuan senaman adalah untuk mengaktifkan pengaliran darah dari kaki ke jantung ibu. Kalau tak nak jogging atau berjalan, boleh juga buat senaman duduk. ada pelbagai cara senaman sekarang. rajin-rajin lah cari caranya :D

  • MEMAKAI STOKIN KHAS


Pakai stokin khas yang sesuai untuk mengalakkan pengaliran darah. Pelbagai jenama ada dijual di farmasi. Stokin ini bukan sahaja sesuai semasa hamil, malah sangat elok dipakai semasa tempoh berpantang termasukkan untuk pemakaian setiap hari. Ia membantu kaki kita berehat. sedikit sebanyak dapatlah ia mengurangkan rasa kejang yang kerap.

  • URUTAN KAKI

Keraplah mengurut kaki. Boleh minta bantuan suami tercinta untuk urut selalu. Barulah perjalanan darah menjadi lebih lancar. Kalau ada kemampuan lebih, boleh juga ke spa. Best sikit kot. kalau mampu lah yea. jangan nanti kata saya suruh pula :P

  • RENDAM KAKI DENGAN AIR SUAM

Rendam kaki pun best juga, tapi airnya mestilah suam. Tahap suam, ikut keselesaan masing-masing. Kalau nak kaki lebih wangi boleh tambahkan bunga atau limau dalam air rendaman. wah! seronoknya .. :D


  • LETAKKAN KAKI TINGGI

Jika bekerja, kita lebih banyak duduk. Ada juga yang lebih lama berdiri. Kedua-dua keadaan menyebabkan kaki kita cepat lenguh dan bengkak. oleh itu, apa kata dalam tempoh beberapa jam sekali, kita letakkan kaki tinggi, Boleh beli kerusi kecil untuk pastikan kaki tidak tergantung ketika duduk dikerusi. 



jika duduk di rumah, boleh je buat kaki begini. macam biadap pula.. kalau tiada sesiapa di rumah, boleh lah buat begini yea.

  • AMBIL SUPLEMEN KALSIUM :

Mengamalkan suplemen kalsim secara teratur. ia bukan sahaja membantu mengurangkan rasa kejang, malah sangat baik untuk memastikan tulang kita sentiasa mendapat gizi secukupnya. Yelah kan, badan kita perlukan lebih kalsium semasa mengandung, kalau kurang baby akan serap semua kalsium masuk ke badannya. jadi ibu tak cukup kalsium pula. 

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang ibu cepat reput. Kelak nanti habis semua gigi luruh satu persatu lepas bersalin. Jadi make sure kalsium dalam badan kita mencukupi yea. Saya amalkan ostematrik Shaklee, memang best, ambil 2 biji siang, 2 biji malam. Sebiji ostematrik bersamaan segelas susu tau, atau lebih kurang macam makan 80 biji badam.

Ibu mengandung perlu ambil kalsium bersamaan 4 gelas susu. Kalsium ini perlu diambil sepanjang hayat yea. Bukan berhenti selepas bersalin. 


Nota tentang Kalsium : 

Suplemen kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Jika badan ibu kekurangan kalsium maka bayi kita akan 'mencuri' kalsium yang terdapat dalam badan ibu. Oleh itu  badan ibu akan kehausan kalsium. 

Kalsium perlu diambil sepanjang waktu berpantang dan menyusu. Vitamin D selalunya hadir bersama kalsium. Vitamin D sangat penting dalam memastikan kalsium diserap ke dalam badan.

Wanita yang kekurangan kalsium berisiko mendapat osteporosis kelak. Ibu mengandung dan menyusu memerlukan antara 1000 ke 1200mg kalsium sehari. 

Kalsium tidak boleh diambil berlebihan ya, sebab boleh sebabkan sembelit dan batu karang. Ambillah pada kadar yang disarankan sahaja ye. 


KESIMPULAN : 

Setiap apa jua yang kita ambil/ lakukan pada hari ini, tidak menunjukkan kesan yang ketara dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, adalah amat penting untuk menjaga kesihatan dengan sebaik-baiknya. Ingat yea, Kesihatan amat berharga.. lebih baik mencegah daripada mengubati. 


Ok setakat ini sahaja untuk kali ini, Untuk ketahui lebih lagi kaedah dan tip-tip seterusnya, jemput scroll di bawah :D

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, jemputlah 'like' dan 'share' entry ini

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.


'Be Simply Healthy'
Master To Be ~ Bonda Miza

INGIN MENDAPATKAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK ANDA & SEISI KELUARGA?
INGIN MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN DENGAN MODAL YANG RENDAH?
SILA HUBUNGI SAYA :



Lain-lain bahan bacaan berkaitan:
  • Jemput baca herba-herba berkhasiat buat wanita berpantang di sini
  • Jemput baca kepentingan penjagaan diri semasa pantang bersalin di sini
  • Jemput baca penjagaan selepas bersalin / berpantang selepas caesarean di sini
  • Jemput baca penjagaan selepas bersalin / berpantang secara tradisional di sini
  • Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini
  • Jemput baca kaedah penyimpanan susu ibu di sini
  • Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
  • Tip atasi bengkak susu di sini
  • Tip meningkatkan kesuburan suami isteri di sini
  • Dapatkan maklumat kelebihan menjadi ahli Shaklee di sini


You Might Also Like

0 comments

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..

POPULAR POSTS / MESTI BACA

LABEL CARIAN

Alamat Shaklee Seluruh Malaysia ANGIN AHMAR ANTI OKSIDAN TINGGI ASPIRIN BAHAYA DARAH BEKU baju menyusu tanpa zip butang dan nusring cover BANTUAN ANAK YATIM BANTUAN ANAK-ANAK DIANIAYA BANTUAN ANAK-ANAK DIDERA BANTUAN ANAK-ANAK OKU BANTUAN ASNAF BARUT BENGKUNG BERSALIN batu tangas Bayi & Kanak-kanak BENGKUNG BENGKUNG ZIP BERBEDUNG BERPANTANG BERSALIN PEMBEDAHAN Bertangas BFMOMS BISNES SHAKLEE BONDA MIZA SOHOMOM JOURNEY BONDA SOHOMOM JOURNEY BONDAMIZA SHAKLEE BONUS SHAKLEE BUTIK BAJU IBU HAMIL & MENYUSU CAIR DARAH cegah kanser penyakit kronik CESAREAN CYST Daftar Ahli Shaklee Online dairu Bonda Miza DARAH TINGGI dealer feedmilk DETOX Diabetes Diabetes Ketika Hamil ESP SHAKLEE FAEDAH JADI AHLI SHAKLEE feedmilk FIBRIOD FOREMILK GDM ON DIET GDM ON INSULIN GEJALA & JENIS JAUNDIS GEJALA FIBRIOD & CYST hamil HAMIL BERSALIN MENYUSU HAMIL DENGAN DIABETES HEPARIN HILANGKAN KESAN REGANGAN HINDMILK JADI AHLI SHAKLEE PERCUMA JANA PENDAPATAN DARI RUMAH JANGKITAN GBS JAUNDIS & KUNING JENIS SUSU IBU JOM JADI AHLI SHAKLEE jubah menyusu keahlian KEAHLIAN SHAKLEE kecutkan rahim Keguguran rambut KENALI WARNA AIR KETUBAN KENAPA MEMILIH SHAKLEE KENTUT VAGINA Keperluan Kalsium semasa Hamil Keperluan Vitamin C KERJA AMAL Kesihatan Jantung Kesihatan Wanita Ketulenan Shaklee KHASIAT TEMBIKAI DAN KEPALA BUAT IBU HAMIL Kolagen Shaklee KULIT CANTIK KUMPULAN SOKONGAN IBU MENYUSU Kurangkan Kejang Kaki Lawan Jangkitan Lawan Kanser LENGUH BADAN LOSYEN LOTION BAYI SHAKLEE makanan tambah selera anak MANDI HERBA MANDIAN BAYI SHAKLEE MANFAAT AHLI SHAKLEE MASALAH DALAMAN WANITA Masalah ibu selepas bersalin Masalah Ibu sepanjang kehamilan MASALAH KESIHATAN BAYI Masalah kesihatan Ibu Selepas Bersalin mealshakes shaklee menu berpantang menyusu ditempat awam Meroyan MIKROSEFALI MINYAK BAYI SHAKLEE Muttivitamin Shaklee NASI TIDAK MENGGEMUKKAN NECK NOW EVERYONE CAN KURUS NUTRIFERON SHAKLEE Nutrisi Ibu Hamil Omega 3 & OmegaGuard Ostematrik OSTEOPOROSIS PANDUAN BERSALIN NORMAL PANDUAN IBU HAMIL PANDUAN MENGHILANGKAN MUAL/LOYA PANDUAN SUNTIKAN INSULIN PANDUAN TIDUR LENA PEKATKAN SUSU IBU Pemakanan Sihat Semasa Pemakanan Sihat Semasa Berpantang PEMULIHAN LUKA BERSALIN PENDAPATAN SAMPINGAN SHAKLEE Pengedar Sah Shaklee PENJAGAAN BAYI Penjagaan Kesihatan Wanita Penjagaan Payu Dara Penjagaan selepas bersalin Penjagaan Wajah PENYAKIT REFLUKS Penyusuan Badan PERSEDIAAN BERSALIN PERSEDIAAN KEHAMILAN/MENGANDUNG petua anak makan PETUA BISNES MODAL RENDAH & MUDAH PETUA HENTIKAN TANGISAN BAYI PETUA IBU BERPANTANG PETUA SEMBUHKAN LUKA BERSALIN Produk Shaklee Projek Kurus RAWAT BUAH PINGGANG RAWAT DIABETES RAWAT JANTUNG RAWAT KANSER RAWAT MATA RAWAT SLE RENEW KEAHLIAN SHAKLEE Resepi Resepi ESP Shaklee REVERATROL RISIKO AIR KETUBAN PECAH RISIKO GBS KEPADA BAYI RISIKO RAHIM PECAH SENAMAN KEGEL Senarai semak ibu berpantang Senarai Set SET BERPANTANG BERSALIN SHAKLEE Set Bersalin & Menyusu Shaklee Set Enfuselle Shaklee SET KANAK-KANAK SHAKLEE Set Kehamilan Shaklee SET MENYUSU SHAKLEE Set Radiant 4 Shaklee Shaklee SHAKLEE BABY slumberselak Stok Susu EBM STRECH MARK SUNTIKAN CAIR DARAH SUPLEMEN IBU BERSALIN MENYUSU SUPLEMEN IBU HAMIL SUPLEMEN IBU HAMIL BERSALIN & MENYUSU Suplemen kesuburan rambut Suplemen Terkini SUSU BADAN CAIR SUSU IBU ISTIMEWA TAMBAH BERAT BADAN tangas basah tangas kering TANZIPARIN TEAM SHAKLEE NO.1 DI MALAYSIA TEMPAHAN BENGKUNG IBU Testimoni Testimoni & Pengalaman bersama Shaklee TESTIMONI ESP SHAKLEE Tiga Serangkai Tingkatkan HB Tingkatkan HB Darah TIP IBU HAMIL TIP KEHAMILAN Tip Kesuburan & Set Kesuburan Tip Langsing Menawan TIP MELAHIRKAN BAYI Tip Menyusu Bayi TUNGKU IBU DAN BAYI TURUN BERAT BADAN VIRUS ZIKA Vitalea Iron Formula Shaklee VITALEA-SHAKLEE Vitamin Buat Ibu Mengandung Vivix VIVIX FIBROADONEMA VIVIX IKHTIAR HAMIL VIVIX KANSER PAYU DARA VIVIX MERAWAT CYST VIVIX MERAWAT FIBRIOD VIVIX Shaklee WARFARIN

..

..

BERPANTANG SELEPAS CEASAREAN

GOOGLE + FOLLOWERS