SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

AMALAN BERBEDUNG BAYI, BAIK ATAU TIDAK?

Ya salam semua pembaca.. baru-baru ini ada pertanyaan daripada beberapa ibu tentang bedung bayi.  Ada yang takut anaknya kaki bengkok (p...

Ya salam semua pembaca.. baru-baru ini ada pertanyaan daripada beberapa ibu tentang bedung bayi. 


Ada yang takut anaknya kaki bengkok (pengkar) jika tak berbedung. Macam-macam persoalan yang timbul. Baiklah ini hanyalah pendapat saya yang ringkas dan mudah. 


APA TUJUAN KITA BERBEDUNG? 

Biasanya bagi bayi baru lahir kita akan membedung untuk memastikan bayi dalam keadaan selesa kerana bayi masih tidak biasa dengan persekitaran luar rahim ibu. Tujuan kita membedung adalah untuk pastikan bayi mudah dipegang ibu dan bayi tidak meragam sekaligus dia dapat tidur dengan lena. 

Namun begitu, berbedung ada juga peraturannya, Sebagaimana saya sarankan tadi, kita berbedung pada minggu-minggu awal sahaja untuk tujuan di atas.

Amalan ini tidak sepatutnya diteruskan hingga  melebihi sebulan kelahiran, bedung sebenarnya tidak digalakkan untuk tempoh masa yang lama kerana ia sama sekali mengganggu tumbesaran bayi. 

Berbedung terlalu lama dan ketat sebenarnya mengundang kepada masalah sakit sendi dan pinggul terkehel kelak. 

Petikan artikel Journal British, Archives of Disease in Childhood, Pakar Ortopedik Pediatrik, Dr. Nicolas memberitahu berbedung sebenarnya merupakan faktor kepada RISIKO PERKEMBANGAN PINGGUL TIDAK NORMAL (DDH- DEVELOPMENT DYSPLASIA OF THE HIP) = PINGGUL TERKEHEL
Bagi mengelakkan masalah ini, amalan berbedung yang ketat dan lama sama sekali perlulah dielakkan kerana ia akan memjejaskan pertumbuhan pinggul dan kaki anak. Bayi yang normal sepatutnya boleh membengkokkan kaki ke atas dan terkangkang. Ia dapat memastikan sendi pinggul berkembang dengan baik. 
kaki bayi perlu begini , bukannya lurus sebagaimana dewasa.
Secara logiknya, amalan berbedung ini tidak memberikan manfaat yang besar. Namun begitu berbedung dalam keadaan yang longgar dan selesa dapat membantu bayi tidur lena pada awal-awal kelahirannya. 

Nasihat Bonda

Jika keadaan rumah selesa, sejuk dan berangin, tidak ada masalah untuk berbedung dalam keadaan longgar terutama sekali pada bahagian pinggul. Namun jika persekitaran sebagaimana cuaca sekarang panas melampau, amalan ini sebenarnya akan mengundang kepada faktor risiko seperti demam panas dan ruam. Kita sendiri panas pun tak tahan.. bayi pun sama, pastinya lebih panjang lagi dia merengek. 


Feel free to share dengan semua.

Moga bermanfaat.

'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza


Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Millionaire"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034 
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com




Lain-lain bahan bacaan berkaitan : 


Dapatkan juga Ebook yang saya hadiahkan secara percuma kepada pembaca blog Bonda Miza dan BersalinMenyusu.com 

Ebook yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”




You Might Also Like

0 comments

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..