Pemakanan Sihat Semasa Berpantang
Penjagaan selepas bersalin
PEMAKANAN SIHAT SEMASA BERPANTANG
10:50 PMPemakanan adalah aspek yang amat penting dalam rawatan pantangbersalin.
Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Ibu mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum).
Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu.
Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati berpantang tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
JENIS IKAN & MAKANAN LAUT :
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar,
mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari,
sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu
rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan
dan yu.
Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan
haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi
menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu
ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
ULAM ULAMAN :
Ikan Haruan - mempercepatkan penyembuhan luka |
Ikan Yu - membantu ibu membanyakkan susu badan |
ULAM ULAMAN :
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
- Daun pegaga,
- Pucuk mengkudu,
- Ulam raja,
- Daun lemuni hitam,
- Daun maaf zahir batin,
- Daun sekentut,
- Daun cemumar,
- Daun pudina,
- Daun kari,
- Daun bebuas,
- Daun ruku,
SAYUR DAN BUAH-BUAHAN :
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk
serta berangin. Antaranya ialah
- Kangkung
- Timun
- Sayur keladi
- Pucuk ubi
- Pucuk paku
- Sayur atau daun keti (bunga putih),
- Kacang panjang
- Labu
- Rebung
- Kacang botor
- Jeruk maman
- Petai
- Jering
- Terung
Ibu harus bijak memilih sayur dan buah-buhana yang sesuai dimakan ketika dalam tempoh berpantang |
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh.
Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
KESIMPULAN :
Setiap apa jua makanan yang kita ambil pada hari ini, tidak menunjukkan kesan yang ketara dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, adalah amat penting untuk berpantang dengan sebaik-baiknya. Ingat yea, Kesihatan amat berharga.. lebih baik mencegah daripada mengubati.
Ok setakat ini sahaja untuk kali ini, Untuk ketahui lebih lagi kaedah dan tip-tip seterusnya, jemput scroll di bawah :D
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, jemputlah 'like' dan 'share' entry ini
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.
'Be Simply Healthy'
Bonda Miza
INGIN MENDAPATKAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK ANDA & SEISI KELUARGA?
INGIN MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN DENGAN MODAL YANG RENDAH?
SILA HUBUNGI SAYA :
Lain-lain bahan bacaan berkaitan:
- Jemput baca herba-herba berkhasiat buat wanita berpantang di sini
- Jemput baca kepentingan penjagaan diri semasa pantang bersalin di sini
- Jemput baca penjagaan selepas bersalin / berpantang selepas caesarean di sini
- Jemput baca penjagaan selepas bersalin / berpantang secara tradisional di sini
- Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini
- Jemput baca kaedah penyimpanan susu ibu di sini
- Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
- Tip atasi bengkak susu di sini
- Tip meningkatkan kesuburan suami isteri di sini
- Dapatkan maklumat kelebihan menjadi ahli Shaklee di sini
2 comments
info yang berguna.. thanz for sharing..
ReplyDeleteTerima kasih :)
Deletejika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.
salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D