GDM ON DIET
GDM ON INSULIN
HAMIL DENGAN DIABETES
Masalah Ibu sepanjang kehamilan
MASALAH KESIHATAN BAYI
PANDUAN SUNTIKAN INSULIN
Set Kehamilan Shaklee
HAMIL DENGAN KENCING MANIS / GDM DENGAN INSULIN
4:13 AMini adalah alatan wajib meter bsp yang akan kerap diguna oleh ibu GDM |
Kali
ni bonda nak share pengalaman mengandung terkini pula :D.. macam kandungan
lalu, bukan pengalaman mengandung biasa..mengandung dengan diabetes atau
kencing manis, kali ni detect lambat sikit, tak macam kandungan lalu, bulan ke
3 dah kena GDM, kali ni dah masuk 8 bulan baru kena GDM. lagi 2 minggu nak
bersalin plak tu.. kesudahannya?? GDM
ON INSULIN , sob sob :(
Mengandung tahun 2013, hanya GDM on Diet. Sebenarnya saya baru sahaja
keluar wad kelmarin, admit kerana untuk bacaan gula ldan insulin. Walaupun
sebenarnya dari segi bacaan orang normal, bacaan tu agak normal, tetapi buat
ibu hamil bacaannya melebihi paras dibenarkan iaitu 5, 6, 6, 7.
Alhamdulillah,
kali ni hanya kena sekali insulin iaitu pada waktu malam sahaja. Untuk
seimbangkan insulin pada sebelah malam ke pagi.
Kalau
nak tahu lanjut tentang GDM On DIET saya semasa hamil anak kedua pada 2013
lalu, boleh baca pada Link ini ya : HAMIL
DENGAN KENCING MANIS / DIABETES / GDM.
Di
tajuk lalu, saya ada kongsikan mengenai MGTT (UJIAN TOLERANSI GLUKOSA), Simptom-simptom, video kesan GDM kepada kandungan dan komplikasi GDM
KEPADA IBU DAN BAYI jika tidak diatasi segera.
Sebelum
saya kongsikan pengalaman saya hamil dengan kencing manis (GDM on insulin) kali
ini, suka saya nak kongsikan dulu apa itu GDM, Insulin dan komplikasi jika
lebihan / kekurangan gula dalam darah.
APA ITU DIABETES KETIKA MENGANDUNG / HAMIL /
GESTITIONAL DIABETES (GDM)
Diabetes
ketika hamil / Gestitional Diabetes (GDM) merupakan sejenis alahan glukos yang
dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung.
Ketika mengandung, GDM memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, 90% hingga 95% ibu GDM akan kembali sembuh.
Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (Jaundis / Kuning) berbanding bayi normal.
Ketika mengandung, GDM memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, 90% hingga 95% ibu GDM akan kembali sembuh.
Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (Jaundis / Kuning) berbanding bayi normal.
APA ITU INSULIN? - SI PENGATUR GULA DALAM
DARAH
Insulin
adalah hormon yang diproduksi oleh sel beta pankreas. Fungsi utama Insulin
adalah untuk mengatur tingkat glukosa dalam aliran darah, dengan cara
memfasilitasi transportasi glukosa darah ke sebahagian besar sel-sel yang
membentuk tubuh.
Kehadiran
insulin merangsang transporter glukosa untuk pindah ke permukaan sel untuk
memasukan glukosa ke dalam sel. Insulin merangsang pusat hipotalamus di otak
yang bertanggung jawab untuk rasa lapar dan kenyang. Terkadang, ada insulin
yang diproduksi ketika kita mulai makan, sebelum glukosa masuk ke dalam aliran
darah. Insulin juga menginstruksikan sel-sel lemak untuk mengubah glukosa dan
asam lemak dari darah menjadi lemak, yang kemudian sel-sel lemak tersebut
disimpan dalam tubuh sebagai tenaga sehinggalah ia digunakan.
Insulin
adalah hormon anabolik, yang penting untuk pertumbuhan banyak jaringan dan
organ dalam tubuh. * Terlalu banyak insulin dapat menyebabkan pertumbuhan
berlebihan seperti, misalnya, lemak tubuh dan sel-sel yang melapisi pembuluh
darah. Kesimpulannya, insulin membantu mengatur, mengontrol, keseimbangan
hormon tertentu lainnya dalam tubuh.
cara insulin bekerja dalam tubuh kita |
Salah
satu cara insulin mempertahankan kitaran normal tingkat glukosa dalam darah
adalah dengan regulasi hati dan otot, mengarahkan organ tersebut untuk
memproduksi dan dan menyimpan glikogen, yang kemudian akan diubah menjadi zat
tepung oleh tubuh dan digunakan ketika gula darah turun terlalu rendah.
Jika
gula darah jatuh atau terlalu rendah yang mungkin terjadi setelah latihan berat
atau puasa- sel-sel alpha pada pankreas akan melepaskan glukagon, hormon lain
yang terlibat dalam regulasi kadar gula darah. Glukagon akan memberikan sinyal
kepada otot dan hati untuk mengubah glikogen yang tersimpan kembali menjadi
glukosa (proses ini disebut glikogenolisis), untuk meningkatkan gula
darah.
Ketika
persediaan glukosa dan glikogen dalam tubuh telah habis, hati, dan pada tingkat
yang lebih rendah ginjal dan usus kecil, dapat mengubah beberapa protein tubuh
yang tersimpan pada- massa otot dan organ-organ penting lainnya – menjadi
glukosa.
APAKAH TANDA-TANDA IBU SEDANG MENGALAMI MASALAH KEKURANGAN GULA (HYPOGLYCEMIA) ATAU LEBIHAN GULA (HYPERGLYCEMIA) DALAM BADAN?
Sebagai
Pengidap GDM semasa mengandung, kita wajib tahu tanda-tanda badan kita sedang
mengalami masalah gula rendah atau terlalu tinggi. Malah suami, ahli keluarga
dan rakan-rakan terdekat wajib juga mengetahui tanda-tanda hypo dan
hyperglycemia pada tubuh kita. Ia akan mudahkan rawatan awal ketika kecemasan.
ia tidak boleh diambil mudah, kerana ia boleh menyebabkan kita jatuh sakit dan
risiko yang lebih besar termasuk kematian ibu dan bayi dalam kandungan.
TANDA-TANDA HYPOGLYCEMIA (KEKURANGAN GULA DALAM DARAH)
- Tangan / badan menggeletar
- Cemas
- Berpeluh tidak terkawal
- Terasa lapar / sakit perut
- Berdebar-debar
- Terkeliru / fikiran bercelaru / sukar memberikan perhatian
- Penglihatan kabur
- Pening
- Pucat
- Mulut terketar
- Tidak sedarkan diri / pengsan
NOTA PENTING RAWATAN
AWAL HYPOGLYSEMIA :
Sekiranya
dapati badan mengeletar / terasa sangat lapar / atau mulai pening, bancuh sesudu gula putih dengan segelas air dan
terus minum) ulangi langkah ini untuk kali ke 2 dan 3, jika masih tidak
berubah. Sekiranya selepas kali ketiga masih keadaan sama, segerah ke hospital
terdekat. anda mungkin dalam
bahaya.
Sentiasa pastikan membawa gula-gula
/ manisan didalam beg / berdekatan semasa tidur untuk rawatan awal sekiranya
terjadi Hypoglycemia.
TANDA-TANDA HYPERGLYCEMIA (LEBIHAN GULA DALAM DARAH) :
- Kerap dahaga / haus
- keletihan / lemah badan
- Sukar bernafas
- Mata kabur
- Terasa lapar walaupun setelah makan
- Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam
- Sakit perut
- Susut berat badan
- Tidak sedarkan diri
- Koma
BAGAIMANA MEMGAWAL BACAAN
PARAS GULA DALAM DARAH SETELAH MENDAPAT GDM?
Biasanya setiap ibu perlu melalui saringan bacaan gula sebelum
dapat mengesan bacaam sebenar gula dalam darah. sekarang semua ibu wajib
menjalani Ujian MGTT di klinik kesihatan. biasanya Ujian MGTT dibuat pada usia kandungan 3 ke 7
bulan bergantung kepada faktor risiko ibu.
Sekiranya ibu pernah mengalami masalah GDM sebelum ini, Ujian MGTT akan dibuat lebih awal. Jumlah MGTT juga bergantung kepada faktor risiko masing-masing. Ada ibu terpaksa melalui sebanyak sekali, ada juga sehingga 3 kali ujian untuk sepanjang kehamilan. Saya kongsikan skala baharu bacaan paras gula untuk ibu hamil yang terkini yea.
Sekiranya ibu pernah mengalami masalah GDM sebelum ini, Ujian MGTT akan dibuat lebih awal. Jumlah MGTT juga bergantung kepada faktor risiko masing-masing. Ada ibu terpaksa melalui sebanyak sekali, ada juga sehingga 3 kali ujian untuk sepanjang kehamilan. Saya kongsikan skala baharu bacaan paras gula untuk ibu hamil yang terkini yea.
SKALA LAMA BACAAN GULA
UJIAN MGTT
Interpretasi hasil
ujian: Venous plasma glucose (mmol/l)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
UJIAN MGTT 1: JUN 2016 |
UJIAN MGTT 2 : SEPTEMBER 2016 |
KESIMPULAN BACAAN 2 KALI MGTT 2016 |
Selepas
review oleh doktor, saya perlu dapatkan insulin untuk sebelah malam bagi
menyeimbangkan bacaan gula pada waktu malam ke pagi. Permulaan dos 6 dan ditingkatkan
sebanyak 8 setiap malam. Alhamdulillah, sy hanya perlukan insulin tak sampai 2
minggu.
TATACARA PENGGUNAAN PEN INSULIN
ini adalah pen insulian saya, dibekalkan insulin berpenutup hijau (khas untuk malam) - insuman Basal |
abaikan gambar ubat ni yea, gambar ni bukan ubat saya.. hehehehe (just nak tunjukkan kotak insulin tu saja) insuman hijau dan kuning |
Baiklah, begini tatacara penggunaan pen insulin bagi yang
tak pernah menggunakannya. Saya yang baru 4 kali cucuk ni, mula-mula gementar
juga.
Nak cucuk diri sendiri, siapa yang tak gabra kan?
Nak cucuk diri sendiri, siapa yang tak gabra kan?
rujuk langkah-langkah di bawah ya |
LANGKAH 1 :
Buka
penutup pen, lihat cecair insulin, ratakan insulin dengan 10 kali goncangan
ringan ke atas & bawah, gelekkan ditelapak tangan juga 10 kali
LANGKAH 2 :
Pasangkan
jarum, buang penutup dalam (seperti langkah a & c), simpan penutup besar
(b)
LANGKAH 3 :
Buang
angin , laraskan ke bacaan dos 2 dan tekan agar keluar angin dari jarum / botol
insulin
LANGKAH 4 :
Laraskan
jumlah dos insulin yang diarahkan oleh doktor (contoh 6 dos, laraskan pusingan
dos hingga ke nombor 6). langkahnya sama seperti langkah 3 (gambar A)
LANGKAH 5 :
Cucuk
pada tempat yang sesuai mengikut keselesaan (sama ada di bahagiann lengan,
perut atau peha
pastikan bahagian yang dicucuk adalah dibahagian berlemak, agar insulin mudah diserap masuk. |
Cucuk
pada tempat berbeza setiap kali suntikan bagi mengelakkan lebam teruk dan kulit
menjadi keras.
Suntikan
dalam kiraan 10, dan cabut pen suntikan setelah 10 saat selepas suntikan
LANGKAH 6 :
Buka
jarum dan simpan. Kemudian tutup semula pen.
Jarum
yang diguna hendaklah disimpan di tempat bersih, jarum tersebut hanya boleh
diguna sebanyak 3 kali sahaja. Dan hendaklah dibuang selepas itu.
Insulin
yang telah diguna hendaklah disimpan di tempat bersih pada suhu bilik. Ia boleh
digunakan selama sebulan lamanya.
Untuk
bekalan insulin yang belum dibuka, ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk
ruangan dingin sejuk.
CADANGAN DIET IBU GDM : 2000 KALORI
|
|
|
|
|
KOMPLIKASI GDM / DIABETES / KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG :
- Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah.
- Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi plasenta dan menyebabkan bayi anda juga mengalami paras glukosa darah yang tinggi. Oleh kerana itu, pankreas bayi anda turut bertindak menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang tinggi.
- Bayi akan mendapat tenaga (dalam bentuk glukosa) yang berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).
- Jika bayi mengalami makrosomia, dia berkemungkinan akan menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean. Walaupun tidak mempunyai makrosomia yang nyata, bayi amungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas dilahirkan disebabkan pengeluaran insulin berlebihan daripada pankreas bayi anda. Hormon insulin berlebihan ini juga merangsang pembesaran bayi yang berlebihan atau makrosomid.
- Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis yang berpanjangan, ketidakimbangan paras elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi.
- Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Bayi juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.
- Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz bayi dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan bayi.
Seperti
pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi
untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik
ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. juga mudah terdedah kepada
kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.
GDM juga boleh mendatangkan masalah kepada ibu. Dalam kebanyakan kes, jika bayi besar, kerumitan ketika melahirkan bayi dan mungkin perlu menjalani pembedahan Caesarean.
Risiko tinggi mendapat praeklampsia (berkait dengan peningkatan tekanan darah yang tinggi yang boleh menjadi serius, sehingga membahayakan keadaan bayi dan ibu) semasa kehamilan.
Ibu juga lebih mudah untuk mendapat GDM lagi semasa kehamilan akan datang. SAMBUNGAN GDM ON DIET, BOLEH KE LINK INI.
GDM juga boleh mendatangkan masalah kepada ibu. Dalam kebanyakan kes, jika bayi besar, kerumitan ketika melahirkan bayi dan mungkin perlu menjalani pembedahan Caesarean.
Risiko tinggi mendapat praeklampsia (berkait dengan peningkatan tekanan darah yang tinggi yang boleh menjadi serius, sehingga membahayakan keadaan bayi dan ibu) semasa kehamilan.
Ibu juga lebih mudah untuk mendapat GDM lagi semasa kehamilan akan datang. SAMBUNGAN GDM ON DIET, BOLEH KE LINK INI.
Biasanya ibu GDM ni kena bersalin pada due date baby, tak boleh lebih hari, .sebab nak mengelakkan baby besar dalam kandungan... so kalau tak juga bersalin minggu ke 40, kena la induce atau dipaksa bersalin... jika cser, ia akan dilakukan tepat-tepat pada minggu ke 38.
Thanks for reading :D
Jika
anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, silalah 'like' atau 'share'
entry ini dengan semua yea. :D
Kalau nak 'add' saya sebagai 'friend' di FB pun, saya sangat alu-alukan :D.. berkawan biar berjuta-juta :P
Terima kasih kerana sudi meluangkan
masa.
'Be Simply Healthy'
Bonda Miza
INGIN MENDAPATKAN SUPLEMEN DAN SET BERSALIN BERPANTANG MENYUSU SHAKLEE UNTUK ANDA & SEISI KELUARGA?
INGIN MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN DENGAN MODAL YANG RENDAH?
SILA HUBUNGI SAYA UNTUK KONSULTASI KESIHATAN PERCUMA
(Bonda Miza Nazril di talian 012 585 2034)
MENARIK DIBACA:
- Set Bersalin Menyusu Shaklee (Luka Segera Sembuh, Bertenaga & Meriahkan Susu Badan)
- Manfaat & Tempahan Barut Bengkung Ibu Bersalin
- 22 Koleksi Testimoni Set Bersalin Menyusu Terbaik Shaklee
- Kelebihan / Manfaat Keahlian Shaklee
- Senarai Semak Pemakanan Semasa Berpantang
- Hamil Dengan Kencing Manis (GDM)
- Hamil Dengan Kencing Manis (Insulin)
- Herba-Herba Berkhasiat Buat Wanita Berpantang
- Kepentingan Penjagaan Diri Semasa Pantang Bersalin
- Penjagaan Berpantang Selepas Caesarean
- Penjagaan Berpantang Secara Tradisional
- Minuman Wajib Cuba Semasa Pantang Bersalin
- Bertangas meningkatkan Kesuburan
- Atasi Kentut Vagina
- Atasi Bengkak Susu
- 11 Petua Banyakkan Susu Badan
- Kaedah Power Pumping – Mengalakkan Penghasilan Susu
- Ketahui Jenis Suntikan Pencair DarahSelepas Bersalin
Fibriod & Cyst, Rawatan DanPencegahan Dengan Vivix
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 1
- Kenali Punca Bersalin Cser Part 2
- Persediaan Bersalin Ceasearan
- Bahaya Meroyan
- Bahaya Jangkitan GBS Semasa Hamil
- Waspada Sawan Mengandung (Pre Eclampsia)
- Manfaat Susu Ibu
- Kaedah Penyimpanan Susu Ibu
- Khasiat Esp Untuk Penyusuan Ibu
- Jangkitan Kulat Pada Lidah Bayi
- Tambah Berat Kanak-kanak & Dewasa
- Petua Tambah Selera Anak-anak
- Pentingnya Pengambilan Omega Semasa Hamil
- Vitalea Iron Formula Tingkatkan Hb Darah
- Pengambilan Vitamin C
- Garlic Complex Melawan Jangkitan Semasa Hamil
- Tip Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri
- Kembali Langsing Menawan Selepas Bersalin
- Vivix Rawatan SLE, Diabetes, Strok, Buah Pinggang Dan Kanser
- Vivix Untuk Rawatan Pelbagai Kanser Dan Pencegahannya
- Manfaat Utama Vivix Shaklee
- Bagaimana Vivix Shaklee Bertindak Melawan Penyakit?
- Vivix Shaklee Untuk Pesakit SLE
- Vivix Untuk Pesakit Buah Pinggang
- Video Khasiat & Testimoni Vivix Shaklee
PROMOSI SEMASA SHAKLEE SET BERSALIN :
SET BERSALIN (POST NATAL SHAKLEE)
KEMBALI LANGSING SELEPAS MELAHIRKAN
0 comments
jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.
salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D