GEJALA & JENIS JAUNDIS
JAUNDIS & KUNING
MASALAH KESIHATAN BAYI
PENJAGAAN BAYI
PENGIRAAN JAUNDIS / PENYAKIT KUNING DAN INFO PERAWATAN PADA BAYI : PART 2
8:33 PM
Tip : Jika kuning bayi kelihatan pada bahagian kaki, hendaklah segera merujuk kepada doktor, kerana berkemungkinan keadaan kuning / bilirubin bayi agak tinggi dan merbahaya.
APA ITU JAUNDIS?
Tajuk ini telah saya ceritakan dalam entry sebelum ini di Jaundis part 1. Rujuk artikel sebelum ini ya, PAUTAN PART 1 KLIK DISINI. Terdapat 3 jenis jaundis iaitu:
1. JAUNDIS PATOLOGI
Jaundis patologi akan muncul lebih cepat dalam tempoh 24 jam setelah kelahiran dan peningkatan kadar bilirubin didalam darah bayi juga berlaku dengan lebih cepat daripada biasa.
Jaundis seperti ini boleh disebabkan oleh jangkitan pada bayi, faktor ketidaksesuaian jenis darah ibu dan bayi, serta kes yang jarang berlaku disebabkan kekurangan enzim G6PD (Glukosa 6 Phosphate Dehidrogenase). Enzim ini terdapat di dalam dinding sel darah merah yang berfungsi untuk mencegah sel-sel darah merah.
Kebiasaan jaundis patologi, bayi akan kelihatan kuning dalam tempoh 24 jam, bermakna peningkatan kadar bilirubin telah melebihi normal (5 mg/dL/hari), dan bayi masih terlihat kuning bahkan setelah 3 minggu usia kelahirannya, maka ia dikategorikan sebagai jaundice patologi.
Kita juga dapat mengenalpasti melalui najis bayi yang kelihatan seperti tanah liat dan air kencingnya berwarna gelap sehingga mungkin terdapat pakaian bayi menjadi kuning. Jika berlarutan, hendaklah segera ke hospital. Pada keadaan ini, kadar bilirubin sudah melebihi 17 mg/dL, hendaklah segera ke hospital terdekat untuk rawatan fototerapi.
Semua bayi yang mendapat perawatan fototerapi harus melalui ujian darah dan beberapa ujian berkaitan lain (ujian mengesan antibodi dan protein, pegesanan sel darah, G6PD) dan beberapa ujian lagi. Ujian ini akan diulang selepas bayi menjalani fototerapi.
2.JAUNDIS FISIOLOGI
Jaundis jenis ini berlaku dalam tempoh 24 ke 72 jam
kelahiran. Ia berlaku akibat ketidaksempurnaan fungsi organ bayi.
Pada kebiasaan kadar bilirubin dalam darah bayi
yang lahir matang akan mencapai level 6-8 mg/dL pada hari ketiga dan akan turun
dihari berikutnya. Sedangkan bayi dikatakan mengalami jaundice fisiologi jika
peningkatan kadar bilirubin mencapai 12 mg /dL, dan tidak lebih dari 15 mg/dL. Insyallah,
setelah hari ke-14 bayi sudah tidak kelihatan kuning lagi.
Untuk mengurangkan masalah jaundis fisiologi, bayi
hendaklah kerap disusukan dengan susu ibu tanpa mencampuradukkan dengan
mana-mana susu formula mahupun air masak. Menyusui bayi dengan kerap dan sepenuhnya
akan mempercepatkan lagi proses penyembuhan jaundis.
3.JAUNDIS SUSU IBU
Sekitar 2 hingga 4 peratus bayi yang disusui secara eksklusif ibu mendapat jaundis dengan kadar bilirubin lebih dari 10 mg/dL pada
minggu ketiga.
Jaundis yang kelihatan selepas 3 minggu pertama bayi biasanya disebut prolonged jaundice (jaundice berpanjangan).
Langkah pertama yang perlu dibuat ibu adalah meneruskan penyusuan badan seperti biasa tetapi lebih kerap. Seiring dengan
waktu, kadar bilirubin akan semakin hari semakin berkurang kerana bayi akan bertambah antibodinya.
Jaundis berlaku disebabkan pola penyusuan ibu belum sempurna. Ia bukanlah berlaku kerana kandungan zat di dalam susu ibu. Ibu perlulah konsisten menyusukan bayi.
Kajian yang dibuat oleh Schneider menunjukkan 13(%) peratus bayi yang disusui ibu memiliki kadar bilirubin lebih kurang 12 mg/dL atau lebih tinggi 4(%) peratus jika dibandingkan dengan bayi yang mendapat susu formula.
Tetapi jika bayi anda semakin kuning
sehingga sudah sampai ke kaki atau kadar bilirubin sudah melebihi 20 mg/dL segera ke hospital.
Jangan berlengah.
1. Penyusuan ibu belum sempurna pada awal kelahiran
2. Penyekatan aliran hempedu
3. Kekurangan hormon Tiriod
- MULAKAN PENYUSUAN IBU SEAWAL KELAHIRAN
Suami dan keluarga wajib memainkan peranan membantu dan menyokong penyusuan ibu . Janganlah cepat mendesak untuk memberikan bayi anda susu formula. Kolestrum pertama ibu keluar pada awal-awal kelahiran dan sangat baik untuk meningkatkan antibodi bayi anda.
Bangunkan bayi anda dari tidur. susukan bayi kerap, jika bayi tidur bangunkan dia.
- ELAKKAN MEMBERI AIR MASAK DAN GLUKOSA KEPADA BAYI
- TINGKATKAN PROSES PEMBUANGAN NAJIS BAYI
Lebih kerap bayi itu membuang najis, maka semua bilirubin akan keluar bersama najis tersebut. Jangan bimbang jika air kencing atau najis bayi anda kekuningan sehingga kuning pakaian yang dipakai. Lebih kerap lebih baik. dengan syarat anda kerap menyusukan bayi agar bayi tidak terhidrat.
- RAWATAN FOTOTERAPI
Fototerapi merujuk kepada penggunaan cahaya untuk menukar molekul bilirubin kepada isomer larut air yang boleh dikumuhkan oleh badan melalui najis. |
- PERTUKARAN DARAH
Baiklah sampai setakat ini sahaja info Jaundis / kuning. Saya mendoakan moga bayi yang lahir dengan jaundis akan segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti bayi lain. Buat ibu-ibu di luar sana, teruskan penyusuan badan dan jangan berputus asa. Susu ibu adalah susu yang terbaik yang penuh dengan antibodi dan khasiat bermanfaat untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi sihat. Insyallah.
JEMPUT BACA JAUNDIS PART 1 (KLIK SINI) UNTUK LEBIH INFO MENGENAI JAUNDIS DAN CARA MENGESANNYA,
JEMPUT BACA JAUNDIS PART 1 (KLIK SINI) UNTUK LEBIH INFO MENGENAI JAUNDIS DAN CARA MENGESANNYA,
feel free to share dengan semua.
Moga bermanfaat.
Moga bermanfaat.
'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza
Master To be Bonda Miza
Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Millionaire"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com
Lain-lain bahan bacaan berkaitan :
- Jaundis / kuning part 1
- Atasi Kulat Susu pada bayi di sini
- Teknik Urutan Bayi di sini
- Hadapi Tersedak Susu di sini
- Kaedah penyimpanan susu ibu di sini
- Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
- Tip atasi bengkak susu di sini
- Panduan Penyusuan di tempat awam di sini
- Kenali punca-punca penyebab pembedahan caesarean di sini
- Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini
- Jemput baca kaedah penyimpanan susu ibu di sini
- Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
- Tip atasi bengkak susu di sini
- Tip meningkatkan kesuburan suami isteri di sini
1 comments
another alternative utk rawatan bayi kuning (jaundice) ialah menggunakan phototherapy rawatan dirumah. Saya pernah menyewa phototherapy utk anak buah yg kena kuning lepas lahir dari satu syarikat bumiputra..sangat berkesan, yg best tidak ada panas dan no side effect pada kulit baby. Mereka memnawarkan sewa LED Phototherapy. After 2 days , hospital confirm bacaan jaundice baby turun to normal...Alhamdulilah. Saya share contact bagi siapa yg memerlukan sewa phototherapy.. ..www.hometherapyy.com 0123404007 or 0163404626
ReplyDeletejika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.
salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D