Set Kehamilan Shaklee
Tip Kesuburan & Set Kesuburan
Vitamin Buat Ibu Mengandung
KENALI WAKTU SUBUR ANDA!
1:01 PMAssalamualaikum semua..
Bonda doakan pembaca blog bonda berada dalam keadaan sihat ceria hendaknya.
Comelkan baby labu kat atas tu ? heheh.. cutenya, macam nak cubit-cubit pipi dia yang bam bam tu.. :D
Okeh kali ni bonda nak kongsikan tentang cara-cara mengenali waktu subur.. Mendapat anak adalah idaman setiap pasangan. Bagi yang mencuba-cuba nak dapatkan baby atau ingin menambah anak seterusnya, jadi sesuai sangat untuk kenali waktu subur masing-masing.
Biasanya kita mengira waktu subur selepas haid. Namun begitu, ada 3 kaedah untuk mengenali waktu subur iaitu melalui :
Pertama sekali, kita perlulah membeli thermometer basal yang khas untuk mengukur suhu badan setiap pagi. Thermometer boleh di beli di farmasi.
Cara-caranya
Suhu mestilah diambil sejurus selepas bangun tidur (jangan gosok gigi dan mandi lagi tau).
Kemudian suhu akan dicatatkan pada carta khas. Biasanya carta ini didatangkan bersama basal thermometer.
Catatan suhu badan perlu dibuat setiap hari untuk tempoh sebulan iaitu bermula dari keluarnya haid (hari pertama) hinggalah ke haid yang seterusnya.
Pengiraan ini akan menghasilkan satu carta dan petunjuk (ovulasi - pengeluaran telur atau tidak)
Untuk kitaran haid yang normal adalah lebih kurang 28 hari, biasanya ovulasi berlaku pada hari ke 13 atau 14 selepas mula hari pertama haid.
![]() |
Catatan carta suhu badan wanita |
Agak mudah untuk mengkaji lendir dari faraj. Ada 4 fasa yang boleh kita kenal pasti. contohnya sebagaimana di gambar di bawah.
Biasanya pada waktu subur, lendir pada faraj akan menjadi jernih dan bersih. Sebagaimana yang telah saya maklumkan tadi, waktu subur bagi kitaran haid normal 28 hari adalah pada hari ke 13 atau 14 selepas hari pertama haid.

Pada waktu subur, lendir jernih menjadi banyak, cair, jernih dan mudah dijalurkan (pada waktu inilah waktu subur kita).. masa inilah waktu yang sesuai untuk mencuba.
owh lupa, ada orang tanya, bagaimana nak dapatkan contoh lendir tu. caranya macam ganas sikit, tapi kena pastikan tangan bersih dan kuku tidak panjang ok.
Kena masukkan jari ke dalam kemaluan selepas membuang air kecil. Caranya masukkan jari ke hingga terasa pangkal rahim yang keras macam hidung.
Cara ini lebih mudah, tetapi memerlukan kos kalau lakukan pemeriksaan secara berulang-ulang. Biasanya doktor akan dapat memastikan bilakah waktu ovulasi berlaku.
Biasanya klinik biasa tidak mempunyai kemudahan mesin ultrasound ini. Namun begitu klinik-klinik kesuburan insyallah ada mesin ini. Salah satunya boleh juga dapatkan khidmat ultrasound kesuburan pada kadar yang lebih murah seperti di klinik LPPKN di setiap negeri.
KESIMPULANNYA :
Tahap kesuburan setiap wanita adalah berbeza dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah genetik dan persekitaran.
Jika perkahwinan anda melebihi setahun setengah dan sebarang usaha mendapatkan anak masih tidak berjaya, maka adalah baiknya jika anda dan pasangan mendapatkan khidmat doktor pakar, dari situ dapatlah kita ketahui punca ketidaksuburan dan berusaha untuk merawatnya. Salah satunya melalui pengambilan suplemen kesuburan.
Baiklah, nak tahu lanjut lagi mengenai tip-tip menambah tahap kesuburan suami isteri sila terus ke link ini
Bagi wanita yang mempunyai masalah haid tidak teratur, cyst, pcos atau permasalahan wanita yang lain seperti keputihan atau senggugut, anda boleh amalkan pengambilan suplemen seperti GLA Complex atau EPO.
INI ADALAH ANTARA KEBAIKAN & BAGAIMANA GLA COMPLEX SHAKLEE BERTINDAK
- Meningkatkan kesuburan
- Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
- Membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita
- Membantu memperbaiki symptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air, sakit payudara
- Memperbaiki keadaan menopause seperti panas dingin, insomnia, ketidakhadaman, depresi
- Pengambilan jangka panjang membantu melambatkan penuaan untuk kelihatan lebih muda
- Memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
- Merupakan anti-oksidan yang membantu meningkatkan sistem imun tubuh
- Membantu menghalang pertumbuhan kanser dan sel tumor
Baiklah bonda doakan semoga kalian pembaca mendapat sedikit sebanyak info berguna. Jika info ini bermanfaat, sudi-sudilah kongsikan ilmu berguna dengan ramai lagi diluar sana.
Be Simply Healthy
Master To Be ~Bonda Miza
jemput-jemputlah ke FB Page Bonda di www.facebook.com/bondamiza
Dapatkan juga Ebook percuma yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”. Boleh d/load dari link ni 'Sorry Boss!! saya terpaksa berhenti kerja..."
Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. amin
Jangan lupa tekan butang 'share; yea..
0 comments
jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.
salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D