SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

PANDUAN TIDUR LENA BUAT IBU HAMIL

Kebanyakkan ibu hamil sukar mendapatkan tidur yang lena apabila kandungan mula menjejak masuk ke trimester ke 2. Badan mula rasa tidak se...

Kebanyakkan ibu hamil sukar mendapatkan tidur yang lena apabila kandungan mula menjejak masuk ke trimester ke 2. Badan mula rasa tidak selesa, kerap pedih ulu hati, Kebanyakkan ibu tidak lagi dapat tidur secara melentang. Habis satu badan berasa lenguh dan kebas sekiranya asyik tidur mengiring sahaja.. herm, saya pun sama dulu masa mengandungkan Rania dan Ruzain. Jika melentang pula, tidak dapat bernafas. Pengalaman kawan saya, beliau terpaksa tidur secara duduk kerana kerap mengalami sesak nafas apabila berbaring. itu tidak lagi termasuk dengan kekerapan ke tandas apabila tengah malam.. apabila siang menjelma, badan akan lebih cepat lesu dan keletihan. 

 Jadi bagaimana kita nak tidur dengan selesa dan lena? 


hari ni, saya akan kongsikan panduan untuk mendapat tidur yang lena.. Insyallah 

PANDUAN TIDUR LENA 1 :
KURANGKAN MINUM AIR PADA MALAM HARI
Saya suka mengalakkan ibu untuk mengurangkan minum air pada waktu malam. Sebenarnya wanita, sama ada hamil atau tidak, memang tidak sesuai untuk mengambil terlalu banyak air pada waktu malam. 

Secara sihatnya, banyakkan air pada waktu siang. Ia dapat mengelakkan kerap bangun ke tandas pada waktu malam. Orang kata, pengambilan air dan benda-benda sejuk (buah dan sayur berair) pada waktu  malam dapat mengelakkan ‘rahim kembang’.

Cubalah petua ini, insyallah, masalah kerap ke tandas semasa hamil dapat dikurangkan. Anda pun dapat tidur dengan lebih lena.

PANDUAN TIDUR LENA 2 : 
ADAKAN RUTIN YANG TERATUR
Sama ada bekerja atau tidak, digalakkan kita mempunyai rutin yang sesuai pada masa-masa tertentu. Manfaatnya adalah untuk mengelakkan kelam kabut dan kerja harian akan menjadi lebih lancar. Contohnya penjagaan diri. Selepas mandi sapukan minyak (baby oil / losyen) pada kulit untuk menjadikan kulit lebih lembut dan mengurangkan risiko kulit pecah – stretch mark. Mulakan penjagaan kulit dan diri seawal kehamilan. 

Berbalik kepada rutin tadi.. dah lari tajuk sikit tadi.. keh keh keh.. kenapa kita perlu ada rutin? 

Sebabnya kita akan signalkan pada otak waktu tidur yang sama setiap hari. Jadi kita tak nak buat sesuatu melebihi masa tidur, contohnya jika  waktu siang hari berlengah, asyik tonton tv je contohnya, maka waktu malam nanti kita akan kekalutan (waktu itulah nak mencuci, iron baju, nak siapkan baju anak dan keluarga) maka waktu yang patut kita tidur terpaksa dikorbankan. Jika terlalu banyak kerja, mintalah pasangan kita tolong tau..


Akhirnya kita akan masuk tidur lewat.. Apabila masuk lewat, badan kita pula susah untuk  tidur lena, ditambah pula asyik terjaga sebab nak ke tandas. Herm… kan siapa yang akan susah? Kita juga..Itulah dugaan ibu hamil… 


PANDUAN TIDUR LENA 3 : 

JAGA PEMAKANAN

Memegang gelaran hamil tidak bermakna kita boleh makan apa sahaja yang terlintas dipikiran. Huhuhu.. waktu ni pun ada pantang makan ok. Pilihlah makanan dan minum dengan seimbang. Ia baik untuk diri dan baby.  Ingat tau, apa yang kita makan salur ke baby, jadi kalau makan tidak seimbang boleh mengundang penyakit kepada kedua-dua ibu dan baby.


Seeloknya elakkan makanan dan minuman berikut :

  • Elakkan air berkafien tinggi seperti kopi campuran (apa dalam satu tu.. banyak jenama sekarang), kopi biasa minum sekali sehari baik untuk kesihatan. KAFEIN TINGGI akan sebab ibu sebabkan ibu tidak dapat tidur nanti.
  • Air manis & Air berkarbonat/ kola
Lebihkan jus buah-buahan(tanpa gula) dan air kosong (suam) Pengambilan air manis, berwarna, kafien, kola kalau berulangkali dalam sehari sangat tidak baik untuk buah pinggang kita juga.
Makanan :
  • Kurangkan makanan pedas, berempah dan bertepung (sebabnya kita mudah sebu dan pedih ulu hati jika ambil makanan jenis ini). Ada juga yang tidak sesuai dengan soya, mee, bihun dan makanan bergoreng (jika terlalu berminyak)
  • Elakkan makan 2 JAM SEBELUM TIDUR ATAU , MAKAN TENGAH MALAM, jika lapar sangat, apa kata minum susu dengan bancuhan bijirin oat / nestum atau senang sentiasa bekalkan kurma. Ia dapat membantu  ibu lebih kenyang.
  • Kurangkan makanan jajan (keropok segera/ tinggi garam / perasa) sebaliknya gantikan dengan kekacang dan buah-buahan (kurma, kacang kuda, badam, kismis,  prun, apricot dan banyak lagi pilihan makanan sihat lain)
  • Makanan berat termasuk nasi dan lauk  pauk, ambillah dalam potion yang sesuai. 
  • Coklat – ia punyai kafien juga. Kurangkan makan coklat ok.
Orang kata kerap makan bagus, tapi tiap kali makan sikit-sikit. Ia bukan sahaja membantu memberikan rasa kenyang yang lama malah menjaga berat ibu agar tidak meningkat terlalu mendadak. Paling baik, mengurangkan risiko mendapat kencing manis sewaktu mengandung.
ELAKKAN MAKANAN DAN MINUMAN INI
PETUA : Elakkan makan 2 jam sebelum tidur
Jangan terus berbaring / tidur selepas makan. Nanti angin/ asid akan naik ke ulu hati, itulah sebabnya ibu hamil kerap pedih ulu hati dan sebu. Sebolehnya rehatlah dahulu dalam keadaan duduk. Hingga rasa makanan hadam, dalam  lebih kurang sejam ke dua jam barulah masuk tidur.
Paling elok, makan malam antara sebelum jam 7 malam.  Jika bekerja, eloklah cuba makan lebih awal. Elakkan makan lewat malam.

PANDUAN TIDUR LENA 4 :
LAKUKAN SENAMAN SIANG
Senaman sangat baik untuk ibu hamil kerana ia menjadikan kita lebih sihat, bertenaga dan paling baik untuk lancarkan perjalanan darah. Senaman yang sesuai bukan sahaja membantu mengurangkan bengkak dan kekejangan kaki. 

Banyak kelas sekarang yang menganjurkan kelas-kelas senaman buat ibu hamil. Namun begitu, elakkan melakukan senaman  3 jam sebelum waktu tidur. Ianya sangat tidak sihat untuk melalukan senaman dekat dengan waktu tidur. Adrenalin dalam badan akan menyebabkan kita sukar untuk tidur lena.  


Kesannya jangka panjang, kita  tidak akan cukup tidur. Oleh itu, pilihlah waktu senaman seeloknya siang hari dan senaman yang sesuai untuk ibu hamil seperti aqua aerobic dan berjalan kaki.


PANDUAN TIDUR LENA 5 : TIDUR SIANG

Jika sukar tidur pada malam hari, cubalah dapatkan tidur pada siang hari. Kalau tidak, kita akan letih nanti. Ibu hamil perlukan rehat dan tidur yang cukup. Kalau bekerja, cuba letakkan masa tidur sejenak pada wakt rehat. Dapat tidur sekejap pun jadilah. 

PANDUAN TIDUR LENA 6 : 

TIDUR POSISI MENGIRING

Pada awal kehamilan, biasanya semasa perut masih tidak terlalu basar, kita masih lagi boleh tiidur dalam keadaan pelbagai posisi. Tetapi apabila kandungan telah masuk 6 bulan ke atas, kesukaran untuk tidur dengan selesa dan nyenyak dah bermula.

Jadi nasihat saya, banyakkan tidur mengiring ke kiri. Posisi ini akan membenarkan aliran darah dan pernafasan baik. Posisi mengiring ke kiri melancarkan darah kepada rahim dan baby dalam kandungan termasuk buah pinggang dan jantung.

PANDUAN TIDUR LENA 7 : 
BANTAL TAMBAHAN

Sedapnya kalau boleh tidur dengan bantal empuk.. heheh. Saya semasa mengandung memang perlukan bantal extra. Ibu hamil memang perlukan bantal untuk diletakkan pada sisi dan kaki. 

Tinggikan kaki untuk mengurangkan kejang dan bengkak kaki. Bantal sisi pula untuk menyokong perut dan memberikan keselesaan pada badan. 

Sekarang ni bantal khas ibu mengandung dah banyak dijual. Ada yang murah ada juga yang murah. Boleh pilih ikut kemampuan. Saya dulu guna bantal biasa je.. heheheh

Baiklah setakat ini sahaja perkongsian saya hari ni. Saya doakan moga semua ibu mendapat kesihatan yang baik dan dimudahkan kehamilan juga melahirkan kelak. Insyallah 

Mudah-mudahan info yang saya kongsikan di sini memberi seribu manfaat untuk semua ibu.

~Be Simply Healthy
Master To be Bonda Miza


Jemput baca selanjutnya : 
Masalah kesihatan ibu ketika berpantang 
Berpantang selepas bersalin secara pembedahan  
Penjagaan selepas bersalin secara tradisional 
Penjagaan diri semasa berpantang
  


 INGIN DAPATKAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK ANDA DAN SEISI KELUARGA?
INGIN MENJANA PENDAPATAN BERSAMA SHAKLEE? 
hubungi saya Konsultan / Pengedar Shaklee sah anda
 

You Might Also Like

0 comments

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..