SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

JANGKITAN GBS (STREPTOKOKUS KUMPULAN B) SEMASA HAMIL

APA ITU STREPTOKOKUS KUMPULAN B (GBS)? Streptokokus Kumpulan B, (GBS) juga dikenali sebagai strep kumpulan B. GBS adalah salah satu d...

APA ITU STREPTOKOKUS KUMPULAN B (GBS)?
Streptokokus Kumpulan B, (GBS) juga dikenali sebagai strep kumpulan B.

GBS adalah salah satu daripada pelbagai jenis bakteria yang biasanya hidup di dalam badan manusia. Kira-kira satu per tiga daripada kita "membawa" GBS di dalam usus tanpa kita sedari. 

hampir suku wanita dunia mempunyai GBS di dalam faraj. Kebanyakan wanita tidak tahu bahawa dijangkiti GBS kerana ia tidak mendatangkan masalah atau menunjukkan simptom-simptom yang memudaratkan.

Sangat jarang GBS boleh menyebabkan penyakit serius dan menyebabkan kematian kepada bayi yang baru lahir. Walaupun kes-kes ini luar biasa, GBS merupakan punca jangkitan yang teruk kepada bayi yang baru dilahirkan, terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran ia yang mana ia dikenali sebagai (jangkitan permulaan awal).

BAGAIMANA UNTUK IBU TAHU DIRINYA PEMBAWA GBS?
Terdapat sejenis ujian GBS, tetapi ia tidak dilakukan kepada semua ibu semasa hamil. Hanya ibu dengan masalah keputihan melampau atau masalah jangkitan kulat sekitar faraj / dubur kebiasaannya disaran untuk membuat ujian GBS. Jadi sekiranya ibu merasakan keputihan banyak juga mempunyai bau yang kurang menyenangkan, eloklah merujuk kepada doktor untuk pemeriksaan susulan.

Sebenarnya ibu hamil sering mendapati mereka menghidap GBS secara kebetulan, apabila mereka menjalani ujian calitan faraj (vaginal swab) untuk memeriksa sesuatu yang lain. Jangkitan GBS ini juga boleh datang dan pergi, walaupun ibu positif terhadap jangkitan GBS pada awal kehamilan, ibu berkemungkinan tidak mempunyai GBS apabila bersalin.  Pemeriksaan dari semasa ke semasa akan membantu untuk mengesan GBS semakin pulih atau sebaliknya.


SAYA HAMIL, APA YANG SAYA PERLU TAHU MENGENAI GBS?
Amat penting ibu hamil kecenderungan bayi untuk dijangkiti GBS dan tanda-tanda jangkitan GBS terhadap bayi. Kebanyakan bayi terdedah kepada GBS sebelum atau semasa kelahiran tanpa sebarang kesan buruk. Namun, tidak jelas mengapa sesetengah bayi boleh terkena jangkitan sementara yang lain tidak. Apa yang pasti, kebanyakan jangkitan GBS terhadap bayi yang baru dilahirkan boleh dicegah.

Kebiasanya, ibu yang berisiko tinggi akan diberikan antibiotik intravena sama ada ketika hendak bersalin ataupun apabila air ketuban mula pecah (yang mana berlaku dahulu) sehingga bayi dilahirkan. Ia membantu mengurangkan peratusan / mencegah jangkitan kepada GBS bayi.

Ibu yang menjalani pembedahan caesarean tidak digalakkan untuk mencegah jangkitan GBS kepada bayi kerana ia tidak menghapuskan risiko GBS terhadap bayi.

Sangat jarang GBS menyebabkan jangkitan kepada uterus atau saluran kencing ibu yang baru hamil.


ADAKAH BAYI SAYA BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN GBS?
Beberapa faktor boleh membantu mengesan kecenderungan bayi mendapat jangkitan GBS. Antara tanda-tanda / faktor :
  • Keluar tanda untuk bersalin awal (sebelum minggu ke-37 kehamilan);
  • air ketuban pecah 18 jam atau lebih sebelum bayi dilahirkan;
  • suhu badan ibu naik (38 ͦC / 100 ͦF atau pun lebih) ketika proses kelahiran;
  • sebelum ini ibu pernah mempunyai bayi yang dijangkiti GBS;
  • ibu dikesan membawa GBS di faraj dan/atau dubur semasa hamil;
  • GBS dikesan pada air kencing ketika hamil (ia haruslah dirawat apabila didiagnos, namun walaupun telah dirawat, perhatian yang lebih masih perlu diberi semasa proses kelahiran.

 
BAGAIMANA MENGURUSKAN PROSES KELAHIRAN DAN SELEPAS BERSALIN?
Bagi ibu yang berisiko rendah, bayi anda tidak mudah untuk dijangkiti GBS.

ika ibu berisiko tinggi, kajian menunjukkan dengan pengambilan antibiotik intravena bermula daripada tempoh hendak bersalin atau apabila air ketuban anda pecah sehinggalah bayi anda dilahirkan boleh mencegah jangkitan GBS kepada bayi yang baru dilahirkan.

Paling baik ibu diberikan antibiotik intravena sekurang-kurangnya 2 jam sebelum bayi anda dilahirkan dan setiap 4 jam semasa tempoh hendak bersalin. Terdapat beberapa risiko terhadap ibu dan bayi dengan pengambilan antibiotik ini, maka berbincanglah dengan doktor tentang kes anda itu bagi memastikan bahawa rawatan adalah pilihan terbaik untuk anda.

Jika anda mempunyai dua atau lebih faktor-faktor berisiko seperti di atas, maka doktor anda akan mencadangkan rawatan semasa bersalin untuk mengurangkan risiko kepada bayi yang sedang dijangkiti.

Jika anda bercadang melakukan caesarean, antibiotik intravena tidak diperlukan melainkan jika air ketuban anda telahpun pecah atau sekiranya proses bersalin sudah bermula.

Jika bayi anda berisiko tinggi mendapat jangkitan GBS, sebaik sahaja bayi dilahirkan:

  • Bayi akan diperiksa serta-merta oleh pakar pediatrik;
  • Setelah dipastikan ibu dan bayi benar-benar sihat, ibu akan diberikan rawatan penuh dengan mengambil antibiotik intravena semasa proses kelahiran, bayi juga mungkin akan diberikan antibiotik intravena;
  • jika  ibu dan bayi ihat, tetapi ibu tidak menerima rawatan penuh dengan mengambil antibiotik intravena semasa proses kelahiran, bayi akan diberikan antibiotik intravena sehingga dia benar-benar sihat;
  • jika ibu atau bayi menunjukkan tanda-tanda jangkitan GBS, antibiotik intravena akan diberikan kepada kedua-duanya dengan segera.
  • Doktor masih lagi melakukan kajian tentang cara terbaik untuk merawat bayi yang baru dilahirkan yang berisiko terhadap jangkitan GBS, oleh itu terdapat beberapa kes di mana bayi anda mungkin perlu atau mungkin tidak perlu diberikan antibiotik. 

RISIKO RAWATAN 

Kebanyakan ibu dan bayi boleh diberikan penisilin sebagai rawatan antibiotik untuk GBS tanpa sebarang kesan buruk. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil orang alah kepada penisilin dan boleh menyebabkan reaksi alahan yang teruk (anafilaksis), yang boleh membawa maut. Wanita yang alah kepada penisilin boleh juga diberikan antibiotik yang lain.

Lain-lain kesan sampingan yang kurang teruk daripada rawatan antibiotik termasuklah cirit-birit dan loya. Walau bagaimanapun terdapat kebimbangan yang antibiotik boleh memberi kesan kepada keseimbangan bakteria flora di dalam usus bayi.

Kesan-kesan buruk ini membuatkan sesetengah doktor lebih berhati-hati tentang penggunaan antibiotik jika tiada keperluan untuk menggunakannya, terutamanya terhadap bayi yang baru dilahirkan. Sesetengah doktor lebih gemar untuk "melihat dan menunggu" dalam tempoh 12 jam selepas bayi dilahirkan sebelum memberikan antibiotik yang mungkin tidak diperlukan.

APAKAH TANDA-TANDA JANGKITAN GBS TERHADAP BAYI ANDA?
Jangkitan GBS pada bayi selalunya berlaku pada peringkat awal (dalam masa tujuh hari selepas dilahirkan), dengan 90 peratus berlaku dalam masa 12 jam selepas kelahiran.

Dalam kebanyakan kes, gejala jangkitan GBS pada bayi boleh diketahui semasa atau sebaik sahaja kelahirannya.

Tanda-tanda biasa jangkitan awal GBS termasuklah:
  • Mendengus
  • Kurang menyusu
  • Kelesuan
  • Cepat meragam
  • Tekanan darah rendah
  • Suhu badan tinggi atau rendah, kadar degupan jantung dan /atau kadar pernafasan yang luar 

Dalam kes yang lebih lebih luar biasa, jangkitan GBS juga boleh berlaku apabila bayi berusia tujuh hari atau lebih ("permulaan akhir" GBS), biasanya sebagai meningitis dengan septisemia.

Diagnos dan rawatan awal adalah penting bagi jangkitan permulaan akhir GBS atau meningitis. Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, hubungilah pakar pediatrik dengan segera. Jika tiada pakar pediatrik, teruslah ke unit kecemasan dan kemalangan yang berdekatan.

Semakin meningkat umur bayi semakin kurang risiko untuk dijangkiti GBS. Jangkitan GBS terhadap bayi jarang berlaku selepas berumur sebulan dan hampir-hampir tidak diketahui selepas tiga bulan.

Kebanyakan bayi dapat terus hidup dengan rawatan, tetapi meningitis boleh menyebabkan masalah yang berpanjangan kepada bayi. Baca lebih lanjut tentang simptom-simptom meningitis.

SAYA MEMBAWA GBS. APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN?
Jika anda dijangkiti GBS dalam kehamilan sebelum ini, atau anda didapati menghidap GBS ketika hamil sekarang ini, berbincanglah dengan pakar obstetrik anda dan bersetujulah dengan pelan kehamilan dan pelan kelahiran yang akan melindungi bayi anda daripada terkena sebarang jangkitan.

Dalam kebanyakan kes sebegini, kehamilan anda boleh diuruskan supaya bayi anda dilindungi dan dilahirkan dengan sihat dan bebas daripada GBS.

Bayi anda tidak akan terdedah kepada jangkitan GBS melalui penyusuan badan, maka anda tidak perlu menukar rancangan jika anda bercadang untuk menyusukan sendiri bayi anda.

APAKAH JENIS MAKANAN YANG BOLEH MEMBANTU MENYEMBUHKAN GBS? 

Selain pengambilan antibiotik, terdapat 4 kaedah di bawah bertindak melawan dan membunuh GBS juga jangkitan lain yang mungkin ada.
  • SUPLEMEN PREBIOTIK  
  • PENGAMBILAN VITAMIN C (disyorkan 300 ke 500mg sehari)
  • PENGAMBILAN EKSTRAK BIJI LIMAU GEDANG (GRAPEFRUIT)
  • PEMGAMBILAN BAWANG PUTIH (mentah / dimasak / suplemen)

Bawang putih boleh diambil setiap hari (antibiotic semulajadi) yang terbaik. Ada 3 cara untuk mengambil bawang putih, melalui masakan, minuman dan kaedah insert ke dalam faraj (seperti tempon) (potong bawang putih separuh, dan cucuk dengan benang di tengah. biarkan benang tersebut panjang. Tujuan benang adalah untuk memudahkan proses pengeluaran bawang putih itu kelak. 


masukkan kedalam faraj untuk semalaman. Biasanya selagi benang berada di rongga faraj, mulut kita turut dapat merasakan rasa bawang putih. keesokkannya keluarkan bawang tersebut dengan menarik benang. kaedahnya sama seperti memakai tempon. Boleh diulang sehingga seminggu. 

NAK MUDAH BOLEH AMBIL GARLIC COMPLEX shaklee. Makan 2 biji sehari untuk antibiotik semulajadi. 

Terdapat banyak lagi kaedah alami untuk merawat GBS, tetapi eloklah merujuk dengan doktor terlebih dahulu. 

KREDIT : babycenter.

sekian, tip di petang hari. Insyallah esok saya sambung dengan tip lain pula

Jika mencari tip kesihatan dan suplemen Shaklee semasa hamil, bersalin dan menyusu, boleh hubungi saya. Nak? Boleh saya bantu anda? hubungi saya di talian seperti di bawah

http://bondamiza.wasap.my

KOLEKSI TESTIMONI SET HAMIL & BERSALIN SHAKLEE

Disini bonda kongsikan sedikit testimoni pengguna set hamil Shaklee yang excited dengan perubahan dan lebih segar bugar lepas mengamalkan set Shaklee ni. Untuk testimoni yang lebih banyak jangan lupa klik pada gambar koleksi testimoni di bawah ya. 

Testimoni bonda sendiri, hamilkan Raiqa baru-baru ini









KLIK PADA GAMBAR UNTUK TESTIMONI SET HAMIL, BERSALIN & MENYUSU SHAKLEE SELANJUTNYA
CARA TEMPAHAN SET MENGANDUNG (PRENATAL SHAKLEE) MELALUI BONDAMIZA & BERSALINMENYUSU.COM

Untuk bonda bantu ibu-ibu buat belian dengan keahlian yang mana lebih menjimatkan sehingga 20% dengan mode bayaran tunai ke bank (CIMB / MAYBANK). Manfaat keahlian boleh terus ke link ini ya. 

 ibu-ibu boleh hubungi bonda / whatsapp terus bonda di talian 

Selain mengamalkan pemakanan sihat, amalan berpantang terbaik, ibu juga perlu tahu tatacara amalan berpantang yang betul. Di sini saya turut kongsikan juga beberapa (klik pada tajuk dibawah untuk bacaan selanjutnya):
* Produk-produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni addalah maklumbalas pengguna dan setiap orang mempunyai kesan & pengalaman yang berbeza.


MENARIK DIBACA: 

Fibriod & Cyst, Rawatan DanPencegahan Dengan Vivix


😊http://bondamiza.wasap.my

You Might Also Like

0 comments

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..