SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

PERSEDIAAN BERSALIN CESAREAN - PEMBEDAHAN (C-SECTION)

Assalamualaikum semua pembaca bersalinmenyusu.com. Hari ni kita akan sambung info seterusnya. Tempohari saya dah kongsikan mengena i pandu...

Assalamualaikum semua pembaca bersalinmenyusu.com. Hari ni kita akan sambung info seterusnya. Tempohari saya dah kongsikan mengenai panduan bersalin normal (pautan lalu boleh baca disini). Ada 3 fasa, jadi hari ini kita sambung mengenai bersalin cesarean pula ok. 

Baiklah apa itu bersalin Cesarean? buat ibu yang pertama kali hamil, mungkin agak gementar apabila diberitahu perlu bersalin secara pembedahan. Saya pun dulu agak gementar, tapi alhamdulillah, dah 2 kali pengalaman. Sebagai ibu yang bakal melahirkan anak secara pembedahan, kita perlu rajin mencari info dan paling penting sentiasa dapatkan nasihat doktor, insyaAllah semuanya akan dipermudahkan.


BERSALIN CESAREAN
Cesarean biasanya akan dilakukan atas 2 sebab risiko samada risikonya berpunca daripada ibu atau bayi selain faktor-faktor kecemasan (kritikal) lain seperti kemalangan. Biasanya jika si ibu atau bayi mempunyai risiko-risiko di bawah, maka kebarangkalian adalah besar pembedahan perlu dilakukan. Baiklah di bawah adalah 2 faktor risiko yang memungkinkan pembedahan c-section dilakukan:


Risiko Berpunca Daripada Bayi :

  • Bayi lemas
  • Bayi tidak cukup bulan
  • Bayi mempunyai risiko penyakit / risiko komplikasi lain
  • Bayi bersaiz besar
  • Bayi songsang / kembar
Untuk perincian setiap punca daripada bayi di atas, sila klik di sini 



Risiko Berpunca Daripada Ibu :

  • Ibu berpenyakit (risiko tinggi) seperti darah tinggi, kencing manis, jantung atau penyakit kronik lain
  • Ibu pernah melahirkan bayi secara caesarean lebih daripada 2 kali
  • Ibu yang mempunyai masalah uri (plasenta praevia atau plasenta abruption) / Rahim pecah
  • Ibu yang melalui proses kelahiran yang panjang melebihi 7 jam sakit bersalin
Untuk perincian setiap punca daripada masalah ibu, sila klik dipautan ini 


APA ITU CESAREAN?


Cesarean adalah pembedahan dimana pakar bedah akan membuat potongan pada rahim (uterus) agar bayi  boleh keluarkan melalui pembedahan.  Ada  dua (2) jenis insisi pembedahan ini iaitu dalam hirisan melintang atau menegak. 

Kebanyakkan pembedahan masa kini dibuat secara melintang. Pembedahan melintang lebih membantu mempercepatkan penyembuhan dan memudahkan pergerakan badan ibu. Namun begitu, pembedahan secara menegak adalah untuk kes-kes kelahiran tertentu sahaja.




PROSES MELAHIRKAN SECARA CACESAREAN

Bagi caesarean secara elektif (iaitu pembedahan yang dirancang tarikh dan sama sekali bukan kecemasan). Biasanya ibu perlu melalui fasa-fasa berikut sebelum cesarean dilaksanakan.

Sebelum Pembedahan :

Imbasan jantung & Imbasan fizikal bayi (biasanya akan dibuat berulangkali dalam tempoh seminggu dan sehari sebelum pembedahan). Biasanya, ibu dikehendaki memasuki wad sehari atau dua hari lebih awal untuk ibu bersedia dengan persiapan pembedahan, antaranya perjumpaan dengan pakar bius.

Perjumpaan bersama pakar bius (Anaesthetist) adalah sangat-sangat penting bagi mengenalpasti :

  • Sejarah pembedahan/pembiusan sebelum ini
  • Komplikasi pembiusan sebelum ini (jika ada)
  • Sejarah alahan diri 
  • Sejarah komplikasi bius dalam keluarga (eg: malignant hyperthermia)
  • Ubatan yang sedang diambil termasuk ubatan tradisional dan herbal
  • Sejarah penyakit kronik
  • bagi mengenalpasti masalah pendengaran/penglihatan ibu atau pergerakan yang memerlukan perhatian yang lebih.
Ini akan diikuti oleh pemeriksaan badan. Pakar bius kemudian akan memberitahu pelan untuk pembedahan, termasuklah


  • Masa untuk mula berpuasa (biasanya ibu dikehendaki berpuasa selepas jam 10 malam hari sebelumnya)
  • Ubatan yang perlu diambil dan tidak perlu diambil sebelum pembedahan
  • Jenis pembiusan yang akan dilakukan
  • Persediaan yang perlu ada untuk pembedahan
  • Risiko pembiusan
  • Kaedah mengawal kesakitan selepas pembedahan
·     Biasanya kita juga akan perlu menjalani ujian darah & pemasangan ‘drip’ awal pada tangan, mencukur bulu / rerambut halus pada bahagian perut, peha dan kemaluan serta pemasangan tiup kencing (biasanya sejam sebelum pembedahan dibuat) - ini adalah prosedur biasa bagi mana-mana pembedahan, termasuklah pembedahan c-section.


SEMASA CESAREAN:
Sebelum pembedahan dijalankan, ibu perlu dibius terlebih dahulu. Sama ada dibius penuh atau setempat, ia adalah bergantung kepada sejarah kesihatan masing-masing. Namun begitu, kebanyakkan pembedahan cacesarean akan melalui prosedur pembiusan setempat disuntik di bahagian tulang belakang (spinal anaesthesia).

Apakah Spinal Anaesthesia?



Satu jarum kecil akan dimasukkan diantara tulang belakang pinggang anda hingga ke ruang saraf tunjang anda yang dipenuhi oleh cecair dipanggil cerebrospinal fluid (CSF). Ubat pelali akan disuntik melalui jarum ini ke dalam cecair CSF yang akan membiuskan saraf anda dan anda akan merasa kebas dari pinggang ke bawah. Kesan kebas ini hanya sementara dan anda akan kembali seperti sediakala setelah kesan ini hilang. Biasanya kesan bius akan hilang dalam sehari.

Nasihat saya :  cuba untuk bertenang dan tidak bergerak-gerak semasa suntikan dibuat. Suntikan ini tidaklah terlalu sakit,jika kita bertenang. biasanya kita akan berasa agak sejuk pada permulaan suntikan. Boleh juga amalkan bacaan surah ayat-ayat suci bagi mengurangkan tekanan dan gementar. InsyaAllah, akan dipermudahkan segala urusan. 

Jemput baca tip berpantang bagi ibu bersalin cesarean. Sila ke link di sini.

KESIMPULAN : 

Baiklah setakat ini sahaja untuk persediaan, bersalin secara cesarean, nanti saya akan sambung dengan fasa seterusnya dan proses epidural pula ok. 

Saya doakan moga bakal ibu mendapat manfaat daripada perkongsian hari ini. InsyaAllah.. Jika sesiapa ingin berkongsi pengalaman anda, boleh sahaja kongsi di ruangan komen. Moga-moga lebih ramai mendapat ilmu daripadanya. 


Saya doakan semoga, para ibu senantiasa menjaga kesihatan dan rehat secukupnya bagi menghadapi fasa melahirkan kelak. Jangan lupa ambil suplemen Shaklee yea. Nak tahu lanjut boleh hubungi saya.

InsyaAllah, moga kelahiran ibu semua dipermudahkan Allah.

Moga bermanfaat. Feel free to share artikel ini yea dengan semua ibu.

'Be simply healthy'


Master To be Bonda Miza


Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Millionaire"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034 
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com
IG : bondamiza
Lain-lain bahan bacaan berkaitan : 







You Might Also Like

5 comments

  1. Bila tengok seram pulak..huhu..tp perkongsian yang menarik.

    ReplyDelete
  2. Takutnye...ank keempat kemungkinan besar kena cesarean...tlg bgi tip yg brguna huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakkan berdoa. Yg penting hati tenang. Kena bersedia fizikal dan mental. Pastikan prepare brg2 lebih awal.insyallah Allah mudahkan kelak.

      Delete
    2. Banyakkan berdoa. Yg penting hati tenang. Kena bersedia fizikal dan mental. Pastikan prepare brg2 lebih awal.insyallah Allah mudahkan kelak.

      Delete

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..