SELAMAT DATANG KE BLOG KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU TERBAIK DI MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU TERBAIK DI MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

LANGSING DENGAN PENYUSUAN BADAN

Assalamualaikum semua... Apa khabar? Baiklah, topik yang Bonda nak kongsi hari ni sebagaimana nak kembali langsing dengan menyusu bada...

Assalamualaikum semua...

Apa khabar? Baiklah, topik yang Bonda nak kongsi hari ni sebagaimana nak kembali langsing dengan menyusu badan.. ye betul, dah 2 kali bonda slim melim dengan sedikit sebanyak bantuan penyusuan badan
Jikalau masa bersalin tidak mempunyai sebarang masalah penyusuan, teruskan penyusuan badan sehingga 6 bulan yea. Nescaya badan kita nanti akan lebih slim menawan..

Semasa berpantang, bonus yang kita dapat adalah diet dari sebarang pemakanan yang memudaratkan.. Masa berpantang dan menyusu adalah masa keemasan kalau mummy semua nak slim kembali. Insyallah boleh. Saya sendiri turun 22 kilo lepas berpantang.. 

Okeh ini tip nak mempercepatkan penurunan berat badan lepas bersalin seterusnya semasa penyusuan badan. 



Ada 5 perkara yang kita perlu tengok betul-betul : 

LANGSING 1: JAGA CORAK PEMAKANAN

Pengurangan berat badan sepanjang tempoh menyusukan bayi adalah sesuatu yang pasti berlaku! insyallah, kalau kita buat betul-betul..

perkara paling mudah, kekalkan diet yang sihat agar anda dan bayi  memperoleh zat makanan yang diperlukan. Makan makanan yang kurang lemak, kalau boleh buatlah sup atau goreng kurang minyak. sedap tu.. :) teringat pulak ikan grill.. terliur i.. 

CARA TERBAIK IALAH DENGAN AMBIL HANYA SEDIKIT KALORI DENGAN MENGURANGKAN AMAUN “TAMBAHAN”  YANG BIASA DIAMBIL

Apa yang dimaksudkan ialah gula tambahan dan lemak tepu yang biasanya terkandung di dalam makanan seperti manisan, masakan bergoreng, keju susu penuh krim dan daging lemak. 

Sebagai alternatif, kita boleh gantikan jenis-jenis makanan ini dengan pilihan rendah lemak, bebas lemak, kurang manis dan tanpa gula tambahan... sekarang kan ada pemanis bukan gula.. macam-macam jenama ada. 

kalau nak susu pekat pula, cubalah ganti dengan susu sejat. elok sikit ..


kemudian amalkan pemakanan yang bantu memperbanyakkan susu ibu.. ambil lah halba, kucai, lobak putih, habastussauda, kurma,.. kalau nak moden sikit boleh ambil alfalfa. bagus tu, bukan sahaja bantu perbanyakkan susu ibu, malah macam-macam lagi khasiatnya.

LANGSING 2 : SENAMAN SELEPAS BERPANTANG

Ada pendapat  menyatakan sesetengah jenis senaman boleh menganggu penghasilan susu  ibu. 
Faktanya, kajian yang pernah dilakukan oleh C.A Lovelady pada 1990 mendapati ramai wanita yang melakukan senaman secara tetap mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu.ye benar, logiknya, apabila badan kita sihat, dah tentu-tentu susu pun keluar dengan banyak..

Senaman kalau boleh buatlah secara rutin. Namun, dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu terutamanya bagi yang melahirkan bayi secara caesarean. Janganlah buat senaman yang perlu angkat dumbel segala..

Dengan cara ini, anda dapat menyikirkan lemak dan tingkatkan tahap metabolisma dan tenaga tubuh. tahu kan?  apabila makin kita berusia, maka metabolisma kita pun akan menurun, sebab itulah kita lambat berpeluh dan turun berat badan apa bila usia makan meningkat. 


Badan kita ibarat kilang, bila dah lama... banyak maintenance nak kena buat..

LANGSING 3 : DIET SEIMBANG

Ada orang tak berani dan pantang macam-macam makanan.. ada yang  takut nak makan nasi, ada juga yang takut nak makan manis.. macam-macam cerita..


kalau nak tahu, makanan hendaklah kita ambil dalam kuantiti yang seimbang. contoh mudah saya sendiri lah.. 
 

TIP BONDA:

saya suka belahkan pinggan menjadi 4 bahagian.

  • 2 bahagian adalah untuk nasi dan buah..
  • 1 bahagian lagi adalah nasi (atau mungkin karbohidrat lain - kentang ke apa ke)
  • 1 bahagian lagi adalah protien (ikan ke, ayam ke, daging ke) 

haaa ini barulah namanya makanan seimbang.

okeh ini nasihat pakar pula : Pakar  laktasi sarankan supaya kita memulakan rutin berdiet hanya selepas 2 bulan menyusukan bayi. kenapa? Ini  nak memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil. 

Selepas tempoh 2 bulan itu , barulah kita kurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. jangan bimbang yea, pengurangan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi.        

ini kajian yang kata : Menurut kenyataan la Leche League, ibu boleh mengurang kira-kira 0.7 kg seminggu sepanjang menyusukan bayi tanpa kesan merbahaya. Sangat baik kan? hebat betul!

Untuk makluman kekurangan zat makanan tidak akan menjejaskan kualiti dan amaun susu ibu tetap kesihatan diri anda. 

Walaupun begitu, anda tidak perlu melakukan diet melampau kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada diri anda dan bayi juga. nanti masuk hospital pula, sebab tak cukup zat.

Ingat ye, apabila kita sedang menyusu badan, kita akan lebih cepat lapar. jangan biarkan diri kita berlapar tak tentu pasal. nanti drop bacaan gula dan bp, pengsan pulak..

LANGSING 4: BUAT PERTIMBANGAN

Beringatlah! sebagai ibu yang sedang menyusu, anda perlu mengambil  makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu.  
Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas tapi sangat-sangat berpontesi memudaratkan bayi anda. 

jika kita diet yang tidak betul, segala toksin dan racun perosak boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu.

Lebih daripada itu, ia mungkin boleh dilepaskan ke dalam susu ibu. Jadi diet melampau sememangnya boleh menyikirkan lemak di tubuh anda tetapi dalam masa yang sama anda menghapuskan zat makanan berharga di dalam susu ibu. 

jadi kesianlah pada baby.. semua ibu nak anak-anaknya membesar dengan sihat dan penuh zat daripada penyusuan ibu..


LANGSING 5 : PENGAMBILAN SUPLEMEN

Sebagai ibu menyusu, kita pastinya akan perlukan lebih tenaga. makan pun dah perlu lebih dari biasa. Yang paling pasti,, tak mungkin semua zat lengkap kita akan dapat daripada pemakanan harian. ada juga dikalangan kita yang langsung tak suka makan sayur.. lagi kuranglah vitamin yang masuk dalam badan kan?

Sebagai Ibu menyusu, kita sangat-sangat perlukan : 
  • Kalsium, 
  • Multivitamin, Mineral & Zat Besi
  • Protien 

Kalsium : 

Kita sangat perlukan kalsium yang tinggi sekurang-kurang 1000mg sehari bagi pastikan tulang kita tidak rapuh dan paling penting kualiti susu yang mengalir ke dalam perut bayi. Jika badan kekurangan kalsium, maka badan akan menyerap segala kalsium dari tulang ibu. sebab itu ramai ibu yang akan luruh gigi dan sakit-sakit tulang lepas bersalin atau mungkin setelah beberapa lama. itu adalah tanda-tanda tulang kita berapa pada paras kekurangan kalsium.. kalau di biar melarat, lama-lama nanti boleh terkena osteporosis.

Multivitamin : 
Sehari kita perlukan pelbagai vitamin untuk tampung vitamin, mineral dan zat besi bukan sahaja untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu, malah untuk pemulihan diri kita sendiri setelah melalui fasa kehamilan yang panjang. 

Ada ibu yang kehilangan banyak darah semasa bersalin, perlukan zat besi yang cukup untuk tingkatkan darah dalam badan. Untuk pulih dari kekurangan darah, perlukan hampir 3 bulan. 

Mampukah kita nak makan sehari 3-4 mangkuk sayur dan buah untuk cukupkan keperluan vitamin dan mineral dalam badan? memang tak mampu sangat. tambah-tambah bagi ibu-ibu yang dan mula masuk bekerja.. mana nak sempat semua tu?

Kekurangan vitamin, contohnya vitamin c, akan sebabkan badan kita kekurangan kolagen. Malah kadar penyerapan vitamin lain daripada pengambilan makanan harian juga akan turut terjejas sebab vitamin c bantu percepatkan penyerapan vitamin dalam badan.  

Sebab itulah orang selalu kata, nak cantik ambil vitamin C.. memang betul! .. siap pakej awet muda gitu.. Kelas!!.. hari-hari ketuk vitamin c sapu kat muka, tak payah nak botox segala.. hahah (sorry iklan sikit)

kita juga perlukan vitamin B untuk bantu tidur yang lena, untuk bantu tambah tenaga dan mengurangkan stress. Kalau rasa nak marah-marah je ke letih sebab kerap berjaga waktu malam, telan je vitamin B sebiji. Insyallah kuranglah rasa nak marah itu.. ke stress ke... paham, dah jadi ibu ni nak layan karenah anak-anak lagi.. 

Omega 3 mempunyai DHA dan EPA. Sebab itulah ia sangat penting untuk bantu perkembangan iq dan mata bayi kita termasuklah kita sendiri, supaya kelak kita juga tidak cepat lupa. Kalau nak tahu, Omega 3 bantu mengurangkan radang sendi.. so nanti tak adalah sakit pinggang ke lutut ke.. Insyallah banyak lagi khasiatnya.

Protien : 
Protien adalah sumber penting untuk bantu pembinaan otot dan bantu memekatkan susu ibu. Bukan itu sahaja, kalau kita tak ambil protien dengan betul, nanti badan kita takkan kembali ke bentuk yang langsing. Protien ni bantu kejabkan otot badan..  banyak lagi khasiat protien ini.. 


Boleh cuba set Menyusu Shaklee, bukan sahaja murah dan sihat, tahan hampir 4 bulan lamanya.. kalau ada orang cakap-cakap set ini mahal, cuba minta dia congak dan bahagi 4 bulan.. mana lebih jimat.. 

Pengambilan suplemen bantu menyihatkan badan dan memperbanyakan stok susu, bagi ibu-ibu yang punyai masalah kekurangan susu dan ibu-ibu berkerjaya macam saya.. 

suplemen membantu bonda lebih sihat, penghasilan susu sangat banyak dan lebih pekat juga berkualiti tinggi.. (ini stok susu untuk Ruzain Aliff) - Alhamdulillah stok untuk  Ruzain bertahan hingga usianya setahun 2 bulan..

KESIMPULAN LANGSING DENGAN PENYUSUSAN BADAN :

Nak langsing selepas bersalin dan menyusu sangat mudah kalau kita follow apa yang saya berikan, 5 tip di atas. 

Menyusu badan adalah bonus untuk ibu kembali langsing. Tidak semua ibu berpeluang menyusukan bayi sendiri. 

Jadi sebagai ibu yang bertuah, kalau boleh nak kembali langsing dalam keadaan diri yang nampak segar bugar. bukan nampak keletihan dan stress.. 

jangan lupa dapatkan rehat yang cukup ok.. ambil suplemen yang betul. Jangan ambil ubat kurus yea.. nanti silap makan, badan dan bayi kita yang merana. 


Saya yang bertudung kelabu, sambil memegang baby Ruzain Aliff. 

AMARAN KERAS : 

Pengambilan sebarang ubat kurus atau jamu yang tiada Sijil Kementerian Kesihatan yang sah adalah diHARAMkan sama sekali. 

Jangan terlalu teruja nak kurus sampai makan apa sahaja ubat. Ingat yea, apa yang kita makan akan sampai kepada anak yang kita susukan itu.

Sebagai ibu yang bijak, perlu sentiasa peka kepada sebarang perubahan pada diri dan bayi. Ada sesetengah bayi akan kembung atau mungkin yang ada ekzema  akan lebih sensitif terhadap kekacang dan susu. 

Jadi ibu please ye, makan pun kena beringat :D jangan seronok nak makan je lepas habis tempoh berpantang.. yang mana boleh dielakkan, cuba elakkan yea.

sorry ye, berleter sikit.. sebab ada kawan saya baru je bersalin 4 bulan lalu hari-hari minum air berais dah tu manis-manis.. huhuhu.. kesian pada diri sendiri.. 

Ingat tau, diri kita nak sihat sampai hari tua. Insyallah kalau dipanjangkan umur.

Ok setakat ini sahaja untuk kali ini, Untuk ketahui lebih lagi pelbagai tip sihat.. boleh jelajah blog bersalinmenyusu dan blog bonda miza (www.bondamiza.com)
 
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, jemputlah 'like' dan 'share' entry ini 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di www.bersalinmenyusu.com

'Be Simply Healthy'
Bonda Miza


HADIAH untuk pembaca blog bonda & BersalinMenyusu :
Dapatkan Ebook yang saya hadiahkan secara percuma. Ebook yang sarat dengan tip-tip KESIHATAN DAN TIP KEMBALI LANGSING MENAWAN. Ini pengalaman sebenar. 


ada 2 versi, versi mini dan versi lengkap, semuanya bonda beri free. Jika  nak versi lengkap, kenalah msg bonda atau pm bonda di FB. Di sini tak muat nak letak, besar sangat. dengan 7 Video lagi..


http://www.bondamiza.com/2015/01/ebook-percuma-now-everyone-can-kurus.html

Ebook ini baru sahaja dilancarkan Januari 2015. Dapatkan sementara masih percuma..

Boleh d/load  dari link ini.. PROJEK KURUS! NOW EVERYBODY / EVERYONE CAN KURUS!


Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi manfaat kepada kita semua. amin  
 

Lain-lain bahan bacaan berkaitan : 
Kenali punca-punca penyebab pembedahan caesarean di sini
Pemakanan sihat semasa berpantang di sini   
Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini J
emput baca kaedah penyimpanan susu ibu di sini  
Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
Tip atasi bengkak susu di sini  
Tip meningkatkan kesuburan suami isteri di sini















You Might Also Like

2 comments

  1. assalmmualaikum bonda miza, dimana sy boleh dapatkan buku tersebut ya, adakah dijual di MPH , POPULAR atau di online sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam puan erya. Buku fiIkal dah habis cetakan. Tapi ebook masih ada. Tinggalkan email ya. Sy emailkan

      Delete

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..

POPULAR POSTS / MESTI BACA

LABEL CARIAN

Alamat Shaklee Seluruh Malaysia ANGIN AHMAR ANTI OKSIDAN TINGGI ASPIRIN BAHAYA DARAH BEKU baju menyusu tanpa zip butang dan nusring cover BANTUAN ANAK YATIM BANTUAN ANAK-ANAK DIANIAYA BANTUAN ANAK-ANAK DIDERA BANTUAN ANAK-ANAK OKU BANTUAN ASNAF BARUT BENGKUNG BERSALIN batu tangas Bayi & Kanak-kanak BENGKUNG BENGKUNG ZIP BERBEDUNG BERPANTANG BERSALIN PEMBEDAHAN Bertangas BFMOMS BISNES SHAKLEE BONDA MIZA SOHOMOM JOURNEY BONDA SOHOMOM JOURNEY BONDAMIZA SHAKLEE BONUS SHAKLEE BUTIK BAJU IBU HAMIL & MENYUSU CAIR DARAH cegah kanser penyakit kronik CESAREAN CYST Daftar Ahli Shaklee Online dairu Bonda Miza DARAH TINGGI dealer feedmilk DETOX Diabetes Diabetes Ketika Hamil ESP SHAKLEE FAEDAH JADI AHLI SHAKLEE feedmilk FIBRIOD FOREMILK GDM ON DIET GDM ON INSULIN GEJALA & JENIS JAUNDIS GEJALA FIBRIOD & CYST hamil HAMIL BERSALIN MENYUSU HAMIL DENGAN DIABETES HEPARIN HILANGKAN KESAN REGANGAN HINDMILK JADI AHLI SHAKLEE PERCUMA JANA PENDAPATAN DARI RUMAH JANGKITAN GBS JAUNDIS & KUNING JENIS SUSU IBU JOM JADI AHLI SHAKLEE jubah menyusu keahlian KEAHLIAN SHAKLEE kecutkan rahim Keguguran rambut KENALI WARNA AIR KETUBAN KENAPA MEMILIH SHAKLEE KENTUT VAGINA Keperluan Kalsium semasa Hamil Keperluan Vitamin C KERJA AMAL Kesihatan Jantung Kesihatan Wanita Ketulenan Shaklee KHASIAT TEMBIKAI DAN KEPALA BUAT IBU HAMIL Kolagen Shaklee KULIT CANTIK KUMPULAN SOKONGAN IBU MENYUSU Kurangkan Kejang Kaki Lawan Jangkitan Lawan Kanser LENGUH BADAN LOSYEN LOTION BAYI SHAKLEE makanan tambah selera anak MANDI HERBA MANDIAN BAYI SHAKLEE MANFAAT AHLI SHAKLEE MASALAH DALAMAN WANITA Masalah ibu selepas bersalin Masalah Ibu sepanjang kehamilan MASALAH KESIHATAN BAYI Masalah kesihatan Ibu Selepas Bersalin mealshakes shaklee menu berpantang menyusu ditempat awam Meroyan MIKROSEFALI MINYAK BAYI SHAKLEE Muttivitamin Shaklee NASI TIDAK MENGGEMUKKAN NECK NOW EVERYONE CAN KURUS NUTRIFERON SHAKLEE Nutrisi Ibu Hamil Omega 3 & OmegaGuard Ostematrik OSTEOPOROSIS PANDUAN BERSALIN NORMAL PANDUAN IBU HAMIL PANDUAN MENGHILANGKAN MUAL/LOYA PANDUAN SUNTIKAN INSULIN PANDUAN TIDUR LENA PEKATKAN SUSU IBU Pemakanan Sihat Semasa Pemakanan Sihat Semasa Berpantang PEMULIHAN LUKA BERSALIN PENDAPATAN SAMPINGAN SHAKLEE Pengedar Sah Shaklee PENJAGAAN BAYI Penjagaan Kesihatan Wanita Penjagaan Payu Dara Penjagaan selepas bersalin Penjagaan Wajah PENYAKIT REFLUKS Penyusuan Badan PERSEDIAAN BERSALIN PERSEDIAAN KEHAMILAN/MENGANDUNG petua anak makan PETUA BISNES MODAL RENDAH & MUDAH PETUA HENTIKAN TANGISAN BAYI PETUA IBU BERPANTANG PETUA SEMBUHKAN LUKA BERSALIN Produk Shaklee Projek Kurus RAWAT BUAH PINGGANG RAWAT DIABETES RAWAT JANTUNG RAWAT KANSER RAWAT MATA RAWAT SLE RENEW KEAHLIAN SHAKLEE Resepi Resepi ESP Shaklee REVERATROL RISIKO AIR KETUBAN PECAH RISIKO GBS KEPADA BAYI RISIKO RAHIM PECAH SENAMAN KEGEL Senarai semak ibu berpantang Senarai Set SET BERPANTANG BERSALIN SHAKLEE Set Bersalin & Menyusu Shaklee Set Enfuselle Shaklee SET KANAK-KANAK SHAKLEE Set Kehamilan Shaklee SET MENYUSU SHAKLEE Set Radiant 4 Shaklee Shaklee SHAKLEE BABY slumberselak Stok Susu EBM STRECH MARK SUNTIKAN CAIR DARAH SUPLEMEN IBU BERSALIN MENYUSU SUPLEMEN IBU HAMIL SUPLEMEN IBU HAMIL BERSALIN & MENYUSU Suplemen kesuburan rambut Suplemen Terkini SUSU BADAN CAIR SUSU IBU ISTIMEWA TAMBAH BERAT BADAN tangas basah tangas kering TANZIPARIN TEAM SHAKLEE NO.1 DI MALAYSIA TEMPAHAN BENGKUNG IBU Testimoni Testimoni & Pengalaman bersama Shaklee TESTIMONI ESP SHAKLEE Tiga Serangkai Tingkatkan HB Tingkatkan HB Darah TIP IBU HAMIL TIP KEHAMILAN Tip Kesuburan & Set Kesuburan Tip Langsing Menawan TIP MELAHIRKAN BAYI Tip Menyusu Bayi TUNGKU IBU DAN BAYI TURUN BERAT BADAN VIRUS ZIKA Vitalea Iron Formula Shaklee VITALEA-SHAKLEE Vitamin Buat Ibu Mengandung Vivix VIVIX FIBROADONEMA VIVIX IKHTIAR HAMIL VIVIX KANSER PAYU DARA VIVIX MERAWAT CYST VIVIX MERAWAT FIBRIOD VIVIX Shaklee WARFARIN

..

..

BERPANTANG SELEPAS CEASAREAN

GOOGLE + FOLLOWERS