SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

KUNING ATAU JAUNDIS PADA BAYI SELEPAS KELAHIRAN, PART 1

APA ITU JAUNDIS / KUNING? Rata-rata bayi yang dilahirkan berpotensi untuk mendapat jaundis atau kuning. Jaundis atau kuning te...


APA ITU JAUNDIS / KUNING?

Rata-rata bayi yang dilahirkan berpotensi untuk mendapat jaundis atau kuning. Jaundis atau kuning terjadi pada bayi apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan.

APA ITU BILIRUBIN?

Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh mengumuhkan bilirubin yang berlebihan itu. (perkumuhan melalui pembuangan air besar dan kecil)


BAGAIMANA UNTUK MENGESAN JAUNDIS / KUNING PADA PADANGAN MATA KASAR?

Kulit  bayi akan kelihatan berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. Abdomen atau kaki bayi apabila ditekan turut kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning.  

Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada paras normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki.

Itu adalah cara awal mengesan kuning pada bayi anda. Jika terdapat tanda-tanda berikut, elokkan membuat periksaan lanjut dan berjumpalah dengan doktor untuk memastikan tahap kuning tidak sampai ke tahap bahaya.

BILAKAH MASANYA UNTUK MENGESAN KUNING PADA BAYI?

Kebiasanya bayi normal dengan kelahiran matang, akan mendapat kuning di antara hari ke 3 hingga ke lima hari pertama kelahiran.  Biasanya dalam tempoh seminggu, kuning / jaundis tersebut akan beransur hilang.

Bagi bayi yang dilahirkan belum mencapai tahap matang tertentu, contohnya bayi yang lahir tidak cukup bulan, kemungkinan 80% daripadanya akan mendapat kuning selepas hari ke 5. Namun begitu, kuning / jaundisnya akan beransur hilang diantara tempoh sebulan ke 2 bulan kelahiran.


BAGAIMANA JAUNDIS / KUNING TERJADI?

Bayi boleh mendapat jaundis / kuning disebabkan komplikasi berikut :

  • Ketidakmatangan pada organ bayi (buah pinggang / hati)
  • Jangkian virus atau bacteria pada bayi / darahnya
  • Pendarahan dalaman
  • Kerosakan organ (hati)
  • Kekurangan enzim
  • Sel darah merah bayi yang tidak normal
  • Ketidakserasian rhesus darah ibu dengan bayinya  
  • Masalah pada sistem pencernaan bayi
  • Bayi para matang, lahir sebelum 37 minggu
  • Bayi yang mempunyai masalah dengan penyusuan

APAKAH GEJALA JAUNDIS?

Sebagai ibubapa, kita perlu teliti dan tidak mengambil mudah sebarang gejala yang mungkin membawa kepada sesuatu yang buruk. Sekiranya bayi yang jaundis mendapat beberapa gelaja di bawah, eloklah segera berjumpa dengan doktor.
  • Demam
  • Muntah
  • Kemampuan mengisapnya buruk / tidak mahu meminum susu
  • Lesu & sukar bangun tidur
  • Leher dan tubuh melengkung ke belakang
  • Kulitnya makin menguning
  • Kelihatan resah dan kerap menangis


APA YANG AKAN TERJADI JIKA BILIRUBIN TERLALU TINGGI?

Kadar bilirubin yang terlalu tinggi pada darah akan menjadi racun pada sel-sel otak. Jaundis yang teruk akan membawa kepada kernicterus yang menyebabkan dinding-dinding sel neuron di dalam otak akan mati dan bayi berkemungkinan mendapat sawan, cerebral palsy, pekak dan berkemungkinan mendapat masalah penglihatan.

SEBAGAI IBU BAPA, APA YANG PERLU DILAKUKAN?

AMARAN : JANGAN SESEKALI MENJEMUR BAYI DI BAWAH CAHAYA MATAHARI.

Tetapi,

BERSEGERA BERJUMPA DENGAN DOKTOR untuk pemeriksaan darah / segera bagi mengetahui tahap BILIRUBIN anak anda)

PANTAUAN
PEMERHATIAN
TINDAKAN 
Bahagian putih bola mata atau kulit bayi
Normal atau bertambah kekuningannya,
Jika bertambah parah, segera ke hospital. Jangan ditunggu keesokkan harinya
Keaktifan bayi
Tidur berpanjangan, lesu, kurang respon dan tidak bermaya
Segera ke hospital
Pantau corak penyusuan bayi
Kerapkan penyusuan badan antara 8 hingga 12 kali dalam 24 jam

Jika memberi susu formula, susu perlu diberikan antara 6 hingga 10 botol dalam tempoh 24 jam.

Kejutkan bayi dari tidur untuk penyusuan, jangan biar bayi terus tidur tanpa menyusu melebihi 2 jam
Pantau warna kencing dan najis bayi


Najis bayi yang baru lahir berwarna hijau tua (digelar meconium) atau kuning (breastfeeding stool).

Kencing normal berwarna kuning muda / putih

Jika, kencing berwarna keruh seperti teh tua / coklat dan 
najis pula jika
berwarna kelabu – segera ke hospital



Gambar rania semasa Baru lahir. Rania mengalami prolong jaundis yang agak tinggi selepas 4 hari kelahiran dan sempat dimasukkan ke NICU untuk rawatan. Alhamdulillah, jaundis telah tiada selepas lebih sebulan. 




Baiklah sampai setakat ini info Jaundis / kuning part 1. Saya akan sambung pengiraan jaundis dan info rawatannya dalam part 2 pula.

feel free to share dengan semua.

Moga bermanfaat.

'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza



Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Millionaire"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034 
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com


 Lain-lain bahan bacaan berkaitan : 







Dapatkan juga Ebook yang saya hadiahkan secara percuma kepada pembaca blog Bonda Miza dan BersalinMenyusu.com 

Ebook yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”

klinik yang menawarkan perubatan untuk kuning bayi, kawasan Seberang Jaya, Pulau Pinang

You Might Also Like

0 comments

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..