Penjagaan selepas bersalin
PENTING : PENJAGAAN DIRI SEMASA PANTANG BERSALIN
7:20 PM
Aspek penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin
semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini, terutama
amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung atau berbarut.
Tidak dinafikan amalan tersebut agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya
berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang diabaikan, kesannya
mungkin tidak serta-merta.
Namun apabila melalui kelahiran yang banyak,
usia pula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh
dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila
keadaan sedemikian berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga
batin.
Secara umumnya, wanita yang melahirkan anak berdepan dengan risiko
peranakan rendah atau rahim turun. Ini kerana otot pelvis atau tulang kajang
akan merenggang akibat peneranan yang kuat semasa proses melahirkan.
Jika tidak
dirawat dari awal, keadaan tersebut boleh menjadi penyebab kepada masalah kerap
membuang air kecil atau terkencing apabila batuk, ketawa atau bersin. Jika
kelahiran berulang, otot faraj akan semakin longgar sehingga mengakibatkan
terjadinya prolaps atau keluar tombong.
Secara fizikal, keadaan urat saraf dan luka
kelahiran sama ada secara normal atau pembedahan tidak banyak berbeza. Cuma
luka kelahiran secara pembedahan adalah lebih ketara dengan kesan bukaan pada
abdomen, tempat di mana bayi dikeluarkan, manakala ibu yang bersalin normal
hanya mengalami luka di mulut rahim atau mulut faraj.
Ramai wanita hari ini mengganggap bersalin
secara pembedahan tidak meninggalkan kesan longgar pada saluran faraj atau
kesan lain pada peranakan, lalu sewenang-wenangnya memendekkan jangka masa
berpantang. Dengan itu, jimak dimulakan dengan lebih cepat. Seyogialah
diingatkan bahawa sebenarnya, bersalin secara pembedahan memerlukan lebih
perhatian perubatan berbanding bersalin secara normal.
Walaupun keadaan darah nifas mengering dan ibu
sudah boleh bersuci dengan mandi wajib bagi menjalankan ibadah seperti solat,
tetapi tidak semestinya boleh menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dengan
melakukan jimak. Ini kerana seluruh peranakan masih bengkak dan luka jahitan
masih mentah. Bagi memulihkannya dengan sempurna, satu jangka masa yang panjang
diperlukan, iaitu sekurang-kurangnya 60 hari.
Sebaik-baiknya, setiap ibu bersalin menunggu
sehingga melepasi hari yang ke 100 agar seluruh anggota peranakan pulih seperti
sediakala, dan sekaligus dapat menjauhi masalah penuaan sebelum masanya. Bagi
yang bersalin normal, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa tempoh
berpantang selama 60 hari adalah amat penting untuk memulihara mulut rahim
serta seluruh peranakan yang masih lemah dan mentah.
Terdapat juga wanita yang mulai berjimak
selepas dua minggu bersalin apabila darah nifas sudah kering kerana menurut
kefahaman dan nasihat perbidanan moden. Walaupun persetubuhan dilakukan secara
lembut, aktiviti tersebut akan mengganggu urat saraf peranakan yang menegang
apabila mencapai inzal.
Ketegangan urat saraf akan menyebabkan bentan urat,
manakala gerakan kucupan mulut rahim akan membuka kesan luka bersalin yang
masih dalam proses penyembuhan. Keluaran darah nifas yang lebat atau tumpah
darah sering berlaku, sama ada dalam kalangan ibu bersalin normal atau secara
pembedahan. Luka-luka jahitan di bahagian lapisan perut serta rahim akan mulai
membengkak dan adakalanya jahitan terbertas dan mengakibatkan pendarahan.
Terdapat ramai wanita yang menamatkan pantang
selepas 30 hari atau 40 hari bersalin. Walaupun didapati tidak berbahaya,
tindakan tersebut memberi kesan yang buruk terhadap kewanitaannya. Keseluruhan
peranakan, iaitu rahim, tiub Fallopio serta ovari yang masih belum pulih akan
kembali membengkak, urat saraf akan menegang dan mulut rahim akan tersembul
merkah dan mentah.
Mungkin posisi rahim akan terganggu kerana organ
tersebut baru sahaja mengecut dan walaupun sudah kembali ke tempat asal,
kedudukannya masih belum mantap. Aktiviti berjimak akan menarik turun posisi
rahim ke peringkat peranakan rendah atau prolaps tahap pertama. Ibu akan terasa
berat di bahagian pelvis atau ari-ari dan kurang selesa apabila membuang air
kecil dan adakalanya kerap membuang air kecil.
Lama-kelamaan ini menimbulkan
rasa lenguh atau sakit pinggang, bisa-bisa betis serta sakit tumit, badan
terasa berat, letih selain bisa otot dan sendi. Apabila sampai ke peringkat
yang serius, bahagian lutut terganggu oleh rasa sakit dan bisa serta bengkak.
Gangguan di bahagian lutut menandakan berlakunya kelemahan di bahagian
peranakan.
Oleh yang demikian, ilmu perbidanan Melayu
menekankan bahawa ibu bersalin normal dipantangkan berjimak sehingga 44 hari.
Difahamkan pada hari ke 44 pantang bersalin, segala urat saraf peranakan
kembali memperkemas kemantapannya dan berada dalam proses penyembuhan peringkat
terakhir serta berkeadaan lemah. Semasa itu, ibu dilarang ke mana-mana dan
perlu berehat.
Jika terjadi kemalangan seperti terseliuh kaki,
tersepak ibu jari atau jatuh terduduk, keadaan tersebut sukar dirawat. Ada ibu
yang berjalan tempang atau lumpuh kerana bentan urat, iaitu tersentap urat
besar di bahagian pinggul. Ada juga yang keluar tombong kerana terhentak
punggung dengan kuat dan kejadian ini menyebabkan penderitaan selama-lamanya.
Kejadian ini bukalah kisah dongeng, tetapi
telah banyak berlaku, terutama pada zaman ini. Ibu yang kemalangan ini mesti
mendapatkan rawatan awal daripada pakar urut perbidanan. Walaupun dapat
disembuhkan, kesannya, ibu tersebut cepat laih dan makan tua sebelum usia.
Lazimnya, hari yang ke 45 ialah hari kelepasan
tempoh pantang ibu bersalin normal. Untuk ibu bersalin secara pembedahan, hari
kelepasannya ialah hari yang ke 50.
Pada masa yang tersebut, ibu boleh kembali
melayan suami dengan mesra secara mana yang diinginkan.
Bagaimanapun, ilmu
perbidanan Melayu menekankan bahawa sebaik-baik hari kelepasan pantang bagi ibu
bersalin, sama ada secara normal atau pembedahan adalah pada hari yang ke 101
kerana telah terbukti berkesan melambatkan proses penuaan, disamping memelihara
tahap kesihatan.
Amalkan cara hidup sihat dengan pengambilan makanan dan suplemen bagi menjamin kesejahteraan berpanjangan.
KESIMPULAN :
Penjagaan diri yang tidak sempurna semasa tempoh pantang bersalin akan mengundang kepada risiko berikut :
- @ Tenaga / daya badan berkurangan
- @ Mudah bisa-bisa / sengal badan
- @ Sering sakit pinggang dan lenguh
- @ Urat kembang / lemah
- @ Lantai pelvik lemah
- @ Peranakan jatuh / tombol
Ok setakat ini sahaja untuk kali ini, Untuk ketahui lebih lagi kaedah berpantang cara tradisional sila ke link di sini.
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, jemputlah 'like' dan 'share' entry ini
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.
'Be Simply Healthy'
Bonda Miza
Lain-lain bahan bacaan berkaitan :
Kenali punca-punca penyebab pembedahan caesarean di sini
Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini
Jemput baca kaedah penyimpanan susu ibu di sini
Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
Tip atasi bengkak susu di sini
Tip meningkatkan kesuburan suami isteri di sini
Dapatkan juga Ebook yang saya hadiahkan secara percuma kepada pembaca blog Bonda Miza dan BersalinMenyusu.com
Ebook yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”
eBuku mengenai rahsia seorang engineer yang dalam tempoh 9 bulan sahaja mampu buat sales RM1JUTA. Melalui online marketing, beliau mampu buat sales yang begitu banyak.. Yang bestnya, tanpa sebarang kos iklan!.. hebatkan?
Edisi terbaru ebuku ini telah dimuatturun oleh lebih 5000 pembaca dalam tempoh yang singkat, baru sahaja dilancarkan pada awal Julai.. dapatkan sementara masih percuma.
Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. amin
INGIN MENDAPATKAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK ANDA & SEISI KELUARGA?
INGIN MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN DENGAN MODAL YANG
RENDAH?
SILA HUBUNGI SAYA:
Secara fizikal, keadaan urat saraf dan luka kelahiran sama ada secara normal atau pembedahan tidak banyak berbeza. Cuma luka kelahiran secara pembedahan adalah lebih ketara dengan kesan bukaan pada abdomen, tempat di mana bayi dikeluarkan, manakala ibu yang bersalin normal hanya mengalami luka di mulut rahim atau mulut faraj.
- @ Tenaga / daya badan berkurangan
- @ Mudah bisa-bisa / sengal badan
- @ Sering sakit pinggang dan lenguh
- @ Urat kembang / lemah
- @ Lantai pelvik lemah
- @ Peranakan jatuh / tombol
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, jemputlah 'like' dan 'share' entry ini
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.
'Be Simply Healthy'
Bonda Miza
Lain-lain bahan bacaan berkaitan :
Kenali punca-punca penyebab pembedahan caesarean di sini
Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini
Jemput baca kaedah penyimpanan susu ibu di sini
Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
Tip atasi bengkak susu di sini
Tip meningkatkan kesuburan suami isteri di sini
Dapatkan juga Ebook yang saya hadiahkan secara percuma kepada pembaca blog Bonda Miza dan BersalinMenyusu.com
Ebook yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”
Edisi terbaru ebuku ini telah dimuatturun oleh lebih 5000 pembaca dalam tempoh yang singkat, baru sahaja dilancarkan pada awal Julai.. dapatkan sementara masih percuma.
Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. amin
INGIN MENDAPATKAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK ANDA & SEISI KELUARGA?
INGIN MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN DENGAN MODAL YANG
RENDAH?
SILA HUBUNGI SAYA:
0 comments
jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.
salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D