SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

HENTIKAN TABIAT ANAK MENGIGIT / MENGHISAP JARI

Bagaimana hendak buang tabiat mengigit kuku jari yea?  Anak saya Rania, semakin hari semakin seronok pulak mengigit kuku tanga...







Bagaimana hendak buang tabiat mengigit kuku jari yea? 


Anak saya Rania, semakin hari semakin seronok pulak mengigit kuku tangan. Nasib baik kuku jari kaki tak pula dia gigit. Kadang kala kuku yang digigitnya sampai luka berdarah.

Sampai seingat saya, entah beberapa bulan lepas terakhir saya potong kuku jarinya.
Saya pikir anak saya sahaja yang punya tabiat mengigit kuku, rupa-rupanya kawan baik saya yang seorang ni (dah tua pun) suka mengigit kuku.. (dia ingat kita tak nampak yea.. kekeke, bila dia asyik je, terlupa, sure dia gigit kuku, sampai tengah drive pun dia punya lah syok mengigit kuku jari).. haih! (maaf lah yea, nama tak leh dedahkan). Anak cikgu kat sekolah pun sama... siap ibu jari kaki.. Mak Oi!!

Balik kepada cerita Rania Arissa. Flash back kisah beberapa bulan yang berlalu..

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Alhamdulillah, Rania dah berjaya membuang habit mengigit kukunya..

Herm, oleh kerana dah berjaya barulah dapat saya kongsi tip  ini dengan semua. nak atasi masalah ni yea.. Baiklah berikut adalah perkara-perkara yang saya dan suami sering buat untuk hilangkan tabiat mengigit kuku Rania..


1. KAJI DAHULU PUNCANYA
Pada awalnya menggigit kuku mungkin hanya sekadar suka-suka. Rasa bosan dan tidak lakukan apa-apa ketika menunggu membuatkan anak menjadi tidak sedar sedang menggigit kuku dan kemudiannya ia menjadi kebiasaan dan dilakukan setiap hari.

dah tahu puncanya lebih mudah untuk kita bantu anak menangani masalah mengigit kuku.



2. LARANGAN / TEGURAN
Lebih / Sering mengunakan perkataan 'ELAKKAN'.. dan tidak menggunakan perkataan 'JANGAN, TIDAK, TAK'..

Kalau saya atau suami nampak sahaja Rania mula mengigit kuku, saya akan cepat-cepat "Rania,,, ELAKKAN" .. memang menjadi tip ini.. lama kelamaan dia dah mulai berkurang mengigit kuku..  

Perkataan Jangan, Tidak dan Tak sebenarnya tak dapat diproses oleh otak, jadi ia akan mengelirukan pemikiran. Sebab itu setiap kali jika ada perkataan JANGAN, TIDAK, DILARANG. sebagai contoh - cuba letakkan papan tanda 'JANGAN tengok' .. jeng jeng.. makin ramai yang nak tengok.. kekeke.. tak percaya cuba buat :D

Jadi rajin-rajinlah gunakaan perkataan yang lebih sesuai. Boleh juga gunakan ayat begini 'potong kuku guna ketip kuku barulah cantik, kuman pun tak masuk dalam perut :D"

Gunakan ayat yang lebih mesra tetapi menunjukkan kita tegas dalam memastikan anak tidak mengigit kukunya.

Pastikan juga orang sekeliling (guru, pengasuh, saudara mara) sedar tentang masalah itu dan bantu menegur anak jika melihat anak sedang gigit kuku.


2. ALIHKAN PERHATIAN KEPADA ANAK-ANAK
Lebihkan masa perhatikan anak-anak, jangan biarkan anak dalam dunia khayalan.. tambah-tambah lagi jika kita kerap biarkan dia bersendiran. kalau dapat rajin-rajinlah temankan anak bermain atau menonton tv. Lakukan lebih aktiviti bersama dan ini dapat mengalihkan perhatian anak-anak daripada mengigit kuku.


3. TANDA ANAK SEDANG STRESS/TAKUT
Mengigit kuku merupakan salah satu simptom yang menunjukkan anak kita sedang stress, takut mahupun tertekan. Oleh itu, kita sebagai ibubapa perlu sentiasa mengambil berat keadaan anak-anak. Cubalah berbual dengan anak mengenai masalah atau apa jua kegusaran anak-anak. Mungkin dengan itu dapat mengembalikan keyakinan anak-anak kita. Jangan cepat menghukum anak-anak tetapi cubalah berdiplomasi dengan mereka dengan cara yang lebih lembut dan mesra.

Biasanya ibubapa mempunyai sifat dominan. Namun ada kalanya kita perlu berlembut agar anak tidak menjadi lebih stress atau kurang keyakinan diri.

KESIMPULAN : 
Sebagai ibu bapa, setiap apa juga perubahan dan tingkah laku anak yang dirasakan tidak baik atau tidak sesuai, perlulah kita segera tangani. Jika kita juga membuatnya sambil lewa, lama-kelamaan ia akan menjadi tabiat yang amat susah untuk dikikis.






Oleh itu, dalam kes mengigit kuku, perkara yang paling penting adalah sentiasa memastikan kita berdisiplin dan punyai masa (jadual yang teratur) untuk memotong kuku anak-anak. Bukannya ambil masa yang lama sangat pun. Siapa anak anda mencerminkan siapalah ibu bapanya.. 

Moga kita sentiasa memastikan anak-anak mempunyai kuku yang sihat, bersih dan kemas.
Sila-silalah like dan share, jika maklumat ini memberi manfaat kepada anda dan orang lain. 

'be simply healthy'
    Bonda Miza


Lain-lain bahan bacaan berkaitan : 

Jemput baca Kebaikan Omega 3 di sini 
Jemput baca Keadah penyimpanan susu ibu di sini
Jemput baca penjagaan selepas bersalin / berpantang selepas caesarean di sini
Jemput baca penjagaan selepas bersalin / berpantang secara tradisional di sini
Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini
Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
Tip atasi bengkak susu di sini
Tip meningkatkan kesuburan suami isteri di sini
Dapatkan maklumat kelebihan menjadi ahli Shaklee di sini



DAPATKAN SUPLEMEN TERBAIK UNTUK ANAK ANDA







You Might Also Like

0 comments

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..