SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

UJIAN TOLERANSI GLUKOSA (OGTT) SEMASA HAMIL

Ramai ibu tertanya-tanya, kenapa mesti tiap kali hamil mesti kena minum air gula dan perlu membuat ujian toleransi glukosa atau lebih diken...

Ramai ibu tertanya-tanya, kenapa mesti tiap kali hamil mesti kena minum air gula dan perlu membuat ujian toleransi glukosa atau lebih dikenali sebagai BSP atau OGTT.. 

Ramai juga yang merungutkan termasuklah saya dahulu semasa hamil...

"dah lah air gula tu pekat, manis yang teramat.. rasa nak termuntah je masa minum.." 

namun begitu mahu tak mahu, terpaksa juga diminum.. boleh baca pengalaman kehamilan saya bersama diabetes di sini 

Begitulah yang terpaksa dilalui oleh kebanyakan ibu-ibu yang hamil.. okeh.. kenapa kita mesti buat ujian toleransi glukosa / OGTT? 
APA ITU UJIAN TOLERANSI GLUKOSA / UJIAN TOLERANSI GLUKOSA ORAL?
Ujian toleransi glukosa (Oral Glucose Tolerance Test - OGTT)

Kebanyakkan makanan yang dimakan oleh ibu mengandungi gula dan manis. Ujian toleransi glukosa digunakan untuk mendiagnosis penyakit kencing manis semasa hamil (diabetes gestasi) dan dijalankan terhadap wanita yang dilihat sangat berkemungkinan mengalami penyakit ini.

Ujian ini akan mengesan sama ada ibu hamil mengidap penyakit ini atau tidak. Sebanyak 14 peratus wanita hamil akan mengidap diabetes gestasi, namun diabetes ini biasanya akan hilang selepas melahirkan.

BAGAIMANA DIABETES GESTASI BERLAKU?

Diabetes Gestasi terjadi disebabkan oleh kegagalan pankreas menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Hormon ini mengawal jumlah glukosa dalam darah dan membolehkan badan menyimpan glukosa yang tidak diperlukan serta merta untuk menghasilkan tenaga.

Badan wanita hamil perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi semasa hamil, terutamanya ketika lima bulan pertama kehamilan. 

Ketika lima bulan pertama kehamilan, tumbesaran bayi sedang berlaku dengan pesat. Sekiranya badan ibu tidak dapat menyaingi perkembangan ini, ibu mungkin akan menghidap diabetes gestasi.



Bayi memerlukan glukosa untuk membantunya membesar. Namun, jika jumlah glukosa terlalu banyak, ia akan menyebabkan badan bayi lebih besar (makrosomia) daripada yang sepatutnya, terutama sekali dibahagian bahu, dada dan abdomen. Akibatnya, ibu tidak dapat melahirkan anak secara normal. 

Masalah ini disebabkan oleh saiz bahu bayi yang besar menyebabkan tersangkut ketika dilahirkan. Disebabkan itu, kebanyakkan itu terpaksa memilih untuk melahirkan anak secara pembedahan caesarean.


PENGAWALAN DIABETES GESTASI
Ibu hamil dengan diabetes gestasi, kebanyakkannya terpaksa melalui fasa pengawalan diet. Diet yang sihat dan seimbang bagi mengelakkan daripada bacaan gula terus meningkat. Sepanjang kehamilan, digalakkan ibu mengamalkan makanan rendah gula / glukosa. 

Terdapat juga kira-kira 10 ke 20 peratus ibu yang terpaksa mengambil suntikan insulin untuk mengawal penyakit ini. Salah satu tanda penyakit ini adalah terlalu banyak glukosa dalam air kencing ibu. 


PENGESANAN DIABETES GESTASI
Semua wanita hamil mempunyai potensi untuk mendapat penyakit diabetes gestasi / kecing manis  semasa kehamilan. 


  • Pengesanan awal : dilakukan pada 12 hingga 14 minggu kehamilan (3 bulan mengandung)
  • Pengesanan seterusnya : dilakukan pada 24 hingga 28 minggu kehamilan (6 bulan mengandung)

BAGAIMANA CARA UJIAN OGTT DILAKUKAN?
Jangan takut ya... saya sering mendapat sms / mesej daripada ibu-ibu yang runsing dengan ujian ini.. pada saya ia hanya sebahagian prosedur perubatan. Jadi jangan tension sampai tak dapat tidur lena.. yang penting siapkan diri untuk melalui ujian ini dengan lebih tenang. Insyallah semuanya akan ok



Kebiasannya ibu akan diberikan satu tarikh temujanji di klinik untuk ujian ini. ujian dimulakan dengan mengambil sampel darah pertama, Untuk tujuan ini, ibu perlu berpuasa terlebih dahulu dan saya galakkan ibu-ibu, tidak mengambil sebarang makanan manis dalam 2 ke 3 hari sebelum melakukan ujian OGTT. 
Tujuan sampel darah pertama diambil adalah untuk mengukur tahap gula / gukosa dalam darah ketika ibu-ibu berpuasa. Ujian ini dikenalpasti sebagai ujian baseline. selepas itu barulah ibu akan diberikan minuman bergula bancuhan kira-kira 75gm glukosa dibancuh lebih kurang 1 gelas biasa.. uish sangat manis.. nak termuntah bonda, namun kena juga habiskan dalam  masa 15 minit...

Setelah kita minum air bergula tersebut, biasanya ibu akan dibenarkan pulang dan datang semula selepas 2 jam. selepas itu sekali lagi sampel darah kedua akan diambil dan dibandingkan.


FAKTOR RISIKO DIABETES GESTASI / KENCING MANIS SEMASA HAMIL

Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada penyakit kencing manis semasa hamil.  Jika terdapat 1 atau lebih faktor risiko di bawah, maka ibu mempunyai kira-kira 20 ke 30 peratus kemungkinan untuk mengidap diabetes.

Antaranya termasuklah :


FAKTOR DIABETES 1 : SEJARAH KELUARGA 

Ibu mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes termasuklah ibu bapa kandung, adik beradik atau anak sendiri mengidap penyakit yang sama.

FAKTOR DIABETES 2 :  BERAT BADAN

Wanita obes dengan berat badan melebihi bacaan BMI 30kg/m2 berisiko mendapat penyakit ini. Oleh itu, amat digalakkan untuk menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat sebelum merancang kehamilan. 

FAKTOR DIABETES 3 : SEJARAH KEHAMILAN 

Ibu yang pernah melahirkan anak bersaiz besar melebihi 4 kilogram atau lebih juga berisiko mendapat diabetes. 


APAKAH DIABETES INI AKAN HILANG SELEPAS KELAHIRAN?

Kebanyakkan wanita yang menghidap diabetes gestasi semasa hamil akan melahirkan bayi yang normal dan tahap glukosa dalam darah kita insyallah akan kembali normal selepas bersalin. 


ADAKAH WANITA YANG PERNAH MENGHIDAP DIABETES GESTASI AKAN MEMPUNYAI RISIKO MENGHIDAP DIABETES MELITUS DIABETES JENIS 2)?
Dianggarkan kira-kira 20 peratus wanita yang pernah menghidap diabetes gestasi sebenarnya telah pun mendapat penyakit diabetes melitus (jenis 2) sebelum kehamilannya lagi.

Oleh yang demikian, ibu yang pernah menghidap diabetes gestasi semasa kehamilan juga mempunyai risiko mendapat diabetes melitus (jenis 2) selepas bersalin. 

Para doktor menasihatkan wanita yang pernah mendapat diabetes gestasi semasa kehamilan untuk terus membuat pemeriksaan berkala dan mengamalkan diet sihat dan senaman bagi meminimumkan risiko ini daripada berlaku. 

Nasihat Bonda : Ia mungkin tidak berlaku dalam tempoh masa terdekat selepas kelahiran, namun begitu ia mungkin boleh terjadi selepas beberapa tahun kelahiran. Oleh itu, jagalah pemakanan kita dan seringlah membuat ujian kesihatan. ujian darah tak mahal sangat pun.. lebih kurang RM5.00 ke RM10.00 sahaja dan ia boleh dilakukan di klinik mahupun makmal perubatadan juga di mana-mana farmasi seluruh negara. 


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. 'Feel free to share this articel'

Moga bermanfaat.

'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza



Jika anda tercari-cari Supplement SEMULAJADI, tiada bahan kimia, selamat, hubungi saya untuk konsultasi vitamin percuma dan pesanan vitamin anda.
Jika anda berminat 
# menambah pendapatan, 
#suka membantu orang meningkatkan kesihatan dan kewangan # ingin dibimbing, anda boleh :
Whatsapp : 012 585 2034
Email : sh.salmiza@gmail.com

Saya mencari individu baru yang ingin merubah kehidupan yang lebih baik serta boleh dibimbing, sabar serta mempunyai impian yang besar.


Lain-lain bahan bacaan : 


info Petikan artikel Mingguan Malaysia..

You Might Also Like

2 comments

  1. Thanks and good work... Info yang lengkap sis😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama puan :D. Thanks kerana sudi singgah yea.

      Delete

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..