SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

TIP IBU HAMIL

Berikut tips-tips yang dapat dilakukan oleh ibu hamil pada saat kehamilan trimester pertama
  • Carilah informasi sebanyak-banyaknya tentang bagaimana caranya menjalani kehamilan yang sihat melalui buku, akbar, televisyen, internet, majalah dan lain-lain
  • Belajar membiasakan diri mengenakan pakaian yang longgar dan mesra peluh, meskipun perut belum kelihatan membesar.
  • Pada trimester pertama, ibu hamil sering mengalami mual dan muntah yang salah satunya dapat menyebabkan dehidrasi, oleh perbanyaklah minum air putih atau jus buah.
  • Makanlah jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang, ubi, dan roti
  • Hindarkan makanan yang mengandung kadar lemak tinggi atau berminyak seperti hidangan bersantan, gorengan atau daging berlemak.
  • Hindari aneka macam bau-bauan yang menyengat atau tidak disukai, hal ini untuk menghindarkan ibu hamil dari rasa mual dan muntah. Biasanya ibu hamil akan lebih sensitif kepada bau-bauan. 
  • Biasakan memberus gigi selepas makan atau setelah mengalami muntah. Dan biasakan meminum air suam, jus selepas muntah.
  • Untuk menghindarkan rasa mual dan pening, lakukan secara perlahan-lahan ketika hendak bangun dari tidur atau berbaring, jangan dilakukan secara sekaligus dan spontan.
  • Ada baiknya ibu hamil makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap, hal ini juga untuk menghindarkan ibu mengalami mual dan muntah
  • Sediakanlah selalu minuman dan makanan kecil yang mengandung kadar garam rendah di bilik tidur atau beg tangan, hal ini dilakukan agar satelah makan makanan tersebut, ibu hamil terhindar dari rasa mual dan muntah. Makanan kecil yang dapat disajikan antara lain seperti biskuit, roti gandum, atau buah-buahan.
  • Sering berhubung dan bertukar idea dengan ibu-ibu hamil yang lain, bagi memudahkan perkongsian ilmu dan pengalaman
  • Minumlah susu hangat apabila mengalami insomnia atau kesulitan untuk tidur.
  • Bila ibu hamil mengalami sembelit, minumlah air putih minimal 12 gelas sehari. Jangan lupa ambil buah-buahan dan makanan berserat
  • Jika ibu hamil merasa sakit di bahagian bawah perut dan terlihat adanya tompok atau lendir darah, khususnya setelah kehamilan usia lebih 4 minggu, segera hubungi doktor.


WASPADA DENGAN SAWAN MENGANDUNG (PRE ECLAMPSIA)


Selain tekanan darah tinggi, wujud kandungan protein dalam air kencing yang menjadi petanda awal eclampsia. Pra-eclampsia membabitkan enam hingga lapan peratus daripada semua ibu mengandung.


Ia berlaku seawal usia kandungan melebihi 20 minggu dan biasanya dikesan ketika kandungan berusia 32 minggu atau lapan bulan. Ia sering membabitkan ibu yang mengandung kali pertama.


Bagi ibu mengandung yang sememangnya mempunyai sejarah darah tinggi, kencing manis, buah pinggang atau penyakit auto-immun serta pernah mengalami pra-eclampsia pada kandungan sebelumnya, semua ini berisiko untuk mendapat pra-eclampsia dan seterusnya sawan atau eclampsia.


Punca sebenar penyakit ini belum dikenal pasti sepenuhnya, tetapi ia berkaitan uri dan saluran darah pada uri kandungan.

Simptom awal sebelum berlakunya sawan ialah 

  • rasa loya, 
  • muntah, 
  • sakit kepala yang teruk, 
  • sakit perut dan 
  • penglihatan menjadi kabur.

Selepas itu, ia membabitkan otot sekeliling mulut ‘bergerak’ di luar kawal.


Diikuti anggota tangan dan kaki menjadi kejang untuk 15 hingga 20 saat disertai oleh sawan iaitu kaki dan tangan bergoyang secara rawak. Selain itu, mulut berbuih, bibir dan jari kebiruan disebabkan pesakit berhenti bernafas. Biasanya berlaku dalam satu minit. Akhirnya boleh mengakibatkan koma. 


Pencegahan awal amat penting bagi ibu mengandung, terutama yang mempunyai risiko mendapat pra-eclampsia. Ujian darah dan pemeriksaan klinikal dapat membantu mengenal pasti individu yang berisiko mendapat sawan ini. Pemeriksaan berkala tekanan darah penting untuk memastikan rawatan dimulakan awal dan tekanan darah dapat dikawal untuk mengelak sawan.

Satu-satunya rawatan utama jika berlaku sawan (eclampsia) atau pra-eclampsia yang menjadi semakin teruk ialah dengan melahirkan bayi berkenaan, sama ada melalui induksi kelahiran atau pembedahan. Ini kerana, punca utama berlakunya masalah berkenaan dipercayai pada uri janin dan bila uri itu dikeluarkan, risiko mendapat sawan tiada.


Namun ada juga kes di mana sawan masih boleh berlaku enam minggu selepas bersalin.

Adalah dinasihatkan ibu dalam pantang yang mempunyai simptom sakit kepala dan bengkak kaki segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.




WASPADA DENGAN DIABETES SEMASA KEHAMILAN


Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. 

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. 

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:

  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda. 

untuk bacaan lanjut pengalaman saya mengahadapi diabetes semasa hamil, sila ke link berikut di sini



KESIMPULAN :

Malangnya, ramai wanita yang hamil tidak mendapatkan bekalan nutrisi yang secukupnya kerana tidak mengetahui mereka terpaksa berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahim dan sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan. Jika kandungan kembar, maka lebih nutrisi diperlukan untuk ibu dan bayi-bayi dalam kandungan.

Pengambilan suplemen dan vitamin prenatal (hamil) sangat digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Ia juga memberikan kekuatan dan membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Ia juga membantu mengurangkan risiko kekurangan nutrisi di kalangan wanita yang mengalami loya, muntah dan tidak mempunyai selera untuk makan di awal kehamilan.

Antara suplemen yang penting bagi wanita hamil ialah zat besi (iron), kalsium, folic acid dan omega 3. Namun amalan pengambilan suplemen Prenatal Vitamin tidak pula bermakna seorang wanita hamil boleh meninggalkan pemakanan mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan air.

Cadangan terbaik adalah dengan pengambilan Suplemen Asas Kehamilan daripada Shaklee. Ianya Selamat, Halal dan Terbukti berkesan.


WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..