KERJA AMAL : SUMBANGAN BANTUAN KE RUMAH KANAK-KANAK TAMAN BAKTI
11:47 PM“ Aku (Muhammad SAW) dan pengasuh anak yatim kelak disyurga seperti dua jari ini (Rasulullah SAW menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan...
11:47 PM
“Aku (Muhammad SAW) dan pengasuh anak yatim kelak disyurga seperti dua jari ini (Rasulullah SAW menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya)”. (HR Bukhari)--------------------
Alhamdulillah, kelmarin saya diberi peluang untuk bertemu kanak-kanak Taman Bakti dalam program penyampaian sumbangan bahan bacaan dan permainan bagi mengisi Pusat Sumber yang baru mereka wujudkan di sana.
Program kami agak ringkas sebab dah petang. Walaupun ringkas tapi ianya sangat bermakna kerana kita jarang-jarang diberi peluang untuk bertemu kanak-kanak ini.
persediaan program - rajin anak-anak membantu |
ada persembahan ringkas bertajuk Alam Flora & Fauna.. comel je mereka |
lawatan ke bilik bayi dan kanak-kanak bawah 4 tahun.. |
Objektif Rumah Kanak-kanak Taman Bakti ini adalah untuk memberi jagaan gantian kepada kanak-kanak, menggalakkan pertumbuhan, perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam suasana kekeluargaan yang harmoni.
Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti bertujuan untuk mencegah juga mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang menyeluruh.
- Ibu bapa sedang menerima rawatan
- Terbiar dan ditinggalkan oleh ibu/bapa
- Ibu bapa dalam penjara/tahanan
- Terseksa/teraniaya seperti penderaan fizikal, mental, seksual atau emosi
- Memerlukan penjagaan kerana kemiskinan, pengabaian dan buang bayi
Namun begitu, mereka sangat-sangat memerlukan bantuan sukarelawan untuk mengajar anak-anak membaca dan mengulangkaji pelajaran termasuk sukarelawan yang sudi membantu mengasuh anak-anak pada hari-hari tertentu.
Ada anak-anak yang masih tidak dapat membaca dan sebagai persediaan untuk meningkatkan pendidikan mereka. Pendidikan kemahiran dan akademik adalah sangat penting kerana kanak-kanak ini akan meningkat dewasa dan satu masa perlu keluar dari taman tersebut.
Saya seru semua pembaca yang mana punyai kelapangan waktu, tenaga mahupun wang yang ingin memberikan sumbangan tak kira dalam apa jua bentuk
- Barang keperluan asas (baru / terpakai - asalkan masih elok) : pakaian, cadar,
- Pencucian diri, botol susu dan lain-lain
- Sukarelawan pendidikan (tuisyen & iqra)
- Sukarelawan pengasuh kanak-kanak & bayi
- Kewangan
Rumah Kanak-kanak Taman Bakti,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
Tel / Faks : +604 575 1214
email : rkktb@jkm.gov.my
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
Tel / Faks : +604 575 1214
email : rkktb@jkm.gov.my