Masalah kesihatan Ibu Selepas Bersalin
MASALAH KESIHATAN IBU SEMASA BERPANTANG
1:33 AM
Tidak dinafikan, tempoh berpantang merupakan tempoh yang amat kritikal bagi seorang ibu. Ibu bukan sahaja perlu menjaga kesihatan, malah ketika tempoh ini ibu sangat berisiko mengalami masalah-masalah kesihatan. Ada sesetengahnya boleh menyebabkan maut jika tidak dirawat dengan segera.
Antara masalah yang sering di hadapi oleh si ibu adalah :
DARAH NIFAS
Wanita yang baru bersalin akan mengalami turun darah nifas yang hampir sama
bentuknya dengan darah haid. Jangka waktu nifas lebih panjang daripada darah
haid; purata lebih kurang dua minggu. Jika nifas berpanjangan melebihi jangka
waktu ini, atau berlaku tumpah darah yang banyak mungkin ini menandakan
gangguan atau penyakit dalam rahim.
Saya sendiri melalui fasa nifas yang panjang hampir sebulan lebih lamanya semasa melahirkan. Oleh itu amat penting untuk si ibu mendapatkan makanan dan suplemen seperti Vitalea untuk mengembalikan kesihatan dan meningkatkan bekalan darah dalam badan.
TUMPAH DARAH
Tumpah darah selepas bersalin atau post-partum haemorrhage biasa berlaku sebaik
sahaja wanita melahirkan anak sama ada selepas uri dilahirkan ataupun sebelum
uri dilahirkan dan ia terlekat dalam rahim. Keadaan tumpah darah yang begini
amatlah berbahaya kerana biasanya ia berlaku dengan tidak semena-mena dan
pendarahan boleh berlaku dengan amat banyak sehingga boleh meragut nyawa ibu.
Tumpah darah ketika ataupun sebaik sahaja lepas bersalin masih menjadi punca
utama kematian ibu di Malaysia, khususnya ibu yang melahirkan anak di rumah.
Masalah ini juga kerap dialami oleh ibu yang telah banyak kali melahirkan anak.
Akibatnya rahim menjadi lemah dan tidak boleh kuncup dengan kuat untuk
mengelakkan kejadian tumpah darah.
Keadaan ini juga boleh berlaku di hospital atau di pusat-pusat kelahiran khususnya mereka yang mengalami kerumitan ketika melahirkan anak seperti kelahiran dengan cara forsep. Namun demikian jika ia berlaku di hospital atau pusat-pusat kelahiran, biasanya ia boleh diselamatkan kerana adanya kemudahan rawatan dalam bentuk tranfusi darah serta kakitangan yang boleh mengendalikannya.
Keadaan ini juga boleh berlaku di hospital atau di pusat-pusat kelahiran khususnya mereka yang mengalami kerumitan ketika melahirkan anak seperti kelahiran dengan cara forsep. Namun demikian jika ia berlaku di hospital atau pusat-pusat kelahiran, biasanya ia boleh diselamatkan kerana adanya kemudahan rawatan dalam bentuk tranfusi darah serta kakitangan yang boleh mengendalikannya.
Jika kelahiran berlaku di rumah ia sering mengakibatkan maut. Ibu yang
mengalami masalah seperti urinya terlekat dan tidak boleh dikeluarkan dalam
tempoh satu jam selepas bayi dilahirkan, akan mengalami masalah tumpah darah
yang banyak. Oleh itu jika uri tidak boleh dikeluarkan, segera ke hospital. Di sesetengah negeri di Malaysia ada satu pasukan ala
flying squad yang boleh dipanggil untuk mendapatkan rawatan cemas di rumah.
Tumpah darah selepas bersalin mungkin juga boleh berlaku dalam masa 48 jam selepas
bersalin atau bila-bila masa dalam seminggu selepas bersalin. Jika ia berlaku
dalam masa 48 jam walaupun uri telah dikeluarkan, ini mungkin menandakan
kuncupan rahim tidak begitu kuat ataupun sebahagian daripada uri atau selaput
bayi masih tertinggal dalam rahim. Pendarahan mungkin juga disebabkan oleh
jangkitan kuman dalam rahim. Setiap pendarahan yang berlaku dan melebihi had
biasa perlu mendapat perhatian doktor dan jika ia berlaku dengan banyaknya
pesakit perlu dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ini
boleh mengancam nyawa ibu.
Sebaiknya keadaan ini boleh dijauhkan dengan menentukan beberapa perkara:
Pertama:
Ketika bayi dan uri dilahirkan tentukan setiap sudut uri diperiksa.
Pemeriksaan ini untuk menentukan uri sempurna dilahirkan dan tiada bahagian,
cebisan atau sisa-sisa yang tertinggal dalam rahim.
Kedua:
Jauhkan daripada sakit beranak yang terlalu panjang dan berlarutan
(prolonged labour). Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan tumpah darah
berlaku. Bayi perlulah dilahirkan secara forsep atau pembedahan jika kesakitan
bersalin melebihi hadnya. Wanita yang mengalami tumpah darah itu perlulah
diberi tranfusi darah ataupun apa sahaja cecair yang sesuai dan mudah terdapat
pada ketika itu jika darah tidak boleh didapati.
Juga tentukan rahim itu
kuncup. Jika ia tidak kuncup, suntikan ubat ergometrine akan diberikan untuk
menentukan rahim kuncup untuk menahan pendarahan. Pesakit ini perlu menjalani
pembedahan kecil untuk membersihkan sisa-sisa uri atau selaput bayi yang
mungkin tertinggal dalam rahim. Proses yang digelar evacuation of the uterus
ini perlu dilakukan di bilik bedah.
JANGKITAN KUMAN PADA PUNDI KENCING
Salah satu masalah yang kerap dialami oleh ibu selepas bersalin ialah
jangkitan kuman pada pundi air kencing. Masalah ini juga sering dialami oleh ibu hamil kerana aliran air kencing menjadi perlahan dan bertakung akibat
rahim yang membesar. Ketika proses kelahiran berlaku, pundi air kencing menjadi
sasaran menyebabkan ia tertekan, terhimpit dan kadangkala tercedera.
Doktor perlu memasukkan alat catheter untuk mengeluarkan air kencing yang
mungkin bertakung oleh sebab proses kelahiran. Ini boleh menyebabkan jangkitan
kuman. Apabila jangkitan kuman berlaku, wanita itu kerap membuang air kecil
tetapi sedikit-sedikit dan terasa sakit atau pedih. Jika tanda-tanda ini
berlaku, perlulah perhatian doktor. Air kencing perlu diperiksa untuk
menentukan sama ada rawatannya hanyalah dengan memakan ubat antibiotik selama
lima hari atau seminggu.
JANGKITAN KUMAN PADA LUKA BERSALIN
Selain daripada pundi air kencing, jangkitan kuman juga boleh berlaku pada luka
di bahagian kemaluan, luka oleh sebab pembedahan sesarean dan luka pada rahim
iaitu luka yang berlaku apabila uri dilahirkan. Jagaan dan kebersihan pada
tempat-tempat yang luka sangat penting untuk menjauhkan jangkitan kuman.
Penting bagi sesorang ibu meningkatkan sistem pertahanan diri supaya serangan kuman
dapat dielakkan. Ini boleh dicapai melalui pemakanan yang seimbang kandungan
zatnya.
Pengambilan pil vitamin perlu diteruskan supaya tahap kesihatan dapat
ditingkatkan dan seterusnya boleh mengelakkan serangan kuman.
Luka pembedahan cesarean boleh dijangkiti kuman menyebabkan takungan nanah atau
abcess. Biasanya sakit berdenyut-denyut pada luka menjadikannya
merah. Takungan nanah ini perlu dibedah untuk mengeluarkan nanah.
Rawatan
secara dressing akan dilakukan setiap hari di samping ubat antibiotik untuk
dimakan. Luka episiotomi juga boleh menimbulkan masalah jika jahitannya terbuka
sebelum sembuh. Keadaan ini digelar breakdown. Kejadian ini biasanya disebabkan
oleh jangkitan kuman atau takungan nanah pada luka.
Jika ini berlaku pembedahan kecil perlu dilakukan untuk setiap hari. Masalah
pada luka ini jika tidak dirawat dengan betul boleh menimbulkan masalah jangka
panjang seperti terasa sakit ketika mengadakan hubungan kelamin. Oleh itu,
setiap ibu perlulah menjaga kebersihan serta menjauhkan masalah jangkitan
kuman pada luka di kemaluan.
Jangkitan kuman pada rahim juga boleh berlaku. Tanda-tanda bagi jangkitan kuman
pada rahim ialah demam panas, sakit perut dan lendir yang berbau.
LENDIRAN DALAM FARAJ
Ini biasanya bercampur darah nifas. Masalah tumpah darah juga mungkin berlaku
akibat jangkitan kuman. Rawatan yang khususnya ialah dengan makan ubat
antibiotik. Jika ada sisa-sisa uri atau selaput bayi tertinggal dalam rahim,
ini memerlukan pembersihan secara D&C yang dilakukan di hospital.
PEMBENGKAKAN PADA PAYU DARA
Ini adalah masalah yang kerap terjadi kepada ibu selepas bersalin.
Pertama, bengkak buah dada atau breast engorgement. Ini biasanya disebabkan oleh saluran susu pada puting susu tersekat. Untuk menjauhkan masalah ini penting bagi setiap bakal ibu membersihkan puting buah dada dengan air bersih. Urutlah buah dada ke arah puting untuk memudahkan aliran susu.
Jika buah dada selalu diurut, nescaya masalah saluran puting susu tersumbat boleh diatasi. Bengkak buah dada biasanya kerap berlaku di kalangan ibu yang tidak menyusukan anaknya.
Pertama, bengkak buah dada atau breast engorgement. Ini biasanya disebabkan oleh saluran susu pada puting susu tersekat. Untuk menjauhkan masalah ini penting bagi setiap bakal ibu membersihkan puting buah dada dengan air bersih. Urutlah buah dada ke arah puting untuk memudahkan aliran susu.
Jika buah dada selalu diurut, nescaya masalah saluran puting susu tersumbat boleh diatasi. Bengkak buah dada biasanya kerap berlaku di kalangan ibu yang tidak menyusukan anaknya.
Sebaiknya setiap ibu patut menyusukan bayinya dengan susu sendiri kerana
khasiat makanan yang terkandung di dalamnya. Susu ibu sudah tersedia dan apa
yang lebih pentingnya penyusuan ibu dapat merapatkan hubungan emosi antara bayi
dan ibu.
Bagi ibu yang telah membuat keputusan tidak akan menyusukan anaknya, masalah bengkak buah dada boleh diatasi dengan memakan ubat yang khusus untuk menyekat pengeluaran susu. Ubat ini mengandungi hormon estrogen yang dimakan lebih kurang lima hari. Ubat terbaru di pasaran untuk menyekat pengeluaran susu dan mencegah bengkak dan sakit buah dada ialah Bromocryptine yang dimakan selama beberapa hari.
Bagi ibu yang telah membuat keputusan tidak akan menyusukan anaknya, masalah bengkak buah dada boleh diatasi dengan memakan ubat yang khusus untuk menyekat pengeluaran susu. Ubat ini mengandungi hormon estrogen yang dimakan lebih kurang lima hari. Ubat terbaru di pasaran untuk menyekat pengeluaran susu dan mencegah bengkak dan sakit buah dada ialah Bromocryptine yang dimakan selama beberapa hari.
Bengkak buah dada boleh menimbulkan masalah jangkitan kuman, mengakibatkan
mastitis. Ini menyebabkan rasa sakit serta demam panas. Bagi mengawal keadaan
ini, perlulah ibu berjumpa doktor yang kemudiannya akan memberi ubat antibiotik
dan juga penawar sakit. Masalah jangkitan kuman pada buah dada boleh berlarutan
menimbulkan masalah nanah atau abcess. Jika keadaan ini berlaku satu pembedahan
kecil perlu dilakukan di hospital untuk mengeluarkan nanah itu.
Ubat antibiotik, penawar sakit dan juga hormon untuk menyekat pengeluaran susu
akan diberikan bagi merawat abcess ini. Jemput baca lanjut di sini untuk tip dan petua atasi bengkak susu
Amalan menyusukan bayi dengan susu sendiri boleh mengatasi masalah di atas. Di samping itu, kajian telah menunjukkan penyusuan ibu
mungkin boleh menghindarkan atau mengurangkan risiko penyakit kanser buah dada. Penyusuan juga dikehendaki oleh agama Islam
seperti yang ternyata dalam Surah al-Baqarah 233 yang bermaksud bahawa ibu
patut menyusukan bayinya sehingga dua tahun.
MASALAH EMOSI : 'BABY BLUES' / MEROYAN
Dalam masa pantang, sesetengah ibu yang baru melahirkan anak kerap mengalami
tekanan jiwa dan emosi atau boleh juga dipanggil meroyan. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan
berterusan hingga melahirkan anak. Ketika pantang pula ibu perlu memberi jagaan
yang rapi kepada bayinya.
Tekanan fizikal dan mental mempunyai kesan yang kuat terhadap jiwa dan emosi
ibu. Akibat tekanan darah ini segolongan ibu mengalami masalah kemurungan
(depression) atau ada yang lebih teruk lagi mengalami masalah sakit jiwa
(pueperal psychosis).
Dalam keadaan yang amat menekan jiwa ada segelintir ibu yang cuba membunuh diri. Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dijauhi jika sokongan dan nasihat yang sewajarnya dapat diberikan oleh orang yang penting dalam hidupnya seperti suami.
Dalam keadaan yang amat menekan jiwa ada segelintir ibu yang cuba membunuh diri. Tekanan jiwa dan emosi ini boleh dijauhi jika sokongan dan nasihat yang sewajarnya dapat diberikan oleh orang yang penting dalam hidupnya seperti suami.
Si isteri sepatutnya diberi bantuan, bukan sahaja bantuan fizikal dari segi
jagaan terhadap isteri dan bayi yang baru lahir, tetapi juga sokongan moral.
Saudara mara khususnya ibu wanita itu boleh juga membantu mengatasi masalahnya.
Jika ada tanda-tanda ibu itu mengalami kesedihan atau sakit jiwa, penting bagi
suaminya membawa isterinya berjumpa doktor atau pakar sakit jiwa supaya keadaan
ini tidak akan berlarutan sehingga menimbulkan pueperal psychosis yang boleh
membahayakan nyawa.
Pada masa ini, lingkungan keluarga menjadi semakin kecil. Sokongan moral dari saudara-mara makin berkurangan dan ini adalah salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ramai wanita mengalami masalah emosi dan jiwa selepas bersalin. Sebaiknya hidup secara tradisi dengan mengamalkan keluarga luas atau extended family patut diteruskan supaya ibu yang baru bersalin dapat menghindarkan gejala-gejala emosi dan jiwa.
Pada masa ini, lingkungan keluarga menjadi semakin kecil. Sokongan moral dari saudara-mara makin berkurangan dan ini adalah salah satu faktor yang boleh mengakibatkan ramai wanita mengalami masalah emosi dan jiwa selepas bersalin. Sebaiknya hidup secara tradisi dengan mengamalkan keluarga luas atau extended family patut diteruskan supaya ibu yang baru bersalin dapat menghindarkan gejala-gejala emosi dan jiwa.
SAWAN / ECLAMPSIA
Risiko Sawan boleh berlaku kepada ibu dalam tempoh enam minggu selepas bersalin. Jika ibu berpantang mempunyai simpton sakit kepala yang kuat, loya, muntah-muntah, pandangan menjadi kabur atau kaki yang membengkak, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
risiko
sawan juga berlaku kepada ibu dalam tempoh enam minggu selepas
bersalin. - See more at:
http://www.bersalinmenyusu.com/2014/12/waspada-dengan-sawan-mengandung-pre.html#sthash.46QA4doq.
risiko
sawan juga berlaku kepada ibu dalam tempoh enam minggu selepas
bersalin. - See more at:
http://www.bersalinmenyusu.com/2014/12/waspada-dengan-sawan-mengandung-pre.html#sthash.46QA4doq.dpuf
risiko
sawan juga berlaku kepada ibu dalam tempoh enam minggu selepas
bersalin. - See more at:
http://www.bersalinmenyusu.com/2014/12/waspada-dengan-sawan-mengandung-pre.html#sthash.46QA4doq.dpu
KESIMPULAN :
Setiap masalah hendaklah segera mendapatkan rawatan. Sokongan suami dan ahli keluarga amatlah diperlukan ketika ibu menjalani tempoh berpantang. Moga Ibu-ibu selamat menjalani tempoh berpantang dengan tenang dan didoakan moga kesihatan kalian bertambah baik hendaknya.
Ok setakat ini sahaja untuk kali ini. Nantikan kupasan topik-topik selanjutnya pada entry akan datang.
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat dan berguna untuk semua, jemputlah 'like' dan 'share' entry ini
PROMOSI MEI 2015:
* Keahlian Shaklee seumur hidup percuma
* Bonus ahli
* Pembelian pada harga jimat (percuma 1)
* Vitalea Dewasa bernilai RM94.00* Konsultansi pemakanan suplemen percuma & berterusan
* Bimbingan dan tunjuk ajar (bisnes shaklee)
* Jemputan ke Secret Group BondaMiza dan MFMS The Most Happening Shaklee Team In Malaysia
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.. Pembelian twin pack pada diskaun 5% pun ada.. memang berbaloi :D
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.
'Be Simply Healthy'
Bonda Miza
Lain-lain bahan bacaan berkaitan :
Kenali punca-punca penyebab pembedahan caesarean di sini
Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini
Jemput baca kaedah penyimpanan susu ibu di sini
Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
Tip atasi bengkak susu di sini
Tip meningkatkan kesuburan suami isteri di sini
Dapatkan juga Ebook yang saya hadiahkan secara percuma kepada pembaca blog Bonda Miza dan BersalinMenyusu.com
Ebook yang sarat dengan tip-tip perniagaan dan motivasi “Sorry Boss!!! Saya Terpaksa Berhenti Kerja”
eBuku mengenai rahsia seorang engineer yang dalam tempoh 9 bulan sahaja mampu buat sales RM1JUTA. Melalui online marketing, beliau mampu buat sales yang begitu banyak.. Yang bestnya, tanpa sebarang kos iklan!.. hebatkan?
Edisi terbaru ebuku ini telah dimuatturun oleh lebih 5000 pembaca dalam tempoh yang singkat, baru sahaja dilancarkan pada awal Julai.. dapatkan sementara masih percuma.
Edisi terbaru ebuku ini telah dimuatturun oleh lebih 5000 pembaca dalam tempoh yang singkat, baru sahaja dilancarkan pada awal Julai.. dapatkan sementara masih percuma.
Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. amin
1 comments
wah memang terbaik set berpantang shaklee
ReplyDeletejika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.
salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D