SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

11 PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN

Assalamualaikum, salam sejahtera..  Ramai ibu runsing apabila susu badan mula berkurang, atau mungkin dirasa tak mencukupi untuk bayi ...






Assalamualaikum, salam sejahtera.. 

Ramai ibu runsing apabila susu badan mula berkurang, atau mungkin dirasa tak mencukupi untuk bayi kita minum.. Baiklah di sini saya nak kongsikan 11 petua bagaimana nak banyakkan susu badan. Cuba dulu, insyallah berkesan.




PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN 1 : 
BERIKAN SUSU BADAN LANGSUNG DARI IBU, BUKAN SUSU FORMULA


Petua ini memang terbukti berkesan. Tahu tak, otak kita merangsang penghasilan susu. Jadi jika bayi meminum secara langsung dari badan, maka signal akan dihantar ke otak ibu untuk merangsang payu dara kita menghasilkan lebih susu. 

Tip: Susu yang dihasilkan adalah berdasarkan konsep permintaan dan penawaran. Selagi bayi menyusu langsung dari badan walaupun pada sebelah malam, bagi ibu bekerja.. insyallah susu akan ada. 

Buat ibu bekerja, make sure anda mengepam payu dara sehingga kosong pada waktu bekerja, agar signal di otak kita memberi isyarat kepada payu dara untuk sentiasa menghasilkan lebih susu. 


PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN 2 : 
BERIKAN HANYA SUSU BADAN 


Campuran susu formula pada awal kelahiran akan  menyebabkan permintaan kepada susu ibu menjadi kurang. Bayi akan cepat kenyang dan lebih tidak mahu menerima rasa susu yang berbeza. 

Jika ibu benar-benar ingin menyusu secara ekslusif paling singkat dalam tempoh 6 bulan pertama, dinasihatkan tidak memberikan susu formula kepada bayi anda. Teruskanlah penyusuan sehingga bayi anda berusia 2 tahun. 

Ketahuilah susu ibu adalah susu yang terbaik di alam semesta ini. 



PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN 3 : 
BERI MINUM AWAL DAN KERAP

Jangan biarkan bayi anda kelaparan, seeloknya, berilah bayi minum pada awal waktu dia menunjukkan signal bahawa dia inginkan susu. Kerapkan penyusuan. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu badan dihasilkan.

Susu yang berlebihan, boleh lah dipam dan disimpan dalam pei sejuk untuk kegunaan masa depan. (jika ibu bekerja, pastikan anda mempunyai stok susu yang mencukupi kelak)


PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN 4 : 
JIKA BAYI TIDAK MENELAN, BERMAKNA DIA TIDAK MENYUSU DENGAN BETUL. PASTIKAN BAYI MEMBUKA MULUTNYA DENGAN LUAS SEMASA INGIN MENYUSU

Setiap kali penyusuan, ibu pastikan memerhati corak penyusuan bayi. Jika dia tidak menelan, mungkin lekapan pada payu dara ibu tidak betul, atau bayi tidak pandai menghisap. Jadi perhatikan bayi anda.

Jika dia tidak menelan dengan betul, cepatlah merujuk kepada doktor untuk langkah selanjutnya.


PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN 5 : 
TIDAK MEMBERIKAN SUSU MELALUI BOTOL DAN PUTING TIRUAN

jika kita menyusukan bayi menggunakan botol susu, semakin lama, susu kita akan berkurang. kenapa? kerana tiadanya hubungan langsung penyusuan dari badan. Oleh itu signal akan menghantar ke otak yang "bayi" tidak memerlukan susu. 

Pengunaan botol mengundang kepada masalah keliru puting. bayi akan menjadi "keliru puting"  kerana menyangka puting tiruan adalah puting susu ibunya. Pengunaan puting tiruan, menyebabkan bayi menghisap susu dengan cepat. Oleh itu bayi akan mengelak untuk minum secara langsung dari badan ibu kerana dia perlu menghisap berulang kali untuk mendapatkan susu ibu. 

biasanya bayi akan menjadi 'malas' dengan penyusuan langsung dai badan ibu. perkara ini akan mengundang kekecewaan dari pihak ibu jika ingin bayi anda menyusu secara ekselusif. 

tip : gunakan sudu, atau botol yang mempunyai puting sudu atau stringe bagi menyusukan bayi semasa ketiadaan kita. Ini akan mengurangkan risiko bayi keliru puting. 

Selain itu, kerjasama daripada pihak pengasuh adalah sangat penting, supaya menyusukan bayi anda dengan cara di atas. 


PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN 6 : 
KERAP BERSAMA BAYI & TIDUR BERSAMA BAYI 

Tidur dengan bayi akan memudahkan penyusuan badan. Anda boleh menyusukan bayi pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, ini akan membantu mengurangkan rasa letih ibu dan juga memastikan bayi rasa lebih selamat.


PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN 7 : 
MENYUSU CARA BERBARING

Menyusu dalam posisi baring membantu ibu mengurangkan rasa letih dan posisi baring membuatkan bayi dan ibu menjadi lebih relax. Postur badan ibu juga terjaga.  


PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN 8 : 
PERHATIAN CORAK PENYUSUAN, BUKAN JAM MENYUSU

Bayi perlu diberi minum apabila bayi tersebut lapar paling kurang dalam tempoh 2 jam. Setiap 2 jam bagi kebanyakkan bayi akan menyusu semula.

Tetapi itu bukanlah bermakna anda hanya perlu menyusukan bayi pada setiap 2 jam. Adakalanya bayi cepat lapar, dan ingin menyusu, jadi perhatikan corak penyusuan bukan jam penyusuan. 

tip : 

Perut bayi adalah kecil. Jadi dia tidak dapat bertahan lama, Selalunya bayi akan minum beberapa kali dalam tempoh 2 jam tersebut.  Perut bayi juga boleh mengembang sehingga 50% dari saiz perutnya ketika sedang menyusu. Jangan risau jika bayi asyik-asyik nak minum susu.. heheh, memang begitulah adatnya..


PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN 9 : 
KERAP BERSAMA BAYI

Kerap bersama bayi akan mengukuhkan ikatan antara ibu dan anak. Bayi yang kerap dibelai dan sentiasa ibu akan lebih tenang dan tidak memberontak. 

Bayi juga akan kurang merenggek dan tidur dengan lebih lena. Bayi yang kerap bersama ibu akan lebih cepat membesar. 


PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN 10 : 

MINUM BANYAK AIR

Pastikan pengambilan air putih 3 Liter sehari bagi membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ibu menyusu memerlukan banyak air. Hampir separuh keperluan air dalam badan ibu akan disalurkan kepada bayi. Oleh itu kekurangan air, akan  menyebabkan penghasilan susu ibu merudum. jangan lupa minumlah air kosong, air susu atau jus buah. Ibu perlu mengelakkan air berkarbonat dan berkafein tinggi.  


PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN 11 : 
DAPATKAN BANTUAN SUPLEMEN PENYUSUAN 

Sebagai ibu yang menyusu, anda perlukan pastikan badan anda menerima khasiat yang mencukupi. Seroang ibu yang menyusu, perlu memastikan kalsium yang diambil tidak kurang dari 1000mg sehari. kekurangan kalsium dalam jangka masa yang panjang boleh mengundang masalah sakit sendi dan tulang. Pastikan ibu mengambil multivitamin (Vitalea)Vitamin C dan B Complex untuk mengembalikan kesihatan, imunisasi dan tenaga. Apabila ibu sihat, susu yang dihasilkan juga sangat berkualiti. 

Tip : 
Ibu yang sihat menghasilkan susu yang lebih pekat dan bayi akan lebih kenyang. Pengambilan Omega dan kalsium sangat penting pada waktu penyusuan.  Apa yang ibu ambil akan sampai kepada bayinya melalui susu. Jadi pastikan anda mengamalkan suplemen penyusuan dan pemakanan sihat yea.

Anda boleh mencuba suplemen penyusuan Shaklee. Sangat baik sekali, susu bukan sahaja lebih pekat dan banyak, malah badan ibu juga lebih cergas bertenaga.



KESIMPULAN : CEKAL DAN TERUSKAN PENYUSUAN BADAN

Jangan mudah berputus asa. Itulah perkataan yang paling tepat. Sekiranya anda mencuba dan terus mencuba, insyaAllah, bekalan susu anda mencukupi buat bayi. 

Saya mendoakan kejayaan anda menyusukan bayi secara ekselusif dan insyallah sehingga 2 tahun. Selamat Berjaya!

itu sahaja tip saya hari ni :D

Moga bermanfaat

feel free to share. Semoga bermanfaat.

'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza'



INGIN DAPATKAN SET KEHAMILAN, BERSALIN ATAU MENYUSU SHAKLEE PADA HARGA ISTIMEWA? - HUBUNGI SAYA

Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Millionaire"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034 
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com




You Might Also Like

8 comments

  1. petua yang sangat berguna dan perlu direfresh selalu.

    ReplyDelete
  2. susu ibu adalah yang terbaik..

    ReplyDelete
  3. Artikel yang baik. Saya ada tips tambahan untuk banyakkan susu. Ni dari pengalaman sebenar. Amalkan makan yg cukup dan perbanyakkan makan sayur hijau. Minum susu dan banyakkan minum air masak. Kebanyakkan org perempuan ni suka ambil jamu yg panas utk badan. Jadi ia mungkin boleh dijadikan faktor susu badan cepat kering. Seeloknya dlm pantang lagi kita minum air byk tapi secara sikit-sikit dan kerap. Memang org tua tak bagi kita minum air byk time dlm pantang tapi kita terpaksa juga kan.. Sebab kalau dah mkn jamu panas badan kita akan rasa kekurangan air

    ReplyDelete
    Replies

    1. Ya betul tu pn.azriza, selain tip2 di atas. Pemakanan sihat dan minum air yg cukup adalah penting. Terima kasih atas tambahan info yang bermanfaat.

      Delete
  4. Menyusu bayi secara esklusif ni memerlukan kesabaran dan ketabahan juga..

    ReplyDelete

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..