SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

WASPADA SAWAN MENGANDUNG (PRE ECLAMPSIA)

Assalamualaikum... Hari ni Bonda nak kongsi pengalaman seorang sahabat :  Jumaat yang lalu, saya bertemu sahabat baru semasa servis ...

Assalamualaikum...

Hari ni Bonda nak kongsi pengalaman seorang sahabat : 
Jumaat yang lalu, saya bertemu sahabat baru semasa servis kereta, sementara menunggu, saya berbual dengan seorang makcik.. terkeluar cerita mengenail sawan atau pre eclampsia semasa saya ajukan soalan mengenai bayi (cucunya) yang dikendong beliau.. panjang lebar cerita makcik Siti itu... 

"Sawan menyerang anaknya setelah kelahiran, walaupun dalam keadaan bersalin normal.. sejurus selepas bersalin, belum sempat keluar dari dewan bersalin pun lagi, tiba-tiba anak makcik Siti mengalami kekejangan dan terus diserang sawan.. mulutnya berbuih-buih.. 
Herm, bagaimana sawan ini boleh berlaku sedangkan anaknya tidak pernah mengalami apa-apa masalah kesihatan sepanjang kehamilannya"  
- Namun mungkin berlaku disebabkan oleh kerana anaknya tidak sempat mengambil dos ke dua vaksin kancing gigi yang sepatutnya di ambil oleh setiap ibu yang mengandung... mungkinkah?" 
Alhamdulillah, doktor sempat menyelamatkan anak makcik Siti..

APA ITU SAWAN?

Sawan bukan hanya boleh berlaku kepada orang biasa, tetapi juga ibu mengandung. Namun bagi ibu mengandung, gelaran ‘sawan’ itu berbeza dan ia di panggil ‘eclampsia’.


Selain tekanan darah tinggi, wujud kandungan protein dalam air kencing yang menjadi petanda awal eclampsia. Pra-eclampsia membabitkan enam hingga lapan peratus daripada semua ibu mengandung.

Ia berlaku seawal usia kandungan melebihi 20 minggu dan biasanya dikesan ketika kandungan berusia 32 minggu atau lapan bulan. Ia sering membabitkan ibu yang mengandung kali pertama.

Bagi ibu mengandung yang sememangnya mempunyai sejarah darah tinggi, kencing manis, buah pinggang atau penyakit auto-immun serta pernah mengalami pra-eclampsia pada kandungan sebelumnya, semua ini berisiko untuk mendapat pra-eclampsia dan seterusnya sawan atau eclampsia.


Punca sebenar penyakit ini belum dikenal pasti sepenuhnya, tetapi ia berkaitan uri dan saluran darah pada uri kandungan.

Simptom awal sebelum berlakunya sawan ialah 
  • rasa loya, 
  • muntah, 
  • sakit kepala yang teruk, 
  • sakit perut dan 
  • penglihatan menjadi kabur.



Selepas itu, ia membabitkan otot sekeliling mulut ‘bergerak’ di luar kawal. Diikuti anggota tangan dan kaki menjadi kejang untuk 15 hingga 20 saat disertai oleh sawan iaitu kaki dan tangan bergoyang secara rawak. 

Selain itu, mulut berbuih, bibir dan jari kebiruan disebabkan pesakit berhenti bernafas. Biasanya berlaku dalam satu minit. Akhirnya boleh mengakibatkan koma. 

Pencegahan awal amat penting bagi ibu mengandung, terutama yang mempunyai risiko mendapat pra-eclampsia. Ujian darah dan pemeriksaan klinikal dapat membantu mengenal pasti individu yang berisiko mendapat sawan ini. Pemeriksaan berkala tekanan darah penting untuk memastikan rawatan dimulakan awal dan tekanan darah dapat dikawal untuk mengelak sawan.

Satu-satunya rawatan utama jika berlaku sawan yang menjadi semakin teruk ialah dengan melahirkan bayi berkenaan, sama ada melalui induksi kelahiran atau pembedahan. Ini kerana, punca utama masalah berkenaan dipercayai pada uri janin dan bila uri itu dikeluarkan risiko mendapat sawan tiada.

Namun ada juga kes, risiko sawan juga berlaku kepada ibu dalam tempoh enam minggu selepas bersalin.

Adalah dinasihatkan ibu dalam berpantang yang mempunyai simptom sakit kepala berterusan dan kuat dan mengalami kebengkakan kaki segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

apa yang saya kongsikan ini semuanya sedikit sebanyak daripada pengalam saya sendiri dan juga pengalaman kawan-kawan. Rasa berdosa jika saya tidak berkongsi maklumat yang amat penting ini dengan semua ibu diluar sana. 

Semoga ilmu yang disampaikan memberi 1001 manfaat buat semua. Jika anda rasa ianya menfaat dan wajib diketahui oleh semua ibu, jemputlah 'share' entry ini.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di bersalinmenyusu.com


      'Be Simply Healthy'
~Master To Be : Bonda Miza~


Jemput baca lain-lain bahan bacaan penting :

Tip Ibu hamil di sini
Penjagaan selepas bersalin di sini
Kenali punca-punca penyebab pembedahan caesarean di sini
Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini
Jemput baca kaedah penyimpanan susu ibu di sini  
Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
Tip atasi bengkak susu di sini 
Tip meningkatkan kesuburan suami isteri di sini


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?  

 Hubungi saya (Bonda Miza) untuk:
 FREE CONSULTATION, AFFORDABLE PRICE &
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


You Might Also Like

0 comments

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..