Bayi & Kanak-kanak
Penjagaan selepas bersalin
TEKNIK HILANGKAN KAHAK BAYI
7:11 PM
Assalamualaikum, saya doakan semua pembaca blog bonda dilimpahi rahmat hendaknya.
Tadi ada posting di facebook, bertanyakan bagaimana nak keluarkan kahak pada bayi. Memandangkan bayinya masih kecil 39 hari macam tu. Jadi teknik di bawah sesuai dibuat kepada bayi.
Jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan biasanya di rumah kita jarang mempunyai mesin penyedut hingus.
Cara yang paling mudah kita boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion.
Selain menepuk, kita juga boleh lakukan bersama-sama teknik mengewap.
Caranya :
Ambil 2 ke 3 ulas bawang putih (diketuk), sebiji lemon, dan air suam panas, perahkan lemon dalam bekas. (jika ada minyak bawang putih lebih elok)
Caranya :
Ambil 2 ke 3 ulas bawang putih (diketuk), sebiji lemon, dan air suam panas, perahkan lemon dalam bekas. (jika ada minyak bawang putih lebih elok)
Pastikan anak kita diwapkan dengan air tadi dalam 10 ke 15 minit. Jangan panas sangat ya, nanti melecur pula muka bayi itu terkena wap.
Pastikan jarak anak dan bekas panas tadi selamat, supaya tidak berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini.
sumber : google |
Selepas selesai mengewap, kita bolehlah menepuk bayi.
Caranya :
Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut bayi, bantal jangan terlalu tebal. Pastikan muka bayi tidak ditutup oleh bantal. Condongkan sedikit bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
Bentukkan tapak tangan kita seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
sumber : google |
Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula.
Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah.
Jika bayi tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis .
Amaran Keras : Tepukan mestilah dengan cara tepukan yang betul, dan jangan terlalu kuat. (Cara yang tidak betul akan menyakitkan bayi anda)
Proses ini sebenarnya tidak menyakitkan jika dibuat dengan betul, ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.
Itu sahaja perkongsian hari ni..
Nota : pastikan bayi kita diletakkan dalam bilik yang bersuhu sederhana sejuk. Jika terlalu sejuk, pakaikan bayi anak pakaian yang tebal dan sesuai. Jauhkan daripada orang lain yang mengalami selesema atau pun batuk. Jangan benarkan anak anda dicium / disentuh secara dekat oleh orang yang dijangkiti selesema.
Mandikan anak dengan air suam dan jangan lupa sapukan minyak telon / minyak yang sesuai untuk bayi anda yea.
Buat ibu yang menyusu penuh, jaga kesihatan sebaiknya ya. Boleh amalkan suplemen bawang putih dan vitamin C untuk meningkatkan imunisasi badan anda.
Mudah-mudahan ia mampu untuk memberi motivasi kepada kita semua agar lebih berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat. amin
feel free to share. Semoga bermanfaat.
'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza
Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Millionaire"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com
BACAAN LAIN:
Rahsia susu ibu meriah
Testimoni Set Menyusu dan ESP Shaklee
Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini
Jemput baca khasiat ESP untuk penyusuan ibu di sini
Jemput baca kaedah penyimpanan susu ibu di sini
Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
0 comments
jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.
salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D