PANDUAN BERSALIN NORMAL
2:16 AMSalam semua pembaca yang dikasihi. Alhamdulillah, sudah masuk tahun baru pun kita.. Salam Maal Hijrah yea. Baiklah sebagaimana perm...
2:16 AM
Salam semua pembaca yang dikasihi.
Alhamdulillah, sudah masuk tahun baru pun kita.. Salam Maal Hijrah
yea. Baiklah sebagaimana permulaan tahun baru ini, begitu jugalah episod hidup
kita bermula. Dimulai dengan fasa kandungan seterusnya melahirkan
dan membesar seterusnya kematian.
Topik hari ni yang bakal kita berkongsi adalah Bersalin Normal dan
Bersalin Pembedahan (Ceasarean). Semua ada kaedah yang berbeza. Baiklah, buat
ibu yang bakal melahirkan, moga panduan Kelahiran normal dan Ceasarean di bawah
digunakan sebagai persediaan kelak. Baiklah :D
APA ITU BERSALIN NORMAL?
Bersalin normal adalah
proses kelahiran bayi melalui vagina ibu. Bersalin normal biasanya dimulai
dengan kontraksi pada uterus dan menyebabkan perubahan pada serviks (membuka
dan menipis).
Sakitnya bersalin juga
pelbagai, ada yang bermula dengan turunnya tanda, atau pecahnya ketumban, atau
juga rasa senak yang berulang-ulang. Setiap Ibu akan mempunyai pengalaman yang
berbeza pada setiap kelahiran.
Wanita hamil kali
pertama mungkin mengambil masa sehingga 13 jam untuk bersalin berbanding lebih
kurang 8 jam untuk wanita yang pernah bersalin. Kalau dah banyak kali bersalin,
maka insyaAllah akan lebih mudah prosesnya.
PROSES KELAHIRAN BOLEH DIBAHAGI KEPADA
TIGA (3) FASA:
Dalam apa
juga proses kelahiran normal, semuanya akan perlu melalui 3 fasa ini :
Sebagai
persediaan, setelah turunnya tanda, biasanya ibu akan mula melalui fasa 1
kelahiran. Ketika ini ibu harus bersedia dengan perkara-perkara berikut :
* Menyediakan persalinan ibu dan bayi termasuk tuala, selimut, stokin
* Kad merah
* Minyak panas / telon
* Makan dan minum
(untuk memberikan tenaga secukupnya semasa melahirkan)
*Mandi (jika sempat)
Bersegeralah ke hospital.
Fasa Pertama Kelahiran :
- Kelahiran
bermula dengan mulanya fasa pertama proses kelahiran
- Rahim
akan mengecut setiap 10-30 minit pada mulanya dan pengecutan berlaku untuk
jangka masa 40 saat
- Kadar
pengecutan rahim akan meningkat perlahan-lahan setiap 2 minit
- Setiap
kali rahim mengecut, pangkal rahim akan membuka sehingga mencapai 10cm
atau 4 inci lebar
- Biasanya
pangkal rahim diselaputi lapisan mukus yang menolong mencegah jangkitan.
Lapisan tersebut akan dikeluarkan sebelum proses kelahiran bermula.
- Ini
boleh diikuti dengan pecahnya selaput air ketuban ("water bag
membrane").
Pada fasa ini ada yang mengambil masa yang panjang, maka digalakkan ibu untuk
makan dan tidur secukupnya bagi mengumpul tenaga untuk melalui proses melahirkan anak kelak.
Dinasihatkan juga buat ibu-ibu beragama Islam. Sekiranya keadaan anda mengizinkan untuk bersolat, maka janganlah ditinggalkan solat tersebut. Anda masih mempunyai ruang untuk bersolat walaupun di hospital. Mintalah bantuan jururawat dan pasangan anda.
Jika sakit berterusan, ibu haruslah
bersabar. Banyakkan berzikir atau berselawat. Mohon Allah permudahkan urusan
melahirkan kelak. Bagi ibu yang tidak dapat menahan sakit yang kuat, biasanya doktor akan menasihatkan suntikan epidural diberikan.
Fasa Kedua Kelahiran :
Biasanya
apabila bukaan telah mencapai 5 sentimeter dan ke atas, maka proses melahirkan boleh
berlaku pada bila-bila masa sahaja. Bersedialah wahai ibu. Anda akan menjadi ibu. Dalam fasa kedua ini,
- Bayi /
janin akan dikeluarkan dari rahim melalui vagina. Ianya berlaku apabila otot
rahim (uterus) dan abdomen mengecut dengan kuat dan menolak bayi/ janin keluar.
- Biasanya
bagi kelahiran normal, kepala bayi dilahirkan dahulu, dan kemudian diikuti
dengan bahagian badan bayi.
- Selepas
dilahirkan, tali pusat bayi yang menghubungkan bayi kepada uri akan
dikapit dan dipotong.
Sekiranya bayi berkedudukan songsang, bahagian
punggungnya akan dikeluarkan dahulu. Dalam keadaan ini kaki bayi akan terlipat
ke atas.
Namun sekarang, kebanyakkan kelahiran songsang
mudah dikesan awal dan bagi mengurangkan risiko pada bayi songsang, bagi ibu
yang kali pertama hamil, selalunya bayi akan dikeluarkan melalui pembedahan
"caesarean". (akan kita bincangkan dalam topik seterusnya). Sila baca punca-punca perlunya pembedahan ceasarean di sini
Fasa ketiga kelahiran
Fasa
ketiga kelahiran berlaku lebih kurang ¼ - ½ jam selepas bayi dilahirkan.
- Uri akan
dikeluarkan. Uri bersambung kepada bayi melalui tali pusat yang terdiri
daripada saluran darah dan tisu kolektif.
- Rahim
ibu akan dipastikan bersih dan tiada tertinggal sisa uri.
Bagi kebanyakkan ibu, mereka akan mengalami luka di
bahagian vagina, sama ada koyakan akibat kelahiran atau digunting semasa
proses melahirkan. Doktor / juruawat akan memastikan setiap luka koyakan akan dijahit
dengan kemas dan dicuci.
Bagi ibu yang kehilangan banyak darah, biasanya,
bekalan darah akan dimasukkan semula ke badan ibu dalam kadar segera bagi mengelakkan tumpah darah yang serius.
Bagi kelahiran normal tanpa sebarang kompikasi.
Proses melahirkan berjalan biasanya lancar dan ibu akan dipindahkan ke wad biasa untuk
pemantauan.
Bagi ibu yang menghadapi risiko komplikasi, ibu
akan dirujuk kepada pakar perubatan untuk tindakan lanjut.
KESIMPULAN / KELUAR HOSPITAL
Kebiasaan kelahiran normal, bayi yang sihat akan dibenarkan pulang setelah, bayi
tersebut berjaya membuang air besar dan kecil pertama mereka. berita baiknya, ada ibu dan bayi yang dibenarkan pulang pada hari yang
sama atau pada hari berikutnya setelah diperiksa bebas dari sebarang masalah
kesihatan termasuk jaundis.
Owh ya, selepas tempoh 2 jam melahirkan, ibu sudah boleh mula mengambil suplemen dalam Set bersalin/ berpantang Shaklee. Yelah kan, badan dah letih, jadi memang perlu pulihkan tenaga dengan segera.
Baiklah setakat ini sahaja perkongsian kelahiran normal. Saya akan sambung dengan panduan bersalin Ceasarean / pembedahan pula dalam entry selanjutnya.
Saya doakan semoga, para ibu senantiasa menjaga kesihatan dan rehat secukupnya bagi menghadapi fasa melahirkan kelak. Jangan lupa ambil suplemen Shaklee yea. Nak tahu lanjut boleh hubungi saya.
InsyaAllah, moga kelahiran ibu semua dipermudahkan Allah.
Moga bermanfaat. Feel free to share artikel ini yea dengan semua ibu.
'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza
Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Millionaire"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com
IG : bondamiza
IG : bondamiza