KUNING ATAU JAUNDIS PADA BAYI SELEPAS KELAHIRAN, PART 1
1:27 AMAPA ITU JAUNDIS / KUNING? Rata-rata bayi yang dilahirkan berpotensi untuk mendapat jaundis atau kuning. Jaundis atau kuning te...
1:27 AM
APA
ITU JAUNDIS / KUNING?
Rata-rata
bayi yang dilahirkan berpotensi untuk mendapat jaundis atau kuning. Jaundis atau kuning terjadi pada bayi apabila darahnya
mengandungi bilirubin yang berlebihan.
APA ITU BILIRUBIN?
Bilirubin ialah satu bahan kimia
yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir
cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai sel
darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal
mereka yang masih baru tidak boleh mengumuhkan bilirubin yang berlebihan itu. (perkumuhan
melalui pembuangan air besar dan kecil)
BAGAIMANA
UNTUK MENGESAN JAUNDIS / KUNING PADA PADANGAN MATA KASAR?
Kulit bayi akan kelihatan berwarna kuning dalam
beberapa hari pertama selepas kelahiran. Abdomen atau kaki bayi apabila ditekan
turut kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya atau tapak
tangan atau kakinya akan berwarna kuning.
Apabila tahap bilirubin meningkat
lebih daripada paras normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke
bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki.
Itu adalah cara awal mengesan
kuning pada bayi anda. Jika terdapat tanda-tanda berikut, elokkan membuat
periksaan lanjut dan berjumpalah dengan doktor untuk memastikan tahap kuning tidak
sampai ke tahap bahaya.
BILAKAH
MASANYA UNTUK MENGESAN KUNING PADA BAYI?
Kebiasanya
bayi normal dengan kelahiran matang, akan mendapat kuning di antara hari ke 3
hingga ke lima hari pertama kelahiran.
Biasanya dalam tempoh seminggu, kuning / jaundis tersebut akan beransur
hilang.
Bagi
bayi yang dilahirkan belum mencapai tahap matang tertentu, contohnya bayi yang
lahir tidak cukup bulan, kemungkinan 80% daripadanya akan mendapat kuning
selepas hari ke 5. Namun begitu, kuning / jaundisnya akan beransur hilang
diantara tempoh sebulan ke 2 bulan kelahiran.
BAGAIMANA JAUNDIS / KUNING TERJADI?
Bayi
boleh mendapat jaundis / kuning disebabkan komplikasi berikut :
- Ketidakmatangan pada organ bayi (buah pinggang / hati)
- Jangkian virus atau bacteria pada bayi / darahnya
- Pendarahan dalaman
- Kerosakan organ (hati)
- Kekurangan enzim
- Sel darah merah bayi yang tidak normal
- Ketidakserasian rhesus darah ibu dengan bayinya
- Masalah pada sistem pencernaan bayi
- Bayi para matang, lahir sebelum 37 minggu
- Bayi yang mempunyai masalah dengan penyusuan
APAKAH GEJALA JAUNDIS?
Sebagai ibubapa, kita perlu teliti dan tidak mengambil mudah sebarang gejala yang mungkin membawa kepada sesuatu yang buruk. Sekiranya bayi yang jaundis mendapat beberapa gelaja di bawah, eloklah segera berjumpa dengan doktor.
- Demam
- Muntah
- Kemampuan mengisapnya buruk / tidak mahu meminum susu
- Lesu & sukar bangun tidur
- Leher dan tubuh melengkung ke belakang
- Kulitnya makin menguning
- Kelihatan resah dan kerap menangis
APA YANG AKAN TERJADI JIKA BILIRUBIN TERLALU TINGGI?
Kadar bilirubin yang terlalu tinggi pada darah akan
menjadi racun pada sel-sel otak. Jaundis yang teruk akan membawa
kepada kernicterus yang menyebabkan
dinding-dinding sel neuron di dalam otak akan mati dan bayi berkemungkinan
mendapat sawan, cerebral palsy, pekak dan berkemungkinan mendapat masalah
penglihatan.
SEBAGAI
IBU BAPA, APA YANG PERLU DILAKUKAN?
AMARAN
: JANGAN SESEKALI MENJEMUR BAYI DI BAWAH CAHAYA MATAHARI.
Tetapi,
BERSEGERA BERJUMPA
DENGAN DOKTOR untuk
pemeriksaan darah / segera bagi mengetahui tahap BILIRUBIN anak anda)
PANTAUAN
|
PEMERHATIAN
|
TINDAKAN
|
Bahagian putih bola mata atau
kulit bayi
|
Normal atau bertambah kekuningannya,
|
Jika bertambah parah, segera ke hospital. Jangan
ditunggu keesokkan harinya
|
Keaktifan bayi
|
Tidur berpanjangan, lesu, kurang respon dan tidak bermaya
|
Segera ke hospital
|
Pantau corak penyusuan bayi
|
Kerapkan
penyusuan badan antara 8 hingga 12 kali dalam 24 jam
Jika
memberi susu formula, susu perlu diberikan antara 6 hingga 10 botol dalam
tempoh 24 jam.
|
Kejutkan
bayi dari tidur untuk penyusuan, jangan biar bayi terus tidur tanpa menyusu
melebihi 2 jam
|
Pantau warna kencing dan najis bayi
|
Najis bayi yang baru lahir
berwarna hijau tua (digelar meconium) atau kuning (breastfeeding stool).
Kencing
normal berwarna kuning muda / putih
|
Jika,
kencing berwarna keruh seperti teh tua / coklat dan
najis pula jika
berwarna kelabu – segera ke
hospital
|
Baiklah sampai setakat ini info Jaundis / kuning part 1. Saya akan sambung pengiraan jaundis dan info rawatannya dalam part 2 pula.
feel free to share dengan semua.
Moga bermanfaat.
Moga bermanfaat.
'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza
Master To be Bonda Miza
Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Millionaire"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com
Lain-lain bahan bacaan berkaitan :
- Jaundis / kuning part 2
- Atasi Kulat Susu pada bayi di sini
- Teknik Urutan Bayi di sini
- Hadapi Tersedak Susu di sini
- Kaedah penyimpanan susu ibu di sini
- Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
- Tip atasi bengkak susu di sini
- Panduan Penyusuan di tempat awam di sini
- Kenali punca-punca penyebab pembedahan caesarean di sini
- Jemput baca Manfaat Susu Ibu di sini
- Jemput baca kaedah penyimpanan susu ibu di sini
- Dapatkan info set bersalin terbaik di sini
- Tip atasi bengkak susu di sini
- Tip meningkatkan kesuburan suami isteri di sini