SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

KERJA AMAL : SUMBANGAN BANTUAN KE RUMAH KANAK-KANAK TAMAN BAKTI

“ Aku (Muhammad SAW) dan pengasuh anak yatim kelak disyurga seperti dua jari ini (Rasulullah SAW menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan...

Aku (Muhammad SAW) dan pengasuh anak yatim kelak disyurga seperti dua jari ini (Rasulullah SAW menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya)”. (HR Bukhari)
--------------------
Alhamdulillah, kelmarin saya diberi peluang untuk bertemu kanak-kanak Taman Bakti dalam program penyampaian sumbangan bahan bacaan dan permainan bagi mengisi Pusat Sumber yang baru mereka wujudkan di sana.

Program kami agak ringkas sebab dah petang. Walaupun ringkas tapi ianya sangat bermakna kerana kita jarang-jarang diberi peluang untuk bertemu kanak-kanak ini. 


persediaan program - rajin anak-anak membantu
ada persembahan ringkas bertajuk Alam Flora & Fauna.. comel je mereka



lawatan ke bilik bayi dan kanak-kanak bawah 4 tahun..
Saya kongsi sikit info Taman Bakti yea : 

Objektif Rumah Kanak-kanak Taman Bakti ini adalah untuk memberi jagaan gantian kepada kanak-kanak, menggalakkan pertumbuhan, perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam suasana kekeluargaan yang harmoni.

Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti bertujuan untuk mencegah juga mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan yang menyeluruh.

Saya dimaklumkan pegawai di sana, penghuni Taman Bakti ini terdiri daripada bayi seawal kelahiran sehinggalah kanak-kanak berumur 12 tahun. Anggaran penghuninya lebih kurang 130 orang. Kanak-kanak di sini pula  terdiri daripada kanak-kanak yang :Kematian ibu/bapa 
  • Ibu bapa sedang menerima rawatan
  • Terbiar dan ditinggalkan oleh ibu/bapa
  • Ibu bapa dalam penjara/tahanan
  • Terseksa/teraniaya seperti penderaan fizikal, mental, seksual atau emosi
  • Memerlukan penjagaan kerana kemiskinan, pengabaian dan buang bayi
Namun begitu, tidak semua kanak-kanak di sini boleh dijadikan anak angkat. Ianya tertakluk kepada perintah dan keputusan mahkamah. Ada kanak-kanak yang masih mempunyai ibu bapa dan sentiasa melawat mereka, cuma mungkin faktor kemiskinan atau masalah tertentu menyebabkan anak-anak terpaksa ditempatkan sementara di rumah bakti ini. Lama juga perbualan kami semalam, saya difahamkan makanan dan susu untuk kanak-kanak mencukupi.  

Namun begitu, mereka sangat-sangat memerlukan bantuan sukarelawan untuk mengajar anak-anak membaca dan mengulangkaji pelajaran termasuk sukarelawan yang sudi membantu mengasuh anak-anak pada hari-hari tertentu. 

Ada anak-anak yang masih tidak dapat membaca dan sebagai persediaan untuk meningkatkan pendidikan mereka. Pendidikan kemahiran dan akademik adalah sangat penting kerana kanak-kanak ini akan meningkat dewasa dan satu masa perlu keluar dari taman tersebut. 

Saya seru semua pembaca yang mana punyai kelapangan waktu, tenaga mahupun wang yang ingin memberikan sumbangan tak kira dalam apa jua bentuk 
  • Barang keperluan asas (baru / terpakai - asalkan masih elok) : pakaian, cadar, 
  • Pencucian diri, botol susu dan lain-lain 
  • Sukarelawan pendidikan (tuisyen & iqra)
  • Sukarelawan pengasuh kanak-kanak & bayi
  • Kewangan
Sila sampaikan sumbangan/ bantuan anda terus ke Rumah Bakti. Sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan, bolehlah membuat surat permohonan kepada pengetua rumah ini Pn. Noor Lela Binti Saad. Alamatnya adalah seperti berikut : 

Rumah Kanak-kanak Taman Bakti, 
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
Tel / Faks : +604 575 1214
email : rkktb@jkm.gov.my




Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan dengan baik. Dan seburuk-buruk rumah kaum Muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk”. (HR Ibnu Majah)

Info di atas adalah untuk hebahan sebagai ihsan sesama manusia. www.bondamiza.com dan www.bersalinmenyusu.com tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan Rumah Taman Bakti. Sebarang pertanyaan mengenai sumbangan, mohon hubungi terus Pengetua Taman Bakti berkenaan.

PLEASE SHARE  & LIKE 

Mohon hebah dan panjangkan kepada rakan-rakan dan saudara mara. 

Jom Kongsi kebaikan! meskipun ianya hanyalah sebesar zarah. Moga ia menjadi saham akhirat buat kita.. InsyaAllah

Salam Sayang buat seluruh warga dunia..
Master To be Bonda Miza

Sharifah Salmiza (Bonda Miza)
"Founder Of BondaMiza Millionaire"
"Founder of Empayar Wanita Sedunia"
012 585 2034 
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com
www.bersalinmenyusu.com


PROGRAM AMAL LAIN : (SILA klik pada gambar di bawah)

























You Might Also Like

0 comments

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..