SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

PANDUAN PERSEDIAAN SEBELUM HAMIL

Salam sejahtera semua pembaca blog bersalinmenyusu.com, didoakan moga sihat-sihat sejahtera hendaknya. Baiklah, tajuk hari ni tajuk y...

Salam sejahtera semua pembaca blog bersalinmenyusu.com, didoakan moga sihat-sihat sejahtera hendaknya.

Baiklah, tajuk hari ni tajuk yang 'best', tambah-tambah lagi buat pasangan yang teringin mendapatkan cahaya mata. dah..saya pula yang 'excited' lebih. huhuhu.. Sebenarnya untuk menjadi ibubapa ini memerlukan persediaan daripada beberapa sudut termasuklah fizikal, mental dan kewangan. Nampak macam tak da apa-apa je kan? sebenarnya ada banyak perkara nak kena lihat sebelum mengandung. Jadi saya berharap anda dan pasangan telah sepakat bersetuju untuk menimang cahaya mata. Pengalaman ini memang sangat istimewa :D jadi selamat mengharungi fasa yang penuh nostalgia suka dan duka.



Baiklah, bagi memudahkan proses kehamilan terutama sekali buat ibu bapa baru boleh 'follow' beberapa panduan persediaan kehamilan yang akan saya kongsi ini. Moga bermanfaat buat semua.

PERSEDIAAN HAMIL 1 : MULAKAN PENGAMBILAN ASIK FOLIK, KALSIUM & MULTIVITAMIN.

Ada orang pandang remeh pengambilan suplemen dan vitamin. Buat yang bakal hamil, Asid Folik, Kalsium dan Multivitamin adalah suplemen WAJIB


Kenapa saya kata suplemen wajib dan sangat-sangat penting kerana :   

Suplemen wajib : Asid Folik & B Complex
Asid folik dan B Complex sangat penting diambil pada sebulan sebelum hamil sehingga 12 minggu pertama kehamilan. Pada munggu-minggu awal kehamilan, saraf dan otak janin mula terbentuk dan berkembang. Oleh itu asid folik sangat penting / WAJIB diambil setiap hari bermula sebulan sebelum merancang kehamilan sehinggalah trimester pertama hamil. 

Asid folik bukan sahaja melindungi janin yang terbentuk daripada sebarang gangguan tiub saraf malah melindunginya daripada kecacatan tiup neural seperti spina bifida. Kecacatan ini boleh menyebabkan kerosakan kekal pada bayi yang dilahirkan. 


8 jenis kerosakan tiup saraf yang mungkin berlaku pada bayi jika kekurangan asid folik dan vitamin.
Keperluan asid folik pada ketika sebelum hamil adalah lebih kurang 400 mikrogram (mcg) sehari.  Namun begitu keperluan asid folik boleh meningkat kepada 1000mcg sehari ketika hamil. Jadi jangan lupa untuk mengambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum mencuba untuk hamil dan teruskan semasa trimester pertama mengandung. Pengambilan asid folik dapat mengurangkan hampir 70% risiko melahirkan bayi dengan kerosakkan tiub saraf.

Suplemen wajib : Kalsium, Vitamin D & Magnesium
Kalsium, vitamin D dan magnesium sangat penting diamalkan oleh kita tak kira hamil atau tidak. Keperluan Kalsium, vitamin D dan magnesium adalah lebih tinggi pada ketika hamil. Ia sangat-sangat penting ketika kerana komposisi tulang bayi akan mula terbentuk dan berkembang memerlukan hampir separuh keperluan kalsium ibu. Jika pengambilan Kalsium, vitamin D dan magnesium dipandang enteng, maka kelak jisim tulang ibu akan mula kurang kepadatan kerana bayi dalam kandungan mula menyerap khasiat daripada ibu. 


Jisim tulang berkurang menjadikan rongga jisim lebih besar berbanding tulang yang cukup kalsium (lebih padat rongga dan jisimnya).
Bagi mengurangkan risiko tulang rapuh (osteporasis) dan gigi mereput kepada ibu, adalah disarankan ibu mengambil kalsium minima 1000mg sehari bagi memastikan ibu tidak menghadapi masalah tulang reput kelak. (lebih kurang 2 gelas susu sehari). Kalsium akan membantu mengurangkan masalah kekejangan ketika hamil dan membantu mengurangkan masalah sakit belakang.
Sebiji B Complex Shaklee mengandungi 200mcg asid folik dan 8 vitamin B lengkap. 4 biji Ostematrik Shaklee mengandungi keperluan harian lengkap 1000mg kalsium, 400Iu Vitamin D dan magnesium.

Suplemen wajib : Multivitamin 
Bakal ibu sangat disarankan untuk mengamalkan multivitamin dan Vitamin C bagi memastikan badan mempunyai kesemua zat dan vitamin yang mencukupi. Badan akan lebih segar, sihat, tahan penyakit dan  bertenaga. 

Jika mengambil multivitamin seperti Vitalea Iron Formula, ia mengandungi 28 vitamin dan mineral yang lengkap termasuk iron yang membantu pembentukan sel darah merah. 


Ia sangat sesuai kerana membantu menstabilkan hb darah. Sangat sesuai untuk ibu yang punyai masalah Hb rendah. 

Bagi yang mengambil multivitamin jenis lain, pastikan vitamin A yang terkandung di dalamnya tidak melebihi 770 mikrogram REA (2,565 IU), tetapi jika ia dalam bentuk beta-carotena tak mengapa.

Suplemen wajib : Vitamin C
Vitamin  C sangat penting keran ia melindungi daripada jangkitan dan selesema, menguatkan gusi dan tulang serta meningkatkan imuniti. Vitamin C melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon anti stress. 
Sebab itulah vitamin C tidak boleh ditinggalkan oleh ibu hamil. Ianya sangat penting untuk penyuburan sel darah putih, membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih. Vitamin c memainkan peranan dalam penghasilan hemoglobin (hb) dan sel darah merah. Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain. Saya suka syorkan Sustain release Vita-C Shaklee. Minima pengambilan vitamin C buat ibu hamil adalah 85mg sehari dan ibu menyusu adalh 120mg. 


PERSEDIAAN HAMIL 2 : KETAHUI KITARAN HAID / KESUBURAN 

Kiraan hari pertama bermula pada hari pertama datang haid. (rujuk petak berwarna merah ~ Mentruation infertile) 
Dalam merancang kehamilan adalah penting untuk mengetahui kitaran haid dan kesuburan diri. Dalam keadaan biasa, kitaran haid yang teratur adalah lebih mudah untuk mengenalpasti masa yang sesuai untuk merancang kehamilan. 

Hentikan Pengambilan Ubat/ Alat Perancangan Keluarga  


Hentikan pengambilan perancangan keluarga dalam 6 ke 3 bulan sebelum merancang kehamilan. Tempoh tersebut dapat memastikan kitaran haid kembali lancar dan teratur.  Pengambilan beberapa jenis perancang keluarga seperti impan dan suntikan depo akan menyebab sesetengah individu langsung tidak mengalami haid sepanjang mengambil kaedah perancangan tersebut. Saya sendiri pernah terhenti haid hampir 8 bulan lamanya sebelum saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan suntikan depo. Untuk makluman, pengambilan kaedah perancangan keluarga sebaiknya dihentikan setelah 2 tahun. Pengambilan yang  terlalu lama mempunyai implikasi kepada kesuburan dan badan. 


Rekodkan / Carta Basal Suhu Badan ~ Jika mahukan tarikh yang tepat untuk  mendapatkan masa evolasi, kita boleh mencuba menggunakan carta suhu basal (BBT) dan kaedah lain pula melalui pemerhatian mukus serviks. Sila ke link ini untuk perincian lanjut waktu subur dan kaedah lain mengenal waktu subur.

http://www.bersalinmenyusu.com/2014/12/kenali-waktu-subur-anda.html

Namun jika kitaran haid tidak teratur, adalah elok sekiranya merekodkan hari-hari haid untuk beberapa bulan kebelakang (antara 2 kd 3 bulan) agar dapat mengenalpasti masa kesuburan yang tepat. Namun jika mempunyai  masalah kesuburan yang memerlukan rawatan, adalah elok untuk :

Berjumpa Doktor ~ Bagi mencari punca masalah. Sekiranya haid tidak teratur atau mempunyai masalah kesuburan lain. 

 
Doktor dapat mengesyorkan beberapa altenatif dalam mengenalpasti punca ketidaksuburan suami isteri. Terdapat pebagai kaedah perubatan moden untuk memudahkan pasangan mendapatkan cahaya mata termasuklah IUI. (itu nanti saya akan masukkan ke dalam entry seterusnya kelak). Jika mempunyai masalah cyst atau masalah serius lain, eloklah merujuk kepada pakar sebelum membuat keputusan untuk hamil.
PERSEDIAAN HAMIL 3 : PERIKSA BERAT BADAN
Berat badan turut memainkan peranan penting dalam kesuburan. Wanita yang mempunyai berat berlebihan dinasihatkan untuk menurunkan berat agar tidak melebihi BMI 30. 

Sebenarnya bukan masalah berat badan berlebihan menganggu kesuburan, malah wanita dengan berat yang tidak cukup juga mempunyai masalah kesuburan. Berat yang paling elok sebelum bercadang untuk hamil adalah diantara bacaan BMI 20 ke 30 . Pada BMI 20 ke 30 potensi untuk hamil adalah lebih tinggi. Boleh cuba program Now everyone can kurus, jika bercadang untuk menurunkan berat dengan sihat. Boleh juga mencuba suplemen menambah berat badan buat yang bermasalah untuk meningkatkan berat badan. 



boleh rujuk di sini, untuk mengenalpasti BMI badan
Kenapa perlu menurunkan berat badan? 
Menurunkan berat badan dapat mengurangkan faktor risiko penyakit. Semasa kehamilan berat badan akan semakin meningkat setara dengan perkembangan bayi dalam kandungan. Apabila dalam tempoh kehamilan, berat badan tidak dapat dikawal melalui diet dan senaman berat.  Jadi sangatlah penting untuk pastikan berat terkawal sebelum mengandung lagi.

Panduan berat sebelum dan semasa mengandung yang disyorkan

Semasa hamil, ibu akan mengalami peningkatan berat badan antara 8 ke 12 kilogram sepanjang kehamilan. itu adalah peningkatan yang normal semasa mengandung.

Namun, ada ibu yang mengalami peningkatkan  berat badan sehingga 30 kilogram banyaknya. Itu disebabkan pengambilan makan tidak dikawal dengan baik. Pada ketika ini berat akan lebih sukar diturunkan selepas melahirkan . Jika berat badan tidak dikurangkan sebelum hamil lagi, maka badan akan cenderung mengalami berat berlebihan sehingga melahirkan malah sehingga beberapa lama selepas melahirkan. Sudah tentu kita tak mahu badan kita terlalu bam bam selepas melahirkan, betul tak? 

Bersenam
Sebelum hamil, kita sudah boleh cuba mengurangkan berat dengan sihat melalui senaman mudah seperti berbasikal, berjalan kaki, jogging, berenang atau bersenam robik. Jika merasakan diri seperti telah mengandung, eloklah lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, berenang untuk tempoh kurang 20 minit. Ada juga kelas-kelas khas senaman untuk ibu hamil. Senaman membantu pernafasan yang baik, perjalanan darah yang lancar dan memudahkan proses melahirkan kelak. Tapi pastikan semua senaman berat seperti angkat berat, mendaki bukit, bertinju dielakkan semasa dalam proses merancang kehamilan. 
 
PERSEDIAAN HAMIL 4 : MULAKAN PEMAKANAN SIHAT


Mulakan pemakanan sihat bukan sahaja untuk persediaan kehamilan malah untuk memastikan tidak berlaku masalah kesihatan lain termasuk kencing manis, lelah, darah tinggi semasa kehamilan. Baik kita mengawal pemakanan daripada menghadapi masalah kesihatan kelak. 

Bagi individu yang berisiko mengidap kencing manis semasa hamil (GDM) seperti saya, adalah baik untuk mengamalkan diet yang seimbang dan mengurangkan kesemua makanan manis dan bergula.

Kenalpasti jenis makanan yang baik dan sesuai. Pilihlah makanan yang tinggi protien, kalsium dan vitamin. Kurangkan makanan berkarbohidrat. Lebihkan serat, sayur dan buah-buahan. Sekiranya berpotensi GDM macam saya ini, eloklah pastikan makanan adalah rendah GI (Glisemik Indek) dan kurang manis. 

Kurangkan makanan berlemak dan berminyak untuk memastikan berat tidak meningkat ketara. Gantikan makanan tinggi lemak dengan makanan rendah lemak. Pastikan kita membuat pemeriksaan saringan kesihatan untuk mengetahui paras BMI, bacaan BSP (Gula dalam darah) bacaan tekanan darah dan paras kolestrol sebelum hamil. 

PERSEDIAAN HAMIL 5 : HENTIKAN PENGAMBILAN KAFIEN, MINUMAN KERAS / SODA

KURANGKAN KAFIEN. Kafien yang banyak menganggu pernyerapan zat besi. (zat besi sangat penting untuk membentuk sel darah) kekurangan zat besi juga akan meningkatkan risiko stillbrith (kematian janin dalam kandungan). 
Nasihat: hentikan pengambilan kafien dan gantikan dengan susu atau coklat panas secara berperingkat. Tapi ingin berhenti mestilah secara berperingkat, jika tidak, anda akan mengalami sakit kepala yang teruk pula. 

BERHENTI MINUM ARAK / ALKOHOL. Petikan daripada Dr. Carol Archie, MD, profesor klinik perbidanan dan ginekologi di David Geffen School of Medicine, UCLA, berpendapat  "lebih baik bagi para ibu hamil untuk tidak mengambil minuman keras sedikit pun karena dapat memberi kesan kepada perkembangan sel-sel otak pada bayi. 

Meminum lebih daripada 4.5 tin bir sehari akan menyebabkan bayi menderita Foetal Alcohol Spectrum Disorder (FAS). Anak-anak FAS akan mengalami masalah dalam perkembangan tubuhnya. Misalnya ukuran kepala yang lebih kecil, kelainan pada wajah, serta gangguan dalam belajar dan berperilaku lembab, seperti lambat dalam berbicara.

BERHENTI MINUMAN SODA DAN MANIS ~ MENINGKATKAN RISIKO DIABETES SEMASA HAMIL - pikir dulu sebelum minum ya. 






PERSEDIAAN HAMIL 6JAGA KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL
  • PENJAGAAN MENTAL ~ KURANGKAN STRESS
  • BERHENTI MEROKOK
  • TIDUR SECUKUPNYA



Semua di atas adalah untuk memastikan badan bersedia untuk menghadapi fasa kehamilan yang lebih sihat dan bertenaga. Merokok, stress dan kurang rehat yang boleh menyebabkan peluang mendapatkan anak terjejas, ada ketika stress boleh menyebabkan keguguran. Oleh yang demikian, pastikan badan dan minda kita relax dan tenang. Rancang kerja dan rehat dengan baik. Sediakan rutin yang teratur. Bincang dengan pasangan dan lakukan aktiviti bersama-sama.  pastikan pasangan anda memahami keadaan anda dan membantu anda mengharungi fasa ini dengan sebaiknya.

Sekiranya anda mempunyai masalah kemurungan, lakukan pemeriksaan mental dan sesi terapi dengan psikiatri agar dapat membantu anda menjalani fasa kehamilan dan bersalin dengan tenang dan bersedia. Kemurungan adalah merbahaya jika tidak ditangani dengan segera. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar kelak seperti meroyan. Sekiranya anda sedang mengambil ubatan kemurungan, elok berbincang dengan doktor untuk memastikan ubatan yang diambil tidak menganggu kehamilan dan tidak memberi kesan kepada bayi dikandung. 

PERSEDIAAN HAMIL 7 :  PEMERIKSAAN GIGI

Pemeriksaan gigi sebenarnya penting untuk mengetahui tahap sihat mulut. Kajian menunjukkan kemungkinan terdapatnya jangkitan bakteria dalam gusi dan tulang-tulang menyokong gigi. Jangkitan ini boleh menyebab penyakit periodental yang membawa kepada kelahiran bayi kurang matang dan kekurangan berat. 
Ibu mengandung mempunyai 7 kali ganda risiko  penyakit ini. Selain itu penyakit gusi juga akan turut mengundang kepada masalah pre-eklampsia termasuk komplikasi darah tinggi, air kencing berprotien dan penahanan bendalir. menakutkan, dengar macam kecil je, rupanya masalah gusi dan gigi ini mengundang masalah yang amat merbahaya ketika mengandung. Jadi jangan malas untuk berjumpa doktor gigi ok.

PERSEDIAAN HAMIL 8 REKODKAN SEJARAH KESIHATAN / PERUBATAN DIRI


Rekod perubatan lalu dan semasa perlulah disimpan. Lakukan pemeriksaan kesihatan mengikut jadual seperti pemeriksaan servik, ujian darah untuk mengetahui potensi masalah jangkitan kelamin atau kesihatan genetik seperti anemia sel sabit, cyst atau fibriod, dan penyakit-penyakit lain yang mungkin berisiko dihidapi

Jangan lupa untuk memastikan kita mendapat imunisasi selengkapnya termasuk rubella, cacar, hipetitis dan beberapa imunisasi lain. 

Sekiranya anda sedang mengambil ubatan, pastikan berbincang dengan doktor tentang perancangan untuk hamil agar doktor dapat memberikan ubatan yang tidak menganggu persediaan kehamilan. 

Sekiranya pernah hamil, jangan lupa untuk simpan rekod buku merah itu yea. di atas adalah buku merah saya. masih elok disimpan


PERSEDIAAN HAMIL 9ELAKKAN JANGKITAN PENYAKIT / BAHAYA ALAM SEKITAR


Sesetengah kawasan kerja dan persekitaran mengundang bahaya seperti jangkitan kuman dan pencemaran (radiasi, kimia, racun). Oleh itu elakkan dari kerap berada di kawasan tersebut. Berbincanglah dengan majikan sekiranya kawasan kerja anda mempunyai risiko pencemaran atau jangkitan yang mungkin tidak sesuai untuk anda

JANGKITAN PENYAKIT

Sentiasa memastikan kebersihan. Mengendalikan makanan dengan sempurna. Cuba jauhkan diri daripada melakukan aktiviti yang terdedah kepada jangkitan termasuk kawasan nyamuk boleh mendatangkan risiko denggi dan zika atau mungkin risiko jangkitan lain. 

Elakkan mengambil makanan mentah, keju lembut tidak dipastur, ikan tertentu dan kerangan mahupun makanan dimasak tidak sempurna. Makanan ini berpotensi menyebabkan listeriosis iaitu membawa kepada keguguran dan kematian semasa melahirkan. Elakkan juga sayuran mentah termasuk jus yang tidak dipastur kerana ia berpotensi mengandungi bakteria samonella dan E.coli. Kerangan pula haruslah dielakkan terus kerana kerangan mempunyai mikroorganisma yang merbahaya di dalamnya.

Masak semua makan dengan sempurna. pastikan makanan beku dinyahbeku dengan betul, dan tidak dicampurkan dengan makanan bermasak.  Jangan simpan atau makanan yang lama terdedah. pastikan suhu peti sejuk berada pada paras 0 (jika beku) dan berada antara 2-4 darjah untuk sejuk dingin.

Tip : jangan lupa cuci tangan setiap kali mengendalikan makanan atau apa jua aktiviti harian. 

Jika anda ada membela kucing, wajib tahu risiko mengendalikan najis kucing kepada ibu hamil. Elakkan melakukan pembersihan najis kucing. Jika perlu juga,  pastikan tangan anda memakai sarung tangan dan dibersihkan dengan sempurna selepas itu. Begitu juga keadaanya jika melakukan aktiviti berkebun. 
     
PERSEDIAAN HAMIL 10 : HENTIKAN AKTIVTI LASAK BUAT SEMENTARA

Simpan dulu niat untuk melakukan aktiviti lasak buat sementara waktu. Aktiviti lasak mengundang kepada risiko keguguran dan pendarahan sekiranya anda didapati mengandung.

PERSEDIAAN HAMIL 11RANCANG KEWANGAN 


Dalam apa jua keadaan, perancangan kewangan adalah penting. Pastikan anda dan pasangan bersedia dengan sejumlah perbelanjaan rawatan susulan kehamilan, persediaan barangan bayi, kos bersalin dan perbelanjaan selepas itu. Pastikan anda dan pasangan mula menabung untuk keluarga. Asingkan pendapatan mengikut kategori ini : 
  • Perbelanjaan harian
  • Tabungan anak / keluarga
  • Bayaran bil / hutang / sewabeli
  • Pelajaran anak
  • Perubatan keluarga
  • Riadah


Moga bermanfaat dan saya doakan selamat maju jaya. Insya-Allah. Amin

'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza

Bonda Miza
012 585 2034 
(whatsapp/telegram/sms/call)
www.bondamiza.com




Dapatkan Set Kesihatan Shaklee Bondamiza.com



You Might Also Like

0 comments

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..