SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

TUMPAH DARAH, PUNCA UTAMA KEMATIAN IBU SELEPAS BERSALIN

Tumpah darah antara penyebab utama kematian ibu di dunia. Ia sama sekali boleh berlaku semasa dan selepas bersalin. Tumpah darah antara pen...

Tumpah darah antara penyebab utama kematian ibu di dunia. Ia sama sekali boleh berlaku semasa dan selepas bersalin. Tumpah darah antara penyebab utama kematian ibu di dunia. Ia sama sekali boleh berlaku semasa dan selepas bersalin. 
Tumpah darah selepas bersalin adalah satu dari penyebab utama kematian ibu di Malaysia dan juga di negara yang sedang membangun.  WHO menganggarkan lebih setengah juta ibu mati akibat tumpah darah setiap tahun di seluruh dunia dan majoritinya adalah dari negara yang sedang membangun.



APA ITU TUMPAH DARAH? 

Tumpah darah ialah pendarahan berlebihan semasa atau selepas bersalin. Ia berlaku apabila terjadinya komplikasi pendarahan akibat rahim tidak mengecut dengan sempurna, dan pelbagai lagi faktor masalah lain. 

Tumpah darah terdiri daripada 2 jenis iaitu tumpah darah primer dan tumpah darah sekunder. 

1. Tumpah darah sebaik sahaja selepas bersalin sebelum 24 jam kenali sebagai tumpah darah lepas bersalin primer @ primary postpartum haemorrhage.


2. Tumpah darah selepas 24 jam bersalin dikenali sebagai tumpah darah lepas bersalin sekunder @ secondary postpartum haemorrhage.



APAKAH PUNCA UTAMA TUMPAH DARAH?

Terdapat banyak punca kenapa terjadinya tumpah darah, Bonda senaraikan beberapa di sini ya yang utama untuk ilmu bersama. 

1. RAHIM TIDAK MENGECUT DENGAN SEMPURNA SELEPAS BERSALIN 

Rahim ibu masih kembang dan tidak dapat mengecut dengan sempurna. Doktor biasanya akan memberi suntikan khas untuk memberhentikan pendarahan / mengecutkan rahim. Namun begitu ada situasi yang menyebabkan rahim lambat mengecut dan darah mengalir banyak. Ibu yang berisiko seperti ini biasanya dipantau rapi dan sekiranya terdapat aliran luar biasa setelah pulang kerumah, ibu atau ahli keluarga dinasihatkan segera membawa ibu ke hospital untuk rawatan lanjut. 





2. BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

Bersalin secara pembedahan mempunyai risiko yang lebih tinggi kerana terdedah kepada masalah uri melekat dan luka pembedahan yang besar. Bonda sendiri pernah alami masalah tumpah darah semasa melahirkan Ruzain pada 2013 lalu kerana uri melekat. 


Namun begitu, alhamdulillah, doktor berjaya mengawalnya dan selepas dibawa keluar dari bilik pembedahan, bonda ditambah semula darah dan dipantau rapi seharian di bilik khas. 

3. LUKA DALAMAN (RAHIM / FARAJ) & MASALAH URI 


Pendarahan juga berlaku akibat luka di pangkal rahim, faraj mahupun salur peranakan. Uri atau cebisan uri masih tertinggal di dalam rahim. Ketahuilah sekiranya uri tidak dikeluarkan sepenuhnya dari dalam rahim, pendarahan akan terus berlaku, ia juga berisiko mendapat jangkitan kuman.

4. KEKURANGAN DARAH (ANEMIA)

Jika tumpah darah berlaku di kalangan ibu yang mempunyai masalah kurang darah / anemia (biasanya kita kenalpasti semasa checkup di klinik dengan bacaan HB rendah), ketahanan badan ibu mudah menjadi lemah. Ibu perlu mengambil vitamin zat besi untuk menambah darah dan seterusnya mengekalkan tahap HB pada paras normal. HB normal tidak kurang dari bacaan 10.


Bonda ada seorang kenalan, yang hb nya agak rendah dibawah 9, sehingga doktor arahkan untuk tambah darah semasa hamil, dalam minggu ke 36. Kalau tidak risiko tumpah darahnya akan bertambah tinggi.

APAKAH PUNCA KURANG DARAH? 

Ada banyak perkara yang menjadi punca kepada masalah kurang darah. Antaranya ialah pemakanan tidak seimbang yang menyebabkan kekurangan kandungan vitamin dan zat khususnya besi (iron).

Masalah ini juga mungkin berlaku disebabkan oleh kehamilan dan kelahiran yang terlalu kerap dan tidak diatur dengan betul. Disebabkan masalah kekurangan darah semasa hamil, doktor akan pastikan kita mengambil pil iron (zat besi), dengan dos yang disyorkan, jika masalah hb yang sangat rendah, ada yang sehingga keperluan 500mg iron setiap kali makan. 

BAGAIMANA MEMASTIKAN DARAH IBU MENCUKUPI? 

Untuk membina sel darah merah, seseorang itu perlukan sumber makanan yang kaya protein dan zat besi seperti daging, ayam, ikan, kerangan dan sayur. Sebaiknya sebelum hamil seseorang wanita seeloknya menentukan tahap darahnya menerusi ujian menyukat paras hemoglobin (HB). Ujian HB darah sangat mudah, dan boleh dibuat dimana-mana klinik atau makmal yang sediakan khidmat ini. 


Semasa merancang kehamilan, ibu sudah mula mengambil makanan secukupnya yang membekalkan iron / zat besi.




BAGAIMANA UNTUK MENENTUKAN JUMLAH DARAH YANG KELUAR ITU BANYAK ATAU TIDAK? 


Untuk mudah memastikan banyak mana darah keluar. Biasanya dipantau daripada jumlah aliran darah yang keluar. 


Selepas bersalin, ada juga ibu yang keliru antara aliran darah nifas yang banyak atau tumbah darah. Jadi boleh rujuk rajah dibawah agar ibu mudah mengenalpasti lebih awal dan segera ke hospital sekiranya tumpah darah berlaku. Dikatakan tumpah darah yang melebihi 2 liter boleh menyebabkan maut. 


(JUMLAH ALIRAN DARAH DALAM SATU JAM / KURANG)

 
Menggunakan tuala wanita sebagai bahan untuk mengukur jumlah darah yang keluar.  



Carta warna darah yang keluar selepas melahirkan sehingga aliran darah kering dan habis.

Sekiranya jumlah pendarahan ibu agak banyak dan luar biasa semasa pulang dirumah, bersegeralah ke hospital terdekat. Tindakan awal menyelamatkan nyawa. 

Moga bermanfaat. 

'Be simply healthy'
Master To be Bonda Miza

Jika mencari tip kesihatan dan suplemen Shaklee semasa hamil, bersalin dan menyusu, boleh hubungi saya ya. 

KOLEKSI TESTIMONI SET HAMIL & BERSALIN SHAKLEE


Disini bonda kongsikan sedikit testimoni pengguna set hamil Shaklee yang excited dengan perubahan dan lebih segar bugar lepas mengamalkan set Shaklee ni. Untuk testimoni yang lebih banyak jangan lupa klik pada gambar koleksi testimoni di bawah ya. 

Testimoni bonda sendiri, hamilkan Raiqa baru-baru ini








KLIK PADA GAMBAR UNTUK TESTIMONI SET HAMIL, BERSALIN & MENYUSU SHAKLEE SELANJUTNYA
CARA TEMPAHAN SET MENGANDUNG (PRENATAL SHAKLEE) MELALUI BONDAMIZA & BERSALINMENYUSU.COM

Untuk bonda bantu ibu-ibu buat belian dengan keahlian yang mana lebih menjimatkan sehingga 20% dengan mode bayaran tunai ke bank (CIMB / MAYBANK). Manfaat keahlian boleh terus ke link ini ya. 

 ibu-ibu boleh hubungi bonda / whatsapp terus bonda di talian 


Selain mengamalkan pemakanan sihat, amalan berpantang terbaik, ibu juga perlu tahu tatacara amalan berpantang yang betul. Di sini saya turut kongsikan juga beberapa (klik pada tajuk dibawah untuk bacaan selanjutnya):
* Produk-produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni addalah maklumbalas pengguna dan setiap orang mempunyai kesan & pengalaman yang berbeza.



MENARIK DIBACA: 

You Might Also Like

0 comments

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..