SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG INFORMASI KEHAMILAN, BERSALIN & MENYUSU MALAYSIA
LEADER & PENGEDAR SHAKLEE TERBAIK. DAPATKAN VIVIX, SUPLEMEN HAMIL, BERSALIN MENYUSU SHAKLEE MALAYSIA

PANDUAN TIDUR LENA BUAT IBU HAMIL

Salam sejahtera ibu semua, hari ni bonda nak kongsikan pula panduan tidur lena untuk ibu hamil yea. Mengandung sememangnya melalui banyak...

Salam sejahtera ibu semua, hari ni bonda nak kongsikan pula panduan tidur lena untuk ibu hamil yea. Mengandung sememangnya melalui banyak fasa perubahan fizikal termasuklah bentuk badan dan corak pemakanan. Perubahan fizikal ibu semakin hari semakin membesar perutnya turut menjejaskan pola tidur siibu. 


Jadi bonda nak kongsi beberapa panduan yea untuk tidur yang lebih lena dan berkualiti. insyallah. 

KURANGKAN MINUM MALAM

Ibu sama sekali digalakkan untuk mengurangkan minum air pada waktu malam. Sebenarnya wanita, sama ada hamil atau tidak, memang tidak sesuai untuk mengambil terlalu banyak air pada waktu malam. 


Secara sihatnya, banyakkan air pada waktu siang. Ia dapat mengelakkan kerap bangun ke tandas pada waktu malam. Orang kata, pengambilan air dan benda-benda sejuk (buah dan sayur berair) pada waktu  malam dapat mengelakkan ‘rahim kembang’.

Cuba tengok, insyallah, masalah kerap ke tandas semasa hamil dapat dikurangkan. Anda pun dapat tidur dengan lebih lena.

IKUTI RUTIN DISPLIN KERJA HARIAN


Sama ada bekerja atau tidak, digalakkan kita mempunyai jadual masa-masa tertentu. Manfaatnya adalah untuk mengelakkan kelam kabut dan kerja harian akan menjadi lebih lancar. Contohnya penjagaan diri. Selepas mandi sapukan minyak (baby oil / losyen) pada kulit untuk menjadikan kulit lebih lembut dan mengurangkan risiko kulit pecah – stretch mark. Mulakan penjagaan kulit dan diri seawal kehamilan. 

Berbalik kepada rutin tadi.. dah lari tajuk sikit tadi.. keh keh keh.. kenapa kita perlu ada rutin? Sebabnya kita akan signalkan pada otak waktu tidur yang sama setiap hari. 

Jadi kita tak nak buat sesuatu melebihi masa tidur, contohnya jika  waktu siang hari berlengah, asyik tonton tv je contohnya ,makan waktu malam nanti kita akan kekalutan (waktu itulah nak iron baju, nak siapkan baju anak dan keluarga) maka waktu yang patut kita tidur terpaksa dikorbankan. Akhirnya kita akan masuk tidur lewat.. Apabila masuk lewat, badan kita pula susah untuk  tidur lena, ditambah pula asyik terjaga sebab nak ke tandas. Herm… kan siapa yang akan susah? ibu juga..

Itulah dugaan ibu hamil… :D, Jadi ibu pastikan masa tidur dipatuhi ya.

JAGA DIET & MAKANAN HARIAN 

Hamil tidak bermakna ibu boleh makan apa sahaja yang terlintas dipikiran. Waktu ni pun ada pantang makannya.


Pilihlah makanan dan minuman dengan sihat Ia baik untuk diri dan baby.  Ingat tau, apa yang kita makan salur ke baby, jadi kalau makan tidak seimbang boleh mengundang penyakit kepada kedua-dua ibu dan baby.

Seeloknya elakkan minuman berikut :

  • Elakkan air berkafien tinggi seperti kopi campuran (2, 3, 4, 5 dalam satu tu.. banyak jenama sekarang), kopi biasa minum sekali sehari baik untuk kesihatan. KAFEIN TINGGI akan sebab ibu sebabkan ibu tidak dapat tidur nanti.

  • Air manis & Air berkarbonat/ kola : Lebihkan jus buah-buahan(tanpa gula) dan air kosong (suam) Pengambilan air manis, berwarna, kafien, kola kalau berulangkali dalam sehari sangat tidak baik untuk buah pinggang kita juga. 

  • Kurangkan makanan pedas, berempah dan bertepung (sebabnya kita mudah sebu dan pedih ulu hati jika ambil makanan jenis ini). Ada juga yang tidak sesuai dengan soya, mee, bihun dan makanan bergoreng (jika terlalu berminyak)

  • Elakkan makan pada tengah malam, jika lapar sangat, apa kata minum susu dengan bancuhan bijirin oat / nestum atau senang sentiasa bekalkan kurma. Ia dapat membantu  ibu lebih kenyang.



  • Kurangkan jajan (makanan segera/ tinggi garam / perasa) sebaliknya gantikan dengan kekacang dan buah-buahan (kurma, kacang kuda, badam, kismis,  prun, apricot dan banyak lagi pilihan makanan sihat lain)

  • Elakkan makanan berat berlebihan termasuk nasi dan lauk-pauk berlebihan. Ambillah dalam potion yang sesuai. Orang kata kerap makan bagus, tapi tiap kali makanlah sikit-sikit. Ia bukan sahaja membantu memberikan rasa kenyang yang lama malah menjaga berat ibu agar tidak meningkat terlalu mendadak. Paling baik, mengurangkan risiko mendapat kencing manis sewaktu mengandung.


  • Coklat – ia punyai kafien juga. Kurangkan makan coklat dan manisan ok.

Elakkan makan sebelum tidur. Elakkan terus berbaring / tidur selepas makan. Nanti angin/ asid akan naik ke ulu hati, itulah sebabnya ibu hamil kerap pedih ulu hati dan sebu. Sebolehnya rehatlah dahulu dalam keadaan duduk. 

Hingga rasa makanan hadam, dalam  lebih kurang sejam ke dua jam barulah masuk tidur.
Paling elok, makan malam antara sebelum jam 7 malam. 

Jika bekerja, eloklah cuba makan lebih awal. Elakkan makan lewat malam.

SENAMAN SIANG

Senaman sangat baik untuk ibu hamil kerana ia menjadikan kita lebih sihat, bertenaga dan paling baik untuk lancarkan perjalanan darah. Senaman yang sesuai bukan sahaja membantu mengurangkan bengkak dan kekejangan kaki. 


Banyak kelas sekarang yang menganjurkan kelas-kelas senaman buat ibu hamil. Namun begitu, elakkan melakukan senaman  3 jam sebelum waktu tidur. Ianya sangat tidak sihat untuk melalukan senaman dekat dengan waktu tidur. Adrenalin dalam badan akan menyebabkan kita sukar untuk tidur lena.  

Kesannya jangka panjang, kita  tidak akan cukup tidur. Oleh itu, pilihlah waktu senaman seeloknya siang hari dan senaman ringan yang sesuai untuk ibu hamil seperti aqua aerobic dan berjalan kaki.

TIDUR POSISI MENGIRING

Pada awal kehamilan, biasanya semasa perut masih tidak terlalu basar, kita masih lagi boleh tiidur dalam keadaan pelbagai posisi. Tetapi apabila kandungan telah masuk 6 bulan ke atas, kesukaran untuk tidur dengan selesa dan nyenyak dah bermula.



Banyakkan tidur mengiring ke kiri. Posisi ini akan membenarkan aliran darah dan pernafasan baik. Posisi mengiring ke kiri melancarkan darah kepada rahim dan baby dalam kandungan termasuk buah pinggang dan jantung.

BANTAL TAMBAHAN


Sedapnya kalau boleh tidur dengan bantal empuk.. heheh. Saya semasa mengandung memang perlukan bantal extra. Ibu hamil memang perlukan bantal untuk diletakkan pada sisi dan kaki. Tinggikan kaki untuk mengurangkan kejang dan bengkak kaki. Bantal sisi pula untuk menyokong perut dan memberikan keselesaan pada badan. 

Sekarang ni bantal khas ibu mengandung dah banyak dijual. Ada yang murah ada juga yang murah. Boleh pilih ikut kemampuan. 


TIDUR SIANG SEBENTAR

Jika sukar tidur pada malam hari, cubalah dapatkan tidur pada siang hari. Kalau tidak, kita akan letih nanti. Ibu hamil perlukan rehat dan tidur yang cukup. Kalau bekerja, cuba letakkan masa tidur sejenak pada wakt rehat. Dapat tidur sekejap 15 ke 20 minit pun jadilah. 

KESIMPULAN

Itu sahaja panduan tidur lena dari bonda. Sebelum tidur jangan lupa berdoa dan berwuduk. Moga Allah permudahkan segalanya. Selamat menempuh alam keibuan.



Be simply healthy : 
BondaMiza 

Mencari tip kesihatan dan suplemen Shaklee semasa hamil, bersalin dan menyusu, hubungi BondaMiza ya. 


 ibu-ibu boleh hubungi bonda / whatsapp terus bonda di talian 


KOLEKSI TESTIMONI SET HAMIL & BERSALIN SHAKLEE

Disini bonda kongsikan sedikit testimoni pengguna set hamil Shaklee yang excited dengan perubahan dan lebih segar bugar lepas mengamalkan set Shaklee ni. Untuk testimoni yang lebih banyak jangan lupa klik pada gambar koleksi testimoni di bawah ya. 

Testimoni bonda sendiri, hamilkan Raiqa baru-baru ini





KLIK PADA GAMBAR UNTUK TESTIMONI SET HAMIL, BERSALIN & MENYUSU SHAKLEE SELANJUTNYA
CARA TEMPAHAN SET MENGANDUNG (PRENATAL SHAKLEE) MELALUI BONDAMIZA & BERSALINMENYUSU.COM

Untuk bonda bantu ibu-ibu buat belian dengan keahlian yang mana lebih menjimatkan sehingga 20% dengan mode bayaran tunai ke bank (CIMB / MAYBANK). Manfaat keahlian boleh terus ke link ini ya. 
 ibu-ibu boleh hubungi bonda / whatsapp terus bonda di talian 


Selain mengamalkan pemakanan sihat, amalan berpantang terbaik, ibu juga perlu tahu tatacara amalan berpantang yang betul. Di sini saya turut kongsikan juga beberapa (klik pada tajuk dibawah untuk bacaan selanjutnya):
* Produk-produk Shaklee ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni addalah maklumbalas pengguna dan setiap orang mempunyai kesan & pengalaman yang berbeza.


MENARIK DIBACA: 

You Might Also Like

0 comments

jika ada pertanyaan sila tinggalkan komen / cadangan di sini yea. terima kasih atas komen anda.. moga bermanfaat.. :D, boleh juga hubungi saya di talian 012 5852034 (whatsapp/telegram) untuk info lanjut.

salam perkenalan mesra ~ Bonda Miza :D

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!

WOW, BESTNYA JADI AHLI SHAKLEE! BUKAN SAHAJA ENJOY HARGA MURAH, MALAH LEBIH DARI ITU! SYOKNYA!!
Jadi ahli ni bukan sekadar dapat diskaun harga je, tapi ada lagi yang lebih best. Rupa-rupanya dapat bonus walaupun makan sendiri, WOW! kalau tempat lain pun tak adanya dapat cash back macam Shaklee. kira-kira balik berbaloi, sebab bonus yang BUKAN SAHAJA boleh cover harga vitamin itu balik malah rupanya lebih daripada itu. Syoknya! :D

..

..